Pergi Pusat Konservasi Dan Penetasan Penyu Masjid Tanah, Melaka

Setelah puas berjalan ke selatan tanahair, maka ini adalah lokasi 2nd last yang kami singgah. Pergi Pusat Konservasi Dan Penetasan Penyu Masjid Tanah, Melaka. Pusat Konservasi Dan Penetasan Penyu Masjid Tanah, Melaka ni terletak di Pantai Pengkalan Balak juga. Berada di bahagian hujung pantai. Memang seronok ke sini. Mama sendiri dah beberapa kali ke sini tau.


Baca ni:


Pusat Konservasi Dan Penetasan Penyu Masjid Tanah, Melaka

Kali ni mama lihat sudah banyak perubahan malahan side yang ada kolam tu pun tengah renovate lagi. Makin cantik dan infomative tempat ni sekarang.

Pusat Konservasi Dan Penetasan Penyu Masjid Tanah, Melaka

Masuk saja kami dah dapat lihat baby penyu berenang dalam kolam. Comel sangat

Bilik pameran tentang penyu. Banyak maklumat korang boleh dapat dalam ni.

Di bahagian luar bilik pameran ada akuarium dengan beberapa jenis ikan.



Bahagian kolam tempat penyu dewasa berenang tengah renovate. Dulu kalau ke area ni korang boleh pegang penyu tu tau. Best.
Tempat baby penyu baru menetas. Terletak di seberang pusat konservasi ni. Masa mama ke sini mama nampak beberapa baby penyu yang sedang menetas. Comel sangat. Tapi memandangkan ada jaring-jaring tu maka mama tak dapat nak ambil gambar. Takpelah, kenangan dalam ingatan mama je la. Itu pun dah cukup.

Memang seronok ke sini. Kalau korang pergi ke PEngkalan Balak jangan lupa singgah sini tau. Seronok bawa anak-anak ke sini. Dah le bayarannya free. Tapi perlu diingat, korang jgn dtg pula waktu lunch sebab ia tutup 12.30-2pm.


Pergi Pusat Konservasi Dan Penetasan Penyu Masjid Tanah, Melaka (Video)

Kita layan video dulu jom



Maklumat Pusat Konservasi Dan Penetasan Penyu Masjid Tanah, Melaka

Pusat Konservasi Dan Penetasan Penyu Masjid Tanah, Melaka

Alamat: Padang Kemunting, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Masa Beroperasi : Dibuka setiap hari kecuali Isnin dari 10 pagi - 4.30 petang

Tutup 12.30-2.00 lunch time

Telefon: 06-384 6754

Bayaran masuk: FREE

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. Ye LeYa pun dah singgah. Memang seronok

    ReplyDelete
  2. menarik, aiyan mesti suka ni... tengok kecomelan anak penyu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la dana. comel sgt. yg bereangn2 tu mmg comel, yg baru menetas pun comel sgt

      Delete
  3. Wah.. menarik juga kalau dapat datang sini nanti..

    ReplyDelete
  4. saya pun ingat tak ingat pernah sampai sini ke tak, rasa masih kecil lagi waktu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg lagi cantik tau tarmizi. mama pernah dtg dulu masa 2015

      Delete
  5. suka tgok ank2 penyu comel
    Terimakasih ye atas sumbangan buat moktam
    semoga bertambah rezeki hendaknya.. aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumbangan doa aje cik nor hihi semoga moktam terus sihat

      Delete
  6. tak perlu ke terengganu atau sandakan untuk tengok penyu. tak tau pulak ada tempat ni walau dah 2,3 kali ke Masjid Tanah. thanks share mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh singah jenguk baby penyu comel nanti sal

      Delete
Previous Post Next Post