Dr Azizan Kongsikan 10 Cabaran Kritikal Bisnes Selepas Pandemik 2022 Melalui Live Session Ahad

Dr Azizan Kongsikan 10 Cabaran Kritikal Bisnes Selepas Pandemik 2022 Melalui Live Session Ahad Ini. Sektor bisnes dan perniagaan adalan antara sektor yang terjejas teruk pada tahun 2021 akibat dari ekonomi global yang merudum angkara wabak yang melanda. Kita sendiri saksikan banyak bisnes gulung tikar dan ramai yang tiada pekerjaan. Walaupun masih belum reda dan masih banyak lagi kesukaran pada tahun 2022, mama doakan para usahawan tidak putus asa dan dapat bangkit dan pulih semula di tahun 2022 ini. Kerana itu peluang keemasan pada Ahad ini, 13/2/2022 jangan dilepaskan.


Dr Azizan Kongsikan 10 Cabaran Kritikal Bisnes Selepas Pandemik 2022 Melalui Live Session Ahad Ini




Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah. Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.



Ini apa yang Dr Azizan kongsikan baru-baru ini :

Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.



Cabaran Tahun 2022

Di sini mama kongsikan serba sedikit kenyataan dari Dr Azizan. Kalau nak tahu lebih lanjut korang kena join LIVE esok ye.



Kenaikan Harga Barang

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.


Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.



Cabaran Usahawan Baru & Usahawan Lama



Sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini. Pertama kali, Dr Azizan tidak tahu memberikan jawapan apa.walaupun dia sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!


Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.


Dr Azizan mengharapkan Titanium di bawah bimbingannya berusaha lebih untuk berkembang kerana ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum kerana pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.


Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.



Live Session Bersama Dr Azizan Ahad Ini



Bagi usahawan yang mencari cara untuk bangkit dalam perniagaan dan mengenalpasti cabaran tahun 2022 dijemput Dr Azizan menjemput bersamanya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.

  • Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.
  • Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?
  • Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.


Maklumat berkenaan Live Session akan dikongsikan dalam Telegram Azizan Osman Official. Sesiapa yang berminat boleh join channel ini dulu.

  • Tarikh : 13 Februari 2022 & Setiap Ahad
  • Masa : 8.00 pagi


Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official

Sertai juga FB Richworks




Latar Belakang RichWorks


RichWorks adalah sebuah syarikat multinasional yang merupakan penganjur seminar keusahawan terbesar Asia Tenggara dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.



Kesimpulan

Dengan portfolio besar Richworks mama percaya Live session yang akan dibuat esok ini adalah satu sesi sangat membuka mata dan tak boleh dilepaskan. Sudahlah dilakukan secara percuma, pelbagai tips dan perkongsian berguna akan di berikan. Dengan membaca tulisan Dr Azizan melalui channel telegram saja dah boleh rasa bermotivasi lagikan pula bila menyertai sesi esok. Jom kita sama-sama sertai esok




#RichWorks #RichworksAcademy #PerjuanganRichworks
#PerjalananRichWorks2021 #CabaranRichworks2021
#UsahawanJutawan #BitersXRichworks



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. Wahhh, menarik..pastinya program ni akan mendapat perhatian ramai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sure ciktie.. free kot. ilmunya pula bukan calang2 kan

      Delete
  2. Bagus sebenarnya usaha macam ni untuk bantu peniaga yang terkesan masa pandemik. Sekurang-kurangnya mereka ada guideline nanti nak buat macam mana untuk sukses.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul netty bimbingan mcm ni la yg susah nak cari kan.

      Delete
  3. Menarik nie Adda, dah lah free kan..

    ReplyDelete
  4. Wah... Menariknya.. nk join la ahad ni

    ReplyDelete
  5. Jumpa esk dekat channel telegram Datuk Wira Dr Azizan

    ReplyDelete
  6. Semoga perkongsian beliau akan membantu ramai lagi..

    ReplyDelete
  7. Program DAO ni sentiasa dapat tarikan kan? semoga segala usaha beliau dan team menemui kejayaan dan dipermudahkan...aminnnn

    ReplyDelete
  8. https://www.settong.com/ singgah

    ReplyDelete
  9. syok la dgr dr azizan punya sesi ahad aritu

    ReplyDelete
  10. seronok dengar live session DAO haritu. x sabar nak tau sambungannya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post