Salam hari Jumaat yang penuh keberkata. Semoga kita mendapat rahmat dari Allah SWT. Harini mama nak share berkenaan dengan Doa Ketika Awan Mendung dan Hujan Turun. Semoga hujan yang Allah turunkan menjadi rahmat dan bukan bencana kepada kita. Jom baca.
Doa Ketika Awan Mendung dan Hujan Turun
عَنْ الْمِقْدَامِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ عَائِشَةَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى سَحَابًا مُقْبِلًا مِنْ أُفُقٍ مِنْ الْآفَاقِ تَرَكَ مَا هُوَ فِيهِ وَإِنْ كَانَ فِي صَلَاتِهِ حَتَّى يَسْتَقْبِلَهُ فَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أُرْسِلَ بِهِ فَإِنْ أَمْطَرَ قَالَ اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثَةً وَإِنْ كَشَفَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَمْ يُمْطِرْ حَمِدَ اللَّهَ عَلَى ذَلِكَ
Daripada Al-Miqdam dari ayahnya bahawa Aisyah telah mengkhabarkan kepadanya bahwa Nabi SAW apabila baginda melihat awan gelap yang bergerak di antara ufuk yang tinggi, maka baginda meninggalkan semua kegiatannya termasuk solat sunat, sampai menatapnya dan berdoa: "Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari keburukan yang Engkau datangkan bersamanya." Jika turun hujan, maka baginda berdoa: Ya Allah jadikanlah curahan (air hujan) bermanfaat (penuh keberkatan)." (baginda membacanya) dua kali atau tiga kali. Dan jika Allah Azza Wa Jalla menghilangkannya dan tidak jadi turun hujan, maka baginda (bersyukur) memuji Allah atas semua itu." (HR Ibnu Majah No: 3879) Status: Hadis Sahih
Kesimpulan hadith:
1. Setiap peristiwa yang berlaku seperti awan mendung yang berarak dan hujan yang turun adalah ketentuan dan ketetapan dari Allah
2. Rasulullah mengajar kita berdoa apabila melihat awan mendung yang berarak agar jauh dari musibah
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أُرْسِلَ بِهِ
Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari keburukan yang Engkau datangkan bersamanya
3. Rasulullah juga mengajar kita berdoa apabila hujan turun.
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Ya Allah jadikanlah curahan (air hujan) ini sebagai curahan yang bermanfaat (penuh keberkatan).
4. Al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa doa di atas adalah sunat untuk dibaca ketika turunnya hujan bagi menambahkan kebaikan dan juga keberkatan di samping menolak segala yang boleh memberi mudharat. (Lihat: Fath al-Bari, 518/2)
Terima kasih. Boleh buat.
ReplyDeleteterima kasih share kak
ReplyDeleteSemoga hujan yang turun membawa rahmat dan keberkatan kepada kita
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.
ReplyDeletethanks for sharing. semoga hujan yang turun membawa rahmat dan bukan musibah
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian ini Kak Adda..
ReplyDeletehujan adalah rahmat, marilah sama-sama kita beringat ye
ReplyDeletetq for sharing.
ReplyDeleteilmu bermanfaat ni :)
Hujan rahmat. Ada masanya saya terlupa nak siram anak anak bonsai...
ReplyDelete