Review AMA Farm, Resort & Training Centre Muar Johor. Mama stay di AMA Farm, Resort & Training Centre Muar Johor bersama adik beradik mama. Setelah setahun lebih PKP dan kali terskhir kami dapat berkmpul adalah di Melaka, Raya Haji tahun lepas di Homestay Selat Horizon Melaka . Kami berkumpul atas urusan rasmi di Muar. So, sambil tu kami cari homestay yang ada pool untuk bagi budak-budak mandi. Baca ni gak
Punyalah rasa seronok dapat berjumpa adik-adik mama. Bila tengok anak sedara pula tetiba nampak dah besar dan meninggi dah memasing. Sekejapan aje budak-budak ni membesar. Jom tengok Review AMA Farm, Resort & Training Centre Muar Johor mama.
Review AMA Farm, Resort & Training Centre Muar Johor
Mudah sangat cara boooking kat sini. Mama whatsapp dan deal terus dengan adik yang bertugas. Kami book banglo 4 bilik berharga RM600 satu malam. Mula-mula ingat nak book bilik asing-asing tapi bila dah ramai ni lagi berbaloi book banglo terus.
Keadaan balkoni dan view dari atas balkoni. Boleh tengok kolan ikan kat bawah. View pun cantik menghijau.
Ni kat depan resort. Ada robot melambai hihi
Gambar Banglo 4 Bilik
Ini lah banlo yang kami book. Ada 2 bahagian banglo ni. 4 bilik dan kalau nak besarkan jadi 6 bilik pun boleh. Ada partition untuk buka bahagian ruang banglo jadi lagi besar. Tempat parking banyak tak perlu kami risau.
Ini 4 bilik di dalam banglo tu. Bilik dia klasik kan. Yang penting tidur selesa
Ruangan living room, dining room.
Banglo ni ada 4 bilik dan 3 bilik air. Bilik air yang pertama aje nampak modern (macam baru renovate). Lagi 2 bilik memang klasik hihi..
Dilengkapi 2 Pool
Waktu pool beroperasi untuk pcblic dari jam 10am hingga 5pm. Tapi bagi yang stay sini pool dibuka dari 7am-10pm.
Kat sini ada 2 pool. Yang ni pool untuk dewasa. Pol ni nampak menarik tapi sampai sekarang mama tak faham kenapa air dia hijau. Rasanya diorang tak letak klori sebab xde bau klorin. Tapi ngeri gak bila tengok hijau tu..
Pool budak ni nampak air dia bersih. Ada bau klorin ari kat sini. Mama duduk kolam ni je la lepak dengan adik-adik. Ngeri oo pool hijau tu
Overall stay kat sini ok la. Takdelah terlampau best. Yang bestnya dapat berkumpul ramai-ramai. Tempat ni banyak kemudahan seperti swimming pool, dewan, pentas, sesuai untuk buat family day atau company team building.
Cuma, mama rasa ada beberapa perkara yang perlu di improve. Contohnya di banglo takde kitchen, so kalau nak masak kena ke dewan. Selain tu lantai dalam rumah agak dusty. Lebih bagus kalau disapu dan mop setiap kali sebelum pengunjung baru masuk. Kami minta penyapu dan mop sendiri untuk bersihkan. Pool memang kena improve lagi. Cuma plus point kat sini ialah view cantik, tempat OOTD banyak dan layanan staff terbaik.
Jenis Bilik Dan Rate di AMA Farm, Resort & Training Centre Muar Johor
Perlu diambil perhatian, rate ni adalah pada November 2021. Mungkin harga berubah pada tahun 2022. Boleh jadikan panduan untuk yang bercadang nak ke mari.
Bilik no 1 RM250
1 katil queen + 1 katil single ()aircornd)
Bilik air & tandas dlm bilik
Jug hot water
TV ( astro Njoi channel )
Almari baju + sofa + iron + peti ais + Sejadah
1 katil queen + 1 katil single (aircornd)
Bilik air & tandas dlm bilik
Jug hot water + TV ( astro Njoi channel )
Iron + peti ais + Sejadah
Bilik No 5 RM180
1 katil queen + 2 katil single ( aircornd)
Bilik air & tandas dlm bilik
Jug hot water + TV ( astro Njoi channel )
Iron + peti ais + Sejadah
Kalau nak tahu bilik lain korang call la no di bawah ye.
Maklumat AMA Farm, Resort & Training Centre Muar Johor
Berikut adalah Maklumat AMA Farm, Resort & Training Centre Muar Johor
AMA Farm, Resort & Training Centre Muar Johor
Alamat: pt, Jalan Abdul Rahman, Parit Kasim, 84150 Muar, Johor
No Telefon: 011-1146 8071
Nampak luas dan selesa semua bilik tu. Siap ada 2 pool. Berbaloi dengan harga
ReplyDeletewahh...ada kolam renang...kemas dan befsih juga
ReplyDeletekemain luas bilik-biliknya. best ada swimming pool sebab bebudak memang suka la.
ReplyDeleteKalau reramai datang sini memang sesuai lah kan Adda..
ReplyDeleteBestnya dapat singgah Muar mcm ni. Hehe
ReplyDeleteRuangan banglo tue nampak luas dan selesa.. memang sesuai sangat kalu ada ramai family yang besar..
ReplyDeleteLuas nampaknya. Seronok berkumpul dengan keluarga, tapi itulah kalau dusty tu memang meremang badan saya tak tahan alergi.
ReplyDeleteDalaman macam duduk rumah biasa. Ada kawasan tempat kereta luas yang bagus. Sayang tiada dapur di rumah.
ReplyDeleteAdda tulis 23 bilik air?
haha 23 dah kalah dah toilet awam. tq NA bgtau. dh betulkan
Deletesaya pun takut nak mandi kalau air pool tak cantik. Setakat nak tido oklah, tapi tak best takde kitchen
ReplyDeleteNampak sangat selesa. Kat sini tak ada gangguan macam kat pejabat, kan?
ReplyDelete