Review YHC Berkat Homestay Temerloh Pahang.. Alkisah pada bulan November lalu mama sekeluarga telah ke Temerloh Pahang kerana mengahwinkan anak sedara mama. Sebetulnya mama amat busy minggu tu dah kebetulan selang 2 hari selepas tu mama kena balik Muar pula. Maka, mama terpaksa bermalam 1 malam saja di Temerloh instead of 2 malam macam keluarga lain.
Baca ni juga:
- Makan Ikan Patin Masak Tempoyak di Go Bang Maju Patin Tempoyak Temerloh Pahang
- Lunch di Jaman Tory Resepi, Kuantan Pahang
- Review ES Homestay Raub Pahang
- Uniknya Pantai Batu Hitam Kuantan Pahang
Review YHC Berkat Homestay Temerloh Pahang
Mama tinggal di YHC Berkat Homestay buat satu malam dan homestay ni kakak ipar mama yang carikan.
Inilah homestay nye. Rumah teres 2 tingkat berwarna putih. Owner ada 2 unit yang bersebelahan. So, kalau keluarga besar bolehlah book sekali 2 unit ni.Homestay Dengan 4 Bilik Tidur dan 3 Bilik Air diYHC Berkat Homestay Temerloh Pahang
Homestay ni ada 4 Bilik Tidur dan 3 Bilik Air .
Ini lah keadaan 4 bilik kat sini. Memang bersih serba serbi. Dari segi linen memang selesa dan lantai pun berkilan. Bila pijak tak terasa habuk langsung.Antara bilik air dan setiap bilik ada disediakan sejadah. Bilik air kat homestay ni nampak macam style lama sikit. Kalau di renovate bagi moden lagi best.
Ruang tamu memang luas dan ruang dapur dia pula super luas. Ruang dapur dia rasanya boleh buat main badminton tau. Ada disediakan mesin basuh dan tempat jemur baju yang banyak di ruang dapur. Kalau nak stay lama kat sini ok juga kan.
Harga bagi satu malam adalah RM 250.
Overal stay kat sini okey. Semuanya bagus kecuali ada satu perkara aje yang mama rasa owner kena improve. Bahagian dalam rumah memang super tapi bahagian porch luar rumah tu lebih elok jika dibersihkan. Sebab mama tak rasa ia dibersihkan sebelum ni. Ada sikit bau macam bau tahi burung hihi. Sebab tu mama tutup pintu sokmo. Proses check in dan chekout mudah aje. Ada kedai makan dalam beberapa langkah aje dari homestay ni. Owner ni ada farmasi YHC juga kat Temerloh ni tau.
\
Maklumat YHC Berkat Homestay Temerloh Pahang
YHC Berkat HOMESTAY Motel
Alamat: No 31&32, Jalan Maran - Temerloh, Taman Jaya 3, 28000 Temerloh, Pahang
tulah..nampak berkulat dan usang sikit di luarnya
ReplyDeletekan.. kat luar tu fail tapi dalam berkilat.. sayang betul tak jaga elok kat luar.
DeleteRumah lama mungkin kurang buat maintainance kot. Kalau touch up modern sikit mesti lagi cantik dan menarik. Dalam dia luas dan selesa untuk family.
ReplyDeletebetul fiza, tentu lebih menarik
DeleteBilik air memang nampak cara lama. Hehe ada tandas cangkung.
ReplyDeletesgt oldies kan bilik air tu. rasa macam nak keluar balik jer tapi bila check2 ok, bersih
Deletehomestay yang basic jelah. harap tuan rumah bersihkan porch seperti yang dicadangkan. barulah selesa nak bukak pintu
ReplyDeletebetl sal, mama bagi bintang lebih sket kalau porch depan tu bersih dan takde bauan
DeleteOwner kena perbaiki la apa yang x ok...baru ramai pilih dan bagi review terbaik kan
ReplyDelete