Salam hari Jumaat penuh barokah. Harini mama nak share tentang Doa Mohon Perlindungan Semasa Tahiyat Akhir. Mungkin ramai yang sudah tahu perkara ni tapi mama nak simpan sini untuk rujukan mama. Doa ini elok di baca selepas tahiyat akhir dan sebelum salam.
Baca juga:
Doa Mohon Perlindungan Selepas Tahiyat Akhir
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو وَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW berdoa: Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur dan dari siksa api neraka dan dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah Al Masih Dajjal. (HR Bukhari No: 1288) Status: Hadis Sahih
Kesimpulan hadith:
1. Hidup manusia sentiasa terdedah kepada bahaya dan kejahatan. Kita disuruh berdoa agar sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, selamat daripada ujian di dunia dan juga di hari akhirat.
2. Antara tempat yang disunatkan berdoa ialah setelah selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum Salam.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ثُمَّ يَدْعُو لِنَفْسِهِ بِمَا بَدَا لَهُ
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang di antara kalian bertasyahud, maka mintalah perlindungan pada Allah dari empat perkara yaitu dari siksa Jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan Al Masih Ad Dajjal, kemudian hendaklah ia berdoa untuk dirinya sendiri dengan doa apa saja yang ia inginkan.” (HR. An Nasai no: 1293) Status: Sahih
3. Antara lafaz doa semasa selesai bacaan tahiyat akhir:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
4. Doa di atas mengandungi permohonan perlindungan daripada siksa neraka jahanam serta daripada segala fitnah yang melanda manusia sepanjang masa hidup sehingga kematian.
Ayuh kita amalkan doa ini agar sentiasa terhindar dari fitnah semasa hidup, fitnah dajjal, fitnah ketika mati, siksa kubur serta siksa neraka jahanam.
Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, telegram.me/hadisharian_ikram
Jom amalkan bersama.. moga kita sama-sama terhindar dari fitnah dajjal
ReplyDeletePerkongsian yang sangat bermanafaat
ReplyDeletesalam jumaat mama, perkongsian yang amat baik dan bermanfaat..alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah. Perkongsian yang bermanfaat untuk semua.
ReplyDeleteamin~ terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeleteThank you mama. Boleh jadikan doa harian ni.
ReplyDeleteAda juga doa dalam hati masa sujud akhir.
ReplyDeleteiye NA.. elok diamalkan juga tu kan
Deletealhamdulillah
ReplyDeletesama2 beramal
tqqq mama
semoga bermanfaat buat kita semua
ReplyDeleteThanks for sharing mama. Kena hafal ni
ReplyDeleteTerima kasih kongsi Adda..
ReplyDeleteterima kasih ye mama di atas tazkirah yg disampaikan ini...
ReplyDelete