Review Comel Chalet Resort Pengkalan Balak Melaka. Mama sekeluarga termasuklah adik ipar dan keluarga telah mengembara ke selatan dan tempat menginap terakhir kami dalam pengembaraan itu ialah di Comel Chalet Resort Pengkalan Balak Melaka. Pada awalnya kami sepatutnya plan nak balik hari ru sebab dah 4 malam tidur di hotel. Tapi tiba-tiba adik ipar buat permintaan nak duduk tepi pantai pula. Nak bagi anak-anak main air pantai katanya.
Apalagi, kami semua on je dengan cadangan dia. Terus cari chalet area Pengkalan Balak dan akhirnya dapatlah kami book Comel Chalet Resort Pengkalan Balak Melaka. Baca ni juga:
- 36 Senarai Homestay, Resort & Chalet Pengkalan Balak Melaka Beserta Contact Number
- Travel Secara Tak Sengaja
Review Comel Chalet Resort Pengkalan Balak Melaka
Sebenarnya ini kali kedua mama menetap kat sini. Kali pertama adalah pada tahun 2015 kalau tak silap. Masa tu travel dengan arwah ayah setelah beberapa bulan mak mama meninggal. Travel tu untuk gembirakan hati dia walaupun kami tahu masa tu semua orang pun tengah bersedih. Tak sangka mama akan stay kat sini lagi. Chalet ni adik ipar mama yang pilihkan.
Bilik 1 - Bilik dengan 1 katil King dan 1 Katil Queen (RM180)
Ada disediakan almari dan set minuman serta kettle. Ada extra bantal dan selimut. Memang tak kedekut chalet ni.
Terdapat juga meja, cermin dan almari laci.
Bilik ke 2 - 1 Katil King (RM120)
Maklumat lanjut Comel Chalet Resort Pengkalan Balak Melaka
Comel Chalet Resort Pengkalan Balak Melaka
Alamat: Batu 21 1 / 2, Jalan Kampung Hailam, Pengkalan Balak, Melaka, 78300 Masjid Tanah
Telefon: 012-915 1130
Best dapat bercuti
ReplyDeleteColorful betul chalet ini ya
ReplyDeleteiye syaz, bangunan ni colorful
Deleteok lah tu mama. chalet sesuai dengan harga. bau pengap tu memang kerap la kalau musim hujan
ReplyDeletekalau sal tgk bilik 2 katil tu sal boleh nampak dinding dia ada kesan air. bocor kot
Deletebestnya bercutian kak, dengan family baru meriah kan
ReplyDeletebetul dana. 3x meriah bila bercuti ramai2
DeleteKampung suami ammi ni.
ReplyDeleteDulu2 masa awal kawin dan rumah kampung belum renovate mmg asal balik raya je book chalet sbb tka larat nak bersesak2 kat situ. Adik bradik suami ammi je dah 12 org bayangkan.
besar betul family suami ammi.. mama ni adik beradik 6 org pun beriiya cari homestay kalau semua nak balik sekali.. senang la ammi nak mandi pantai dekat je kan
Deleteluas biliknya..
ReplyDeleteHaah asal main pantai.
ReplyDeleteNampak biasa chalet.
haah biasa je Na.. yg penting budak2 boleh mandi manda kan
DeleteBoleh tahan luas jugak biliknya.. tapi bab berbau tu yang tak boleh tahan tu kan..
ReplyDeletetu la kak sue.. luas tu mmg saya suka. yg ada bau tu saya buat2 tak tau je la hikhik dah book last minute
DeleteChaletnya so colourful.
ReplyDeletecantik kan especially waktu mlm
Deletewelcome to pengkalan balak.
ReplyDeleteari tu sempat la seharian kami picnic tepi laut.
mak abah aida balik kampung, tgk rumah yg da setahun tak balik.
diorang lepas rindu kat rumah 2 malam.
then balik Bangi semula...