Lunch Di Warung Dayang Salai D Linggi, Negeri Sembilan

Lunch Di Warung Dayang Salai D Linggi, Negeri Sembilan. Selepas ke Pusat Konservasi Penyu Melaka, maka barulah kami pulang. On the way nak balik Shah Alam dari Melaka kami sempat Lunch Di Warung Dayang Salai D Linggi, Negeri Sembilan. Almaklumlah dah tengah hari memasing dah lapar.


Baca ni juga:


Menu Pilihan di Warung Dayang Salai D Linggi, Negeri Sembilan

Ini menu pilihan mama sekeluarga. Boleh pula jumpa dengan jiran lama husband mama tengah makan kat sini hihi. Kecil betul dunia ni.

Ikan keli sambal, telur masak lemak dan sayur untuk mama. Sambal ikan tu memang podeh tau. Agakanya orang nismilan memang kuat podeh ke.

Kambing, gulai dan sayur bayam 

Rendang ayam/ kari, uish tak ingat pula la mama.



Lauk yang kena order kalau ke sini. Ikan baung masak lemak cili api memang power. Lauk ni korang kena order asing sebab dia special dan akan dimasak freah. Sedap sebab ada rasa masam-masam sikit. Memang pembuka selera.

Air kat sini free dan free flow. Semua harga tu mama bayar RM 37 tak termasujk ikan baung. Ikan baung tu mahal sikit la.


Menu di Warung Dayang Salai D Linggi, Negeri Sembilan

Ini antara gambar lauk yang sempat mama ambil


Lauk cepat aje habis kan.


Tempat luas dan seat pun banyak. ok la kan


Maklumat Warung Dayang Salai D Linggi, Negeri Sembilan

Warung Dayang Salai D Linggi, Negeri Sembilan

Alamat: P15 Pekan, 71150 Linggi, Negeri Sembilan

Dibuka setiap hari dari 8 pagi - 4 petang

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

22 Comments

Words of wisdom

  1. Orang Nismilan memang sangat kuat pedas hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut la syaz, mama baru rasa penangan ppodeh mcm ni selalu makan yg salai kat PD takde pedas sgt

      Delete
  2. saya kalau makan gulai orang nismilan, kuah amik hujung sudu je. hehe

    ReplyDelete
  3. Terus rasa lapar mama ooi :D
    PH memang suka masak lemak N9, lagi podeh lagi sodap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh, PH mesti jenis suka makan pedas kan, mama ni sejak dah berumur ni rasa tak tahan.

      Delete
  4. aduh dana tak boleh betul nengok masak lemak cili api nogori, terus teringat-ingat kesedapannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. mama jarang makan tau masak lemak ni.sebab en suami tak berapa gemar

      Delete
  5. Agaknua ini ke kedai yang kawan emak beritahu sebelum ini yang popular.

    ReplyDelete
  6. lama dah tak makan nasi lauk ayam masak lomak cili api. mahunya keluar asap ikut hidung ni panasnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha terbayang kat mama macammana keluar asap tu abe

      Delete
  7. Kalau podeh macam nie memang kena dengan selera Kak Sue sekeluarga lah Adda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo rupanya kak sue ppun tahan ye pedas2 mcm ni

      Delete
  8. Fuhh tengok gambar pertama dah telan air liur. Mengancam

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaaaa. Kan dah lapar, baru kul 10 lebih.
    Maaf ya mamapp lambat balas jejak. Masuk minggu kedua tiap awal bulan agak sibuk kira gaji orang huhuhu 4 kompeni lak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. its ok takpe EU, dasat tu jaga 4 company mana tak busynye

      Delete
  10. Salai menyalai ni memang fav org NS la...ni akak dapat order daging salai gak ni....pening fikir cane nak jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kak kalau dekat hari2 saya nak oder kak

      Delete
  11. Masakan negeri sembilan memang sedap-sedap belaka... kalau singgah mesti nak ambik semua lauk-lauk yang ada

    ReplyDelete
  12. halah halah lapar perut tengok gambar2 makanan ni. memang suka gak masak lomak ni...layanz...besanya masakan nogori ni memang podeh...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post