Review Menginap 1 Malam di Vista Alam Serviced Apartment Studio Unit, Seksyen 14 Shah Alam Selangor

Review Menginap 1 Malam di Vista Alam Vista Alam Serviced Apartment Studio Unit, Seksyen 14 Shah Alam Selangor. Alkisah beberapa minggu lepas masa musim hujan tetiba berlaku perkara yang tak diingini pada mama. Hari tu hujan sangat lebat dan disertai ribut kat Shah Alam. Husband mama yang sedang work from home  send whatsapp video kat mama. Alahai sedihnya bilik kitaorang dah jadi air terjun tau. Air yang melimpah dari siling tu memang macam air terjun, mencurah=curah macam takde bumbung lagaknya. Separuh dari siling bilik keluarkan air macam tu. Maka, banjir la bilik kami dan juga bilik sebelah.


So, en hubby tak sempat nak buat apapun. Sempat en hubby share video tu dgn grup family semua org simpati dgn kitaorang. Masa tu terus mama tanya en hubby "Kita nak tido hotel mana malam ni?" Hihi kelakar tak?  Alhamdlillah kitaorg rilek aje terus capai henpon cari kat apps tempat untuk stay malam tu. 


Review Menginap 1 Malam di Vista Alam Serviced Apartment Studio Unit, Seksyen 14 Shah Alam Selangor

Akhirnya mama pilih unit studio di Vista Alam Shah Alam tempat untuk bermalam. Lepas balik kerja mama dan en hubby keluarkan semua barang yang basah dan jemur dan ada yg mama terus cuci. Ada yang terus buang. Then, pack baju terus la kami ke Vista Alam.

Dah malam baru check in. Mama book melalui Agoda. Tapi urusan pembayaran etc staff bertugas deal direct dengan mama.


Unit Studio Kecil Vista Alam Seksyen 14 Shah Alam Selangor 

Inilah rupa Unit Studio Kecil Vista Alam Seksyen 14 Shah Alam yang mama duduk malam tu.

Ada katil queen 1 dan futon dalam bilik ni. Mama nak tidur aje kat sini so, ok je tidur bilik kecil macam ni.

Bilik ni dilengkapi dengan TV, study table (boleh en hubby WFH sebelum checkout esoknya), ada mini fridge, microwave dan multicooker. Lengkap juga kan


Dalam almari ada sejadah, futon, selimut dan utensils




Toilet OK selesa


Pada mama OK lah bermalam kat sini. Studio dia kecil saja sesuai utk quick escape macam mama. Kat ground floor ada banyak kedai makan, so mama sempat dinner dan bersarapan esoknya sebelum pergi kerja. 


Banyak juga facilities kat sini. Kat tingkat 5 ada dobi, playground, pool etc. Kalau nak staycation dengan keluarga pun OK sebab ada juga unit apartment yg ada 2-3 bilik. Cuma kalau ada masalah lif seperti yang mama hadapi akan rasa susah sikit. Sebab mama kena berjalan jauh sikit sebab kena naik lift kat tower satu lagi.

Nak tau berapa mama bayar untuk unit ni? Cuma RM 88.20 saja tau. Tapi mama kena bayar deposit RM 100 sebelum check in. Kesokkan harinya dah dpt balik dah duit deposit dia bank in semula.


Maklumat Vista Alam Serviced Apartment

Vista Alam Serviced Apartment

Alamat: 1, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. Murah dan berbaloi.

    Mesti letih nak mengemas kan lepas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada la sikit letih cici. alhamdulillah esoknya mengemas

      Delete
  2. aduhai...dapat bayangkan macam mana keadaan banjir sekelip mata dalam rumah...pernah alami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut ati mmg rasa down tapi nak buat macam mana kan kak, badan pun dah letih sehari bekerja. sebab tu lari tido tempat lain. esok baru fikir.

      Delete
  3. uish kesiannya mama.tapi mama kira tenanglah boleh gi staycation lagi. kalau saya selagi tak kemas tak boleh tido.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. mama tak kemas 100% lagi sebab brg2 masih basah. plug pun kena hujan, mama mmg takut bab2 plug ni. tu yg cecepat cari hotel sal.

      Delete
  4. menarik jugak lah kak waalaupun kecil tapi lengkap semua siap ada untuk masak dan iron tu... futon pun ada kalau sekeluarga ada anak sorang dua boleh gunakan futon tu.
    mujurla ada bilik yang kira selesa untuk bermalam sementara masalan kebasahan di bilik akak selesai ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye dana, utk duduk selesa yakmat tu takde lah. utk meneruskan idup boleh la hikhik

      Delete
  5. Nasib baik ada apartment dekat rumah.
    Allah, sedih siling bocor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la NA, mujur. siling tak bocor. panggil orang check bumbung rupanya tersumbat byk daun kering kat atas bumbung. mungkin sebab ribut, dia tiup byk daun

      Delete
  6. Allahuakbar! Moga baik2 je rumah mama lepas ini. Hujung tahun selalu hujan lebat huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, selepas dah buang yg tersumbat tu dah xde kejadian air terjun lagi dah shima

      Delete
  7. cantik apartment tu. complete semua..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post