Selepas bercerita wordless yang tak berapa wordless harini, mama nak cerita peristiwa lain pula. Kisah kalut mama di pagi hari. Mama ni memang macam ni. Ada harinya.memang blur yakmat tapi takdelah selalu. Setahun jadi beberapa kali je kot hihi..
Sambil tu baca ni juga:
- Tragedi Cuti Hari Nuzul Quran
- Lunch di Nasi Kalut Jitra Mai, Seksyen 7 Shah Alam Selangor
- Mama, Syafi Ni Adopted ke?
Alkisah, harini mama drive ke office seperti biasa. Sampai ke parking mama pun seluk poket handbag mama seperti biasa mencari swipe card. Terkejut mama bila tengok dalam beg takde.
Staff ID Card Hilang
Apa lagi, terus la mama check kesemua poket beg tu. Alkmaklumlah beg mama memang banyak poket. Dah check semuanya takde. Hmm.. tertinggal kat rumah ke. Sebelum mama decide balik rumah, mama cari sekali lagi dalam handbag mama, memang takde. So, mama pun capai kunci dan balik ke rumah sekejap. Sangkaan mama mesti ada dalam laci tempat mama letak brooch. Kadang kala memang mama sedikit nyanyuk letak dalam tu.
Sampai rumah, tengok dalam laci tu.. takde jugak.. aaah sudah. Mulalah mama kalut cari sana sini. Sambil-sambil ingatkan semalam mama buat apa. Semua tempat mama check memang takde. Sampai en suami suruh duduk dulu, baca ayat quran dulu pastu sambung cari balik.. Hmm takde. Mama sampai korek dalam tong sampah takut terbuang tapi takde juga. Last-last mama pasrah dan balik semula ke opis.
Dalam hati dah terdetik, kalau kat rumah takde, maksudnya mesti ada dalam kereta atau dalam handbag. Sebelum keluar kereta check dalam kereta dulu. Bawah kerusi, bawah mat semua takde. hmm...
Sampai opis, buka balik handbag mama.. jeng.. jeng.. rupanya dia ada je kat dalam poket beg yang selalu mama letak. cuma, kedudukan dia agak terselit di bahagian tepi poket. So bila raba-raba poket bahagian tengah memang termiss dia.. kuang3.. aduyaii apelah kalut nau mama harini. apapun alhamdulillah berjumpa juga kad mama tu.. sabo je la ye.. Mujur mama tak terbalikkan tong sampah kat rumah tadi..
Hehe pernah kena kunci rumah. Pada poket sama tapi terselit paling bawah.
ReplyDeleteAduh baru ini lagilah sejadah kecil ingat tinggal di masjid. Masa itu redha. Haha sekali ada dalam beg lain. Tidak ingat bila pindahkan. Mungkin penat balik rumah.
Haha kena tenang.
i feel you na.. penah juga jadi macam tu hihi
Deletehahaaa.. pernah juga kalut camtu, sampai semua benda dalam bag dituang keluar, tengok2 situ juga lah staff kad. tepuk dahi sendiri
ReplyDeletekan.. pelik betul kenapa tak nampak masa mula2 cari kan
DeleteMemang selalu kena macam ni..stress..padahal depan mata je..lagi satu spec mata, biasa suka letak atas kepala..cari punya cari x jumpa...geram je..rupanya..hurm...
ReplyDeleteyg pakai spek selalu macam tu kak.. saya selalu gelakkan en suami hihi
DeleteMemang kalut
ReplyDeleteyg tengok mesti geleng kepala aje
DeleteHehehe tak terkomen saya
ReplyDeletehikhik tak terkata apa yek
DeleteHahaha aduhh pernah juga jadi macam ni. Ketawa sendiri dibuatnya.
ReplyDeletetu la cici.. tak tau nak gelak ke nak hantuk kepala kat dinding
DeleteNasib baik ada. Adoo .. geng kalut jugak nih..
ReplyDeletejom kita join kelab kalur aien
Deleteizinkan saya gelak boleh hahaha.
ReplyDeleteapa-apapun pengajaran di sini ialah selalu bertenang dan jangan diulangi lagi kekalutan tersebut hehehe
takpe mr h, gelak le puas2 mama pun dah puas gelak dah
Deletehaha...selalu macam tu mama. kita cari beria bagai nak rak. eh bila double check balik dalam bag, helokkk dia terselit..eh marah rasa..haha..
ReplyDeleteKak Sue pun suka kalut juga macam nie Adda.. padahal nanti kalau cari balik dengan tenang rupanya terselit atau tersorok ke bawah sikit dengan barang lain.. hihihi..
ReplyDeleteselalu saya pun kak
DeleteTulah orang selalu kata ibu-ibu ni ada superpower cari barang. Kadang-kadang tak menjadi ye
ReplyDeleteAduhaiii..rupanya dia terselit. Jenuh kena balik rumah semula cari merata tu. Bila barang hilang ke kena fikir dengan tenang. Bila dah kalut mulalah otak bercelaru. Sabar je lah kan.
ReplyDeletetu la fiza.. yg penting kena tenang2 aje hikhik
Deletebiasa da tu.
ReplyDeletetime kita kalut, mencari, tak jumpa!!!
aduhai.
aida pernah takde phone kat ofis, carik dlm handbag & kereta takde.
balik rumah, carik pon takde. risau dah ni. karang bos wasap, tak jawab, hadoilah!!!
hmmmmm pasrah... time nak drive ke ofis, seluk handbag nak amik kunci kereta.
helok tercapai phone :) ha ha ha ha ha...
rumah jauh plak tu. bertuah punya phone :)