Sambil-sambil baca email dari google, mama baru terperasan banyaknya mama travel dalam masa 2 bulan ni. Sebagai seorang Local Guide setiap tempat yang mama pergi ada di log dalam google. So, bila lihat summary yang diberi baru lah mama perasan yang mama ni byk travel di bulan Oktober - November.
Baca ni juga:
So, mama nak tepek sini sebagai kenangan perjalanan mama baru-baru ni ye.
Travel Bulan Oktober 2021
Mama pernah cerita semasa bulan Oktober iaitu semasa kita baru dibenarkan merentas negeri. Mama telah ke selatan bersama keluarga kerana membawa mertua yang teringin nak bertemu adik beradik dan sedara dekat di Johor. Tapi bila dah ramai-ramai tu memasing nak singgah sana sini termasuklah mama yang nak juga balik kampung kan. Akhirnya kami ambil masa selama 6 hari travel. Dari Shah Alam > Johor Bahru > Kluang > Batu Pahat > Muar > Melaka (2 malam) > Negeri Sembilan. Puas hati hihi. Tapi kami jaga SOP serta elakkan tempat sesak. Alhamdulliah, tiada perkara yang tak diingini berlaku. Post mama berkaitan dengan travel October baru je setel. phewww..
Travel Bulan November 2021
Disember?
Bulan Disember? Fuh... Nampaknya mama dah ada plan. Selain dari plan mama sendiri, adik ipar mama ajak ikut dia ke Desaru this week tapi terpaksa lah mama decline sebab baru je balik dari utara ambil anak. Selain tu akak ipar mama pula ada juga ajak staycation di area KL-Selangor ni. Hmm.. mama tak decide lagi huhu.. Kakak ipar sorang lagi ajak lepak Penang. Post travel bulan Disember nampaknya tahun depan baru sempat cerita. Yang pastinya minggu lepas mama dah selamat travel Kedah > Perlis > Penang > Perak semasa ambil anak mama kat asrama.
Hehe banyak ukur tanah daripada melawat blog-blog.
ReplyDeleteNasib baik saya punya tidak sekerap Adda.
haha tau tak pe na. this week nak ke melaka. joms
DeleteJauh perjalanan, banyak pengalaman :)
ReplyDeleteWah jauh perjalanan
ReplyDeleteTapi betul la lepas boleh rentas negeri panjang pulak langkahnya. Hehe
kuatnya mama jalan2 satu semenanjung. jika sudi dtg la ke Kelate. Boleh main banjir sekali...
ReplyDeletehaha tak mau la abe.. tak pandai berenang
Deletewah sakan berjalan.. balas dendam kena kurung ritu kan sbb pkp. hehe. ramai macam ni jugak, balas dendam. rata berjalan..hehe
ReplyDeletehaha itulah hakikatnya fieza
DeleteBest dapat travel sesekali macam nie kan Adda..
ReplyDeleteUtara ke selatan mama travel ye. Betul punya balas dendam lepas PKP
ReplyDeleteMelepas dendam selepas lama ber PKP ni. Seronok bercuti tenangkan fikiran seketika dan melepas lelah.
ReplyDeletetak tau la kan.. mama ni takde plan asalnya nak berjalan tapi dah terrr pulak hihi
ReplyDeletepulun habis- habisan travel ni...
ReplyDeletewah, masjid tanah, lalu kampung aida tu :)
ReplyDeleteaida pun disember ari tu byk travel. camping je 2 kali.
anak buah kawin. selepas setahun langsung tak holiday, Adda.
tu yg balas dendam jap.
now januari, anak2 da skola. anak sulung aida exam sepanjang januari ni.
form 4. ready utk naik form 5 april 2022 nanti, kan.
tak boleh la nak ke mana2. tunggu cuti panjang CNY nanti.
our 3rd family camping in shaa Allah.