Makan FREE di Seoul Garden I-City Shah Alam Selangor

Hari Khamis lepas mama yang memang takde langsung perancangan makan di luar tetiba dapat Makan FREE di Seoul Garden I-City Shah Alam Selangor. Seperti ang mama pernah cerita sebelum ni, kakak ipar mama tak sihat dan dia memang sangat susah nak makan dengan kuantiti banyak sekarang. So, bila malam tu dia ajak kitaorang makan, maka berkumpul la kami kat  Seoul Garden I-City Shah Alam Selangor. Walaupun masa tu dah 8.50 malam dan kedai nak tutup pada 9/30 malam tapi sempat juga la kami makan ramai-ramai sebelum kedai tutup. Terima kasih kepada staf Seoul Garden I-City Shah Alam Selangor yang memahami dan sabar melaan kerenah kami ni.


Baca ni juga:


Makan FREE di Seoul Garden I-City Shah Alam Selangor

Yang seronoknya mama dan mak mertua dapat maka FREE aje malam tu. Januari kan birthday month kami. Alhamdulillah rezeki. 

Tak sempat ambil gambar sebab mam sibuk membakar segala ayam, kambing dan seafood hikhik. Kebetulan amma ni takdelah lapar sangat. Maka mama ambil tugas bakar membakar. 


Pilihan sup yang ada. KAmi ambil tomyam dan satu sup kosong sebab kakak ipar tak boleh makan pedas


Walaupun dah malam tapi masih banyak lagi lauk pauk. Puas hati kami makan. 



Alhamdulillah memang seronok bila makan ramai-amai. Semuanya makan sepuas hati. Mama suka kambing perat kat sini, sedap sangat. Perapan kopi seperti aam kopi dan daging kopi memang rare tapi sedap. Nanti nak buat kat rumah pula. Perapan  lain seperti satay dan kimchi pun sedap. Seafood dia pun OK, fresh, Sebab bila mama makan udang walaupun makan suku ekor, tak gatal pun muka mama yg allergy ni. Kimchi dia sedap dan sayuran pun fresh. Budak-budak memang suka makan kat sini sebab ada fries, makanan seperti nasi goreng dan juga aiskrim yang banyak pliihan. 


Harga Buffet Per Pax

Harga ni mama ambil untuk cawangan icity. Ambil kat website aje.



Selain dari harga fix kat atas, ada banyak gak harga promo. Contohnya birthday month eat FREE yang macam mama guna ni. Selain tu kalau tak silap ada juga 2 adult, 1 child get FREE gitu. 



Maklumat Seoul Garden I-City Shah Alam Selangor

Ini maklumat Seoul Garden I-City Shah Alam Selangor. 1

Alamat: L3-29A, Level 3, Central I-City, Plot 1, I-City, Persiaran Multimedia, Seksyen 7, Shah Alam

No  Tel: 603-55247285

Waktu operasi: 1:30am - 10:00pm

Seating Capacity: 190

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

22 Comments

Words of wisdom

  1. Bestnya makan free..lama x makan sini....

    ReplyDelete
  2. menarik..birthday month saya nanti nak pergi. tapi tulah bulan puasa. haha

    ReplyDelete
  3. kena datang bulan birthday la gini baru dpt free ek mama? Hahahha

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dapat menjamu selera reramai.
    Tambah seronok bila ada orang lain tukang bayar

    ReplyDelete
  5. sedapnye makan dekat seoul garden... lama tak makan situ...

    ReplyDelete
  6. Kak Sue teringin jugak nak makan kat sini nanti Adda. Memang suka makan makanan macam nie..

    ReplyDelete
  7. lama tk mkn seoul garden..bole tahan harga skarang...dlu2 murah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sebab tu kena usha promo dia baru la berbaloi

      Delete
  8. Lama dah tak makan kat Seoul Garden.

    ReplyDelete
  9. Saya pun teringin nak makan kat Seoul Garden tapi takde peluang lagi..

    ReplyDelete
  10. Kena makan cepat-cepat. Hehe tapi sempat merasa semua.

    ReplyDelete
  11. dapnya..eh, sama la kita..Januari birthday kita jugak. hehe...

    ReplyDelete
  12. belum pernah lagi makan di sg.
    kat melaka ada di bandar sana.
    di side ayer keroh ni mcm tak pernah nampak :(
    one day in shaa Allah, boleh jengah and merasa.
    nampak menarik la.
    ada bakar2. ada sup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm byk restoran bbq yg ni rasa paling sedap bagi mama aida

      Delete
  13. alhamdulillah seronok makan ramai2 kat sini

    ReplyDelete
  14. Femes ni tapi tak pernah try lg. Next time p icity boleh try

    ReplyDelete
Previous Post Next Post