Menang 3rd Prize HAA Editorial Contest

Assalamualaikum semua.. beberapa hari lepas mama perasan baki akaun bank mama seperti bertambah. Mama perasan selepas topup shopee pay (bulan ni mama kuat shopping haha). Terfikir juga duit apa yang masuk tu. Mungkin payment job blog atau duit kemenangan mama ke. Mama pernah dihubungi untuk minta no akaun kerana Menang 3rd Prize HAA Editorial Contest tapi mama tak tanya pula mama menang tempat keberapa. Ingatkan dapat consolation prize sebab tentu ramai lagi kat luar sana yang lagi power penulisannya dari mama. Mama ni penulis syok sendiri aje haha..


Rupanya bila dilihat dari jumlah wang masuk tu baru lah mama dapat tahu yang mama dapat nombor 3. Alhamdulillah syukur rezeki mama. Artikel mama yang menang categori A ialah Berubah Sekarang! Pengurangan Kemudaratan Tembakau



Menarik contest ni .. sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kemudaratan merokok


Alhadulillah tak sangka mama boleh menang tempat ke tiga.

Inilah contest yang mama menang besar setakat ni. Alhamdulillah. Artikel tu mama tulis dengan ikhlas dan mama betul-betul berharap kepada perokok di luar sana silalah berubah. Harga rokok dah makin mahal begitu juga harga barang keperluan. Adalah lebih baik duit tu digunakan untuk membeli barang keperluan dari membeli rokok yang takde faedahnya tu kan..


Maklumat Lanjut Persatuan Kesedaran Kemudaratan (Harm Awareness Association)

Korang boleh dapat banyak info berkaitan merokok dan Pengurangan Kemudaratan Tembakau oleh HAA melalui website HAA. Mama suka baca Fakta atau auta tentang merokok dan maklumat kesihatan yang lain.


HAA website :  


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

22 Comments

Words of wisdom

  1. Tahniah.. Semoga semakin luas rezekinya..

    ReplyDelete
  2. wah...tahniah mama. ada bakat menulis yang bukan kaleng-kaleng ni

    ReplyDelete
  3. Wah! Tahniah 👏🏽
    Bukan mudah nak menulis artikel.

    ReplyDelete
  4. Wow... Menang besar tu. Tahniah Mama. Lepas ni boleh join lagi

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah terima kasih semua. mmuah sayang korang hihi

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tahniah Adda, banyak tu tempat ketiga...

    ReplyDelete
  7. Tahniah Mama Pipie Syukur Rezeki, moga murah rezeki selalu

    ReplyDelete
  8. tahniah :)
    rezeki tak pernah salah alamat, kan.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Tahniah mamapp. Kalau dah rezeki tak kemana. Lumayan hadiah ketiga pun.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post