Mama lunch Lunch Nasi Kandar Tersandaq TTDI Jaya Shah Alam Selangor selepas hantar kereta di Dr Cermin TTDI Jaya bulan November lepas. Cermin windscreen retak selepas terkena batu di lebuhraya masa hantar anak mama masuk asrama bulan November lepas. Mujur juga la ada ambil insuran windscreen. So cecepat kami hantar kereta utk ganti windscreen di Dr Cermin.
Sekajap aje siap windscreen replacement kami. Ambil masa dalam 1 jam lebih aje. Sebelum balik sempat mama beli lunch kat Nasi Kandar Tersandaq TTDI Jaya Shah Alam Selangor. Boleh makan kat office nanti sebab mama keluar sekejap aje untuk urusan kereta, pastu masuk balik opis sambung keje.
Baca ni juga:
Lunch Nasi Kandar Tersandaq TTDI Jaya Shah Alam Selangor
Ni lauk yang mama pilih..
Ni la nasi kandar mama. Ada ayam bawang dan juga sayur bendi feveret mama. Tuang sikit kuah kari campur. Pehh memang terangkat hihi..
Menu dan Harga di Nasi Kandar Tersandaq TTDI Jaya Shah Alam Selangor
Ni menu dan harga di Nasi Kandar Tersandaq TTDI Jaya Shah Alam SelangorOverall rasa nasi kandaq tersandaq ni sedap. Rasa kari kaw. Cuma, ayam bawang tu tak macam ayam bawang mamak yang mama selalu makan. Dia lebih kepada ayam kicap. Mama beli 3 bungkus nasi kandar berharga RM 34. OK not bad kan. Satu bungkus tu ada 2 lauk dan 2 bungkus lagi lauk yang macam mama bagi gambar kat atas. Adik yang bekerja situ sabar je malayan kerenah kami. Tenkiu ye dik. Lepas makan ada tersandaq tak? Hmm.. ok aje tersandaq biasa2 aje hikhik..
Maklumat Nasi Kandar Tersandaq TTDI Jaya Shah Alam Selangor
Nasi Kandar Tersandaq TTDI Jaya Shah Alam Selangor
Alamat: Esso, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor
Masa operasi: Dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari 12:00 tengah hari – 7:00 petang
sedapnyaaa
ReplyDeletewahhh..mengiurkan,,,hahaha.. tapi jauh la pulak
ReplyDeletenasi kandar ni antara feveret aida.
ReplyDeletekuah banjir. ayam madunya, or even ayam goreng.
wow! sgt sedap.
nasi kandaq..finger lickin' good.
ReplyDeleteTerus tersandaq ni! hahahaha
ReplyDeleteGerai rupanya. Boleh tahan ketagih kalau makan nasi kandar. Terutama kuah kari.
ReplyDeletePasti menyelerakan
ReplyDeleteAyam bawang eh nama dia, selalu nampak dekat mamak..ingat masak kicap
ReplyDeletemacam tak pernah makan kot...sebab kawen dengan lelaki jawa... dia tak suka sangat nasi banjir kari ni. kat johor pun kurang jual nasi kandar. nak makan sorang2 mcm tak best
ReplyDeletealahai kesian lenkali nak makan ajak mama hihi
DeleteAda tersandar tak selepas makan..? hehe
ReplyDeletenampak menarik tu..
Mengiurkan. Memang betul tersandar tu
ReplyDeleteTentulah sedap
ReplyDeleteBanyak pilihan lauknya.
ReplyDeleteBanyaknya pilihan lauk...macam- macam ada ha...lagi best..tp memang akan tersandar la lepas tu
ReplyDeleteni confirm tersandar. ayam madu takde ke mama? kalau saya tu lauk favourite
ReplyDeletewah...nasi kandar memang sedap...
ReplyDeletetapi saya belum pernah rasa lagi hehehe
Faveret Abang Man lah nasi kandar macam nie Adda. Kalau datang area sini boleh lah cuba jugak nanti..
ReplyDeletewah abg man suka nasi kandaq ye. ni style melayu
Delete