Review K-Drama My Love From The Star. Selepas banyak tengok cerita aksi, maka mama nak tengok cerita ringan-ringan pula. Maka tertengok lah mama cerita My Love From The Star ni. Cerita dia tak terlalu berat, jalan cerita menarik serta kelakar. Seronok juga layan. Mama bagi 8.5/10 bintang. Gaya muzik latar ada gaya cerita lama, tapi jalan cerita dia menarik dan sweet. Aga unsur fantasy so memang la makanan mama hikhik. Ramai yang suggest lepas mama tengok cerita Legend of Blue Sea.
K Drama yang lebih kurang sama vide macam cerita ni:
Review K-Drama My Love From The Star
Tajuk Drama: My Love From The Star
Jumlah Episod: 21
Tahun tayangan: December 2013 - February 2014 (Lama betul cerita ni)
Genre: Romance, Fantasy, Comedy
Pelakon: Cheon Song-Yi (Gianna Jun), Do Min-Joon (Kim Soo-Hyun), Lee Whi-Kyung (Park Hae-Jin), Yoo Se-Mi (Yoo In-Na)
Sinopsis K-Drama My Love From The Star
Do Min Joon adalah seorang makhluk asing yang sudah terkandas di bumi selama 400 tahun kerana tertinggal space ship dia semasa selamatkan seorang gadis. Dia menunggu-nunggu masanya untuk pulang ke bintang asal dia. Dalam masa 400 tahun di bumi, dia menyedari bahawa cinta itu tidak kekal lama dan manusia selalu ambil kesempatan ke atasnya. Dia ada kuasa teleport, stop masa, telekinesis, tidak tua dsbnya. Kerana itulah dia menjadi seorang yang dingin, dan menjauhi cinta. Akhirnya dia mendapat tahu bahawa dia ada masa tiga bulan lagi di bumi, comet dari planet dia akan melalui bumi dalam masa 3 bulan lagi. Comet tu melalui bumi setiap 400 tahun.
Kini dia bekerja sebagai profesor di universiti. Satu hari dia bertemu Cheon Song Yi , seorang pelakon terkenal yang memang glemer tapi banyak haters dan selalu dikecam akibat tindakan dan pengetahuan yang kurang bijak. Song Yi pula mula-mula ingatkan Min Joon ni stalker dia padahal mereka rupanya berjiran.
Banyak perkara berlaku semasa mereka berjiran. Antarana Song Yi tersalah rumah, etc. Min Joon yang ada kuasa mendengar super pula memang tak tahan sebab Song Yi selalu buat bising kat rumah dia. Satu hari Min Joon dapat melihat yang Song Yi akan berada dalam bahaya jatuh dari kapal, Jadi, dia cuba selamatkan Song Yi. Lama-lama terbit rasa suka sesama mereka. Tapi Min Joon terpaksa buat pilihan sama ada nak stay di bumi atau pulang ke bintang. Jika dia tak balik, dia akan menghilang dari bumi ini. So, chances untuk cinta mereka macam zero la kan.
Seronok juga tengok cerita ni. Kelakar tengok Song Yi dan keluarga dia yang selalu singgah rumah Min Joon dan buat macam rumah sendiri. Kelakar bila setiap kali Min Joon dan Song Yi kiss, Min Joon akan jatuh sakit sampai Song Yi kecil hati. Adik Song Yi pula peminat ET dan kelakar juga reaksi Song Yi dan adik dia bila dapat tahu identiti sebenar Min Joon.
Ending dia OK, mama boleh terima kerana agak logik diterima akal. Setiap episod ada macam interview dengan watak dan kelakar juga sebab apa yang kononnya di katakan dalam interview tak sama dengan apa yang sebenarnya dalam hati dan tindakan mereka. Ni first time mama tengok lakonan Kim Soo-Hyun, tak tau kenapa everytime pelakon lelaki tu menangis buat mama pun rasa nak menangis. juga Mantap sungguh lakonan. Mama suka watak Song Yi sebab walaupun dia nampak macam bodoh alang tapi sebenarnya dia bijak dan apapun yang terjadi kat dia, dia tak rasa down, sebaliknya dia bangkit dari kegagalan. She is so strong.
Psst.. lama selepas tengok cerita ni mama ada tengok It's OK not to be OK. Barulah mama tahu lakonan Kim Soo-Hyun ni memang power.
Salam Kak
ReplyDeleteRabia singgah sini
Lama x tgk drama Korea
Nnti singgah blog rabia tau
sekali sekala layan korea bestt
ReplyDeletekan
best juga drama ni. dah ada remake versi thai dan chinese tapi tetap rasa yg ori ni lagi best..bebe
ReplyDeletehaah ada nampak gak versi thai tapi nak tgk yg ori juga
DeleteSudah tengok ni 👍
ReplyDeleteTak pernah tonton lagi drama ni. Macam best pula lepas baca review Mamapp.
ReplyDeletecerita lama jannah tapi best. give it a try
DeleteAkak tengah tengok Inheritors...best gak..ada lagi 4 episode..nanti bleh la tgok yang ni plak
ReplyDeletebest ke kak inheritors tu
DeleteCerita begini kalau ending tak logik pun selalunya kita redha je sebab memang genre fantasi kan
ReplyDeletebetul tu sal hikhik
DeleteSuka betul dengan Gianna Jun ni. Mamapipie review lah Jirisan jugak (ada Gianna Jun)
ReplyDeleteJirisan dah masuk list nak tengok dah tapi belum tgk lagi hannah dah tgk ke. best tak
DeleteMacam best juga eh cita nie, nanti nak tengok jugak lah..
ReplyDeletemenarik ni.
ReplyDeleteaida lom tgk lagi. boleh masuk dlm list. nanti nak carik.
ptg tadi baru start tgk drama korea apa ntah tajuk nya.
nurin yg cadangkan.
di tgk nya si ibu ni kebosanan :) hi hi hi hi...
tajuk apa tu aida. kalau best bgtau tau
Delete