Hukum Mandi Pool Yang Tercemar Darah Haid

Assalamualaikum semua, salam Jumaat penuh keberkatan semoga kita semua berada dalam lindungan dan rahmat Allah. Hukum Mandi Pool Yang Tercemar Darah HaidMama terjumpa artikel ni bila membuat bacaan kat website mufti WP. So, mama pun share dengan korang juga. Jom sama-sama baca.


Hukum Mandi Pool Yang Tercemar Darah Haid   

SOALAN:Apakah status air kolam yang telah tercemar dengan wanita yang bermandi- manda dalam keadaan haid? Mohon pencerahan S.S Mufti,Terima kasih



Ringkasan Jawapan :

Status air kolam renang yang bercampur dengan darah haid dianggap air mutannajis (bercampur dengan najis) sekiranya kolam tersebut kurang isi padu air daripada 2 kolah. Dua kolah bersamaan 200 Kg atau 204 kg bersamaan lebih kurang dengan 200 Liter.

Status air kolam renang yang bercampur dengan haid dianggap air suci sekiranya isi padu air mencapai 2 kolah dengan syarat  tiada kesan bau, warna atau rasa. Jika darah haid tersebut menyebabkan berubahnya air dengan salah satu tiga kesan  bau, warna, rasa atau ketiga-tiga sifat tersebut, walaupun isipadu hampir 2 kolah  maka air tersebut dihukumkan sebagai mutanajjis.


Huraian Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Penanda aras bagi menentukan air suci menjadi air yang bernajis (mutanajjis) apabila berlaku perubahan bau, warna atau rasa.  Ini berdasarkan kepada hadis yang  diriwayatkan  oleh  Abu Umamah  bahawa Nabi SAW bersabda :

الْمَاءُ لاَ يَنْجُسُ إِلاَّ مَا غَيَّرَ رِيحَهُ أَوْ طَعْمَهُ

Maksudnya: “Air tidak boleh menjadi najis melainkan jika berubah bau atau rasanya,  ”

Riwayat Al-Baihaqi (1274) di dalam Al-Sunan Al-Kubra


Menurut riwayat yang lain, sabda Nabi SAW:

 الماءَ طَهورٌ لا يُنَجِّسُه إلا ما غلَب على رِيحِه وطَعمِه ولَونِه

Maksudnya: “Air itu suci dan menyucikan tiada sesuatu yang menajiskannya

melainkan jika berubah salah satu sifat  bau, rasa dan warnanya

Ibn Majah (521)


Manakala kekuatan air 2 kolah tidak menjadi mutanajjis selagimana tidak berubah sifatnya (bau, warna atau rasa) berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«إِذَا كَانَ الْمَاءَ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلْ الْخَبَثَ». وَفِي لَفْظٍ: «لَمْ يَنْجُسْ».

Maksudnya: “Jika kandungan air mencapai dua kolah maka ia tidak mengandungi kotoran.” Dalam suatu lafaz hadis: “Tidak bernajis”.

 Riwayat Abu Daud (63), 


Terdapat riwayat lain yang mana baginda SAW menyifatkan air di telaga yang bernama Buda’ah kekal suci dan menyucikan kerana isipadu air banyak melebihi kadar 2 kolah walaupun telah  dicampak kedalamnya   kain yang terkandung darah haid. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri :

 قيل يا رسولَ اللهِ  أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَالنَّتْنُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ قَالَ الْمَاءُ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ

Maksudnya :” Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: Adakah boleh kami mengambil wuduk daripada telaga Buda‘ah iaitu telaga yang  dibuangkan di dalamnya kain-kain  yang digunakan perempuan haid (terkandung darah haid), benda yang berbau busuk dan daging anjing. Nabi SAW menjawab: Air itu suci dan tidak  ada sesuatu yang menajiskannya.”  

Riwayat al-Tarmizi (66)


Fuqaha Syafieyyah menyatakan hadis berkaitan telaga Buda’ah tidak bertentangan dengan hadis berkaitan dua kolah kerana airnya terlalu banyak  sehingga tidak terkesan dengan najis yang masuk di dalamnya. ( Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab, (1/85).

Maksud air yang banyak ialah ia tidak berubah sifat-sifatnya dengan sebab kewujudan najis di dalam telaga Buda’ah. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab, 1/86).

Menurut Sheikh al-Islam Zakaria al-Ansari, kadar air yang mencapai kapasiti 2 kolah atau lebih tidak dihukum mutanajjis selagi mana tidak berubah sifatnya (bau, warna atau rasa) merupakan pandangan yang disepakati oleh para ulama. (Rujuk Asna al-Mathalib, 1/15).

 

PENUTUP.

Kesimpulannya, status air kolam renang yang bercampur darah haid tidak menjadi mutanajjis ( bernajissekiranya mencapai kapasiti 2 kolah atau lebih kadar itu, iaitu 200 liter.  Status air yang melebihi kapasiti isipadu air dua kolah  tidak memberikan kesan kepada kesucian air dalam kolam renang  tersebut dengan syarat    ianya tidak mengubah rasa, bau atau warna air itu. Jika najis  darah haid tersebut menyebabkan salah  satu dari tiga sifat tersebut atau ketiga-tiganya maka   maka air tersebut dihukumkan sebagai mutanajis.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

20 Comments

Words of wisdom

  1. Macam itu kena tengok, bau air kolam.

    ReplyDelete
  2. selalu kalau mandi dekat swimming pool ni airnya memang kuat bau klorin. kalau ada ramai mandi & terkencing dalam tu, waima ada yang period sekalipun silap-silap susah nak detect.Hu3.
    Sebaiknya lepas berendam tu, bilaslah badan. Tak ada rasa was2

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kena bilas balik syu.. tah apa2 aje dlm air pool tu

      Delete
  3. Kena mandi sebersih- bersihnya la lepas tu...thanks atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. Tak pernah terfikir pasal ni. Thanks share mama. Tapi kalau saya sedang datang bulan kurang selesa nak mandi kolam. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak selesa kan sal. tapi masa mama muda2 dulu mmg pantang jumpa air, terjun terus haha

      Delete
  5. kan, sebab tak tahu siapa yang masuk dalam kolam tu sambil pakai pad

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. laut baru betul2 confirm lebih 2 kolah kan wak

      Delete
  7. Good sharing Adda.. biasanya tak lah kan kalau kita dalam keadaan haid nak mandi kolam..

    ReplyDelete
  8. Indahnya Islam.. dalam hal macam ni pun ada jawapannya.. MasyaAllah..

    ReplyDelete
  9. ok faham..terima kasih atas perkongsian ini..mama :)

    ReplyDelete
  10. Ai tak selesa mandi kolam kalau datang bulan walaupun orang cakap takpe-takpe. Lebih-lebih lagi kalau ramai orang. Memang tak kan masuk dalam kolam.

    ReplyDelete
  11. tak terfikir pula. Tapi masa kat PLKN dulu masa nak kena masuk dalam kolam ada yang cakap kalau tengah period n masuk dlm kolam darah tak keluar pun sebab tekanan.. tapi kalau pad yang penuh darah tu confirm darah dan bercampur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni mama tahu naniey. kalau mandi kolam mmg tak keluar peod tu tapi kalalu tgh heavy tak pasti pula

      Delete
  12. semoga perkongsian ni memberi manfaat buat kita semua

    ReplyDelete
Previous Post Next Post