Bila Madame N Main Nyorok-Nyorok Belakang Toilet. Assalamualaikum semua. Tetiba harini mama teringin nak bercerita tentang madam N yang naughty dan selalu kacau kami kat office ni. Kali ni mama nak cerita macam mana dia usik mama kat toilet.
Baca ni juga:
- Bila Kau Keje Sorang-Sorang Tapi Ada Pula Yang Teman
- Kisah Mistik 4: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu (Orang Takde Kepala)
- Hantu! Pengalaman Menyeramkan semasa Melawat Muzium Perang Pulau Pinang
Bila Madame N Main Nyorok-Nyorok Belakang Toilet
Sebelum ni mama pernah cerita tentang tangga pusing tempat si N suka main kan. Kat bawah tangga pusing tu terletak 2 toilet. Satu toilet lelaki dan satu toilet perempuan, bersebelahan.
Mama suka guna toilet bawah tangga pusing ni. Walaupun toilet ni tak besar, cuma ada 2 toilet aje didalamnya tapi tak ramai yang pakai. Alkisah, satu hari tu mama nak melepaskan hajat. Seperti biasa mama bangun dari kerusi dan pergi ke bawah tangga pusing tu. Disebabkan tergesa-gesa maka mama pun buka pintu bilik air dengan agak kasar.
Baru suku pintu terbuka, tetiba mama dengar suara orang perempuan terjeit di belakang pintu. Dia menjerit "Aaaaah..."
Opss!! Terkejut la mama. Mama ingatkan ada orang di belakang pintu toilet tu. Mungkin orang tu nak keluar dan bila mama buka pintu secara tiba-tiba, terlanggar pintu kat dia. Spontan mama cakap, "Eh, ada orang ke.. Sorii ye.."
Pastu mama tunggu la kat luar pintu toilet tu. Nak tunggu dia keluar. Tunggu punya tunggu takde pula orang keluar dari situ. Maka perlahan-lahan mama pun buka pintu tu semula. Toleh kiri, toleh kanan, aikk, kosong.. kosong.. (macam lagu Najwa Latiff tu haha)..
Mama terdiam sekejap..Sel-sel otak pun berhubung dan baru lah mama dapat tangkap yang kat belakang tu si Noni rupanya. aishh.. terus mama lari-lari manja ke tempat kawan mama sambil cakap, "alahai, aku kena kacau dengan Noni..". Mama tenteramkan diri kat tempat kawan mama sekejap. Pastu terus pergi ke toilet satu lagi. Sampai ke petang mama tak guna toilet bawah tangga pusing tu, seram plak nak guna. Tapi esoknya mama dah mula guna balik toilet sebab dah berani sikit. Cuma, sampai sekarang setiap kali sebelum nak masuk toilet tu mama buka pintu perlahan-lahan, check betul-betul takde orang dan baca doa sesiap. Sebelum masuk toilet mama check dulu toilet sebelah tu ada orang ke tak. Semua dah clear barulah mama masuk toilet.
Mama bertanya pada staff mama yang penah di tegur "Abang.." oleh Noni. Masa tu sudah hampir maghrib dan semasa dia tengah menaip komputer tetiba terdengar orang panggil "Abang..." kat telinga dia. Toleh kanan kiri takde orang haha, Rasanya kami dengar suara yang sama. Suara dia gemersik dan lembut je. Sopan aje Noni ni.
Buat Dana dan sesiapa yang pernah request nak tengok tangga pusing tu, akhirnya mama beranikan diri ambil gambar tangga tu.. jeng.. jeng..
Kitaorang siap tampal kat suis lampu "Jangan padam suis lampu" kat tangga ni. Nak pastikan tempat ni sentiasa terang benderang. Banyak kali juga lampu tak boleh pasang tak sure kenapa. Kadang boleh kadang tak boleh huhu. Tingkat atas ni memang dah takde penghuni lama dah tau.
Kalau ada masa nanti mama cerita tentang kisah kat tingkat atas pula ye. Gangguan kat tingkat atas lagi la hebat, tapi mama sendiri dah lupa kisah-kisah pengalaman kawan-kawan yang kena kacau kat tingkat atas sampai diorang taknak OT hujung minggu. Sekarang ni tingkat atas ni dah kosong 3 tahun dah. Memang berparty sakan le Madame N kat atas tu. Setiap kali ada ura-ura pihak pentadbiran nak buat rombakan tempat duduk kat tingkat atas mulalah memasing cemas. Dept mama sendiri dah 2 kali dengat berita kena naik atas tapi dua kali juga tak jadi.. mujur.. haha..
Berani juga Adda.
ReplyDeleteKlasik sungguh tangganya. Terus ke tandas pulak tu..
ReplyDeleteAlamak mama, dah malam ni. Saya penakut sikit so lain kali ye datang baca. Hihi
ReplyDeleteCerita seram
ReplyDeletehehe tempat awam, mmg suka lah benda camni lepak. takpa, sama2 share tempat, tegur sesekali ok tapi tak boleh selalu
ReplyDeleteayooo he hee
ReplyDeleteciknur tangga camtu la palinggg seram nk naik turun
ni mesti x boleh sorang2 kena berteman
meremang juga bulu roma ni bila baca part kena panggil "abang...." tu.. tgk gmbr tu pun mcm something je. tapi nasib baik la Noni ni x kacau yg teruk2 kan.
ReplyDeletekena buat solat hajat dan halau jin2 tu ke tempat asalnya. Jgn biarkan diri mama diselubungi misteri nusantara...
ReplyDeleteP.S. Blog Mama dah lama ada di blog list abam kie. TQ.
memang nampak scary kak tangga tu, kalau dana pergi sana bila ada geng je lah...
ReplyDeleteBerani juga Adda ya.. semoga Adda sentiasa dalam lindungan Allah..
ReplyDeleteAlamak...akak pun selalu kena kacau...kadang kalau leka buat kerja rasa ada lintasan kat muka..ada ornag hembus telinga...ada yang main tipon...adayang main mesin photostat, sejak dah x overtime ni so takde gangguan dah...
ReplyDeleteBerani sangat Madame N ni ya tak coverline langsung huhuhu...
ReplyDeleteKat office Mrs. A pun ada cuma tapi tak obvious sangat gangguannya kalau khamis malam jumaat sape yang balik lambat kekadang adalah dia main-main talipon ke, suara ke ataupun pagi-pagi time tak ramai orang datang lagi
aida is takut.
ReplyDeletenak baca pun seram :(
ofis aida ada jugak.
kami takkan stay lama selepas jam 5.30 petang hu hu hu hu...
Tang ni saya tak pandai komen, tapi nak komen juga hehe. Kena panggil Uncleseekers ni
ReplyDelete