Rasanya dah bertahun mama tak buat post Wordless Wednesday. Walaupun takdelah wordless mana post kali ni tapi mama nak share gambar yang mama sendiri baru perasan perkara ni.
Korang nampak apa2 yang pelik tak kat sini. Aduh buruknya ibu jari mama. Ada 3 parut kat situ. Parut kat ruas jari tu terkena pisau masa potong mangga masa mama darjah 5, then lagi 2 parut tu kisahnya di link kat bawah.Yep.. kuku mama tu ada kesan macam kena pisau kan. Pertumbuhan dia pun agak pelik juga, ada bonjol (eh betul ke perkataan ni). Mula-mula mama tak berapa perasan semasa dia kat bahagian bawah. Tapi mama suka raba-raba bahagian tu sebab ada rasa macam permukaan tak rata. Bila kuku dah tumbuh banyak baru perasan kesan tu.
Inilah sejarah ksah kuku ni.. Baca ni
Keadaan jari mama 3 bulan lepas. Sila abaikan keliling kuku yang comot tu sebab darah asyik keluar je masa tu. Terima kasih si kuku yang selamatkan jari mama tu. Kalau kuku tu tak tahan hentakan pisau tentu jari mama bertambah teruk kan. Alhamdulillah dilindungi Allah.
OK, sekian lah post mama hari ni yang tak "wordless" langsung haha..
semoga cepat sembuh
ReplyDeletealhamdulillah dah ok dah nurul tq
DeleteSaya pun jenis cuai. Tengok-tengok jari ada luka. Suka hayun tangan kadang-kadang tidak sedar langgar mana-mana. Hehe.
ReplyDeleteUnik juga kuku ada gelembung.
kena hati2 NA, bahaya takut serius je
DeleteIsh takutnya. Nasib baik tak putus. Ni kira dah baiklah kan? Lagi 5-6 bulan kuku tu naik, hilang kot bonjol tu
ReplyDeletealhamdulillah EU, dah OK dah.cuma kalau raba2 bekas luka rasa nyeri sket
Deleteseriau tengok..moga cepat sembuh..
ReplyDeletetq nohas.. alhamdulliah dah okdah
Deleteaduiii ngeri tengok elok2 je dekat ruas jari2
ReplyDeletehaah elok plak dia cari position kan
DeleteLuka di jari nampak berdarah.....
ReplyDeletegambar lama tu wak. skrg alhamdulillah
Delete