Menjadi Contact Rapat dan Bergejala

Assalamualaikum semua. Dengan peningkatan kes covid-19 yang mencanak naik sekarang ni, hidup mama yang aman damai dah mula terasa tempiasnya bila beberapa staff di office muka terjangkit. Kali ni memang cepat betul penularannya. Contoh, bila detect sorang positive terus dapat detect beberapa contact rapat positive masa tu juga. 


Baca ni juga


Mama pula tetiba diserang sakit tekak yang agak teruk sejak malam Khamis. Naik risau pun ada. Alhamdulillah bila buat self test result mama negative. Tapi kawan yang duduk belakang mama yang sakit tekak lepas mama pula yang result dia positive. Maka mama pun sudah jadi contact rapat dan kena kuarantin sehingga Selasa nanti.


Disebabkan result mama negative maka semalam mama pergi klinik sebab sakit tekak mama ni takde berkurang langsung. Tekak terasa panas dan terasa macam bengkak. Nak keluarkan suara soprano mama pun susah.
 
Malam tu, status di Mysejahtera mama tetiba bertukar contact casual rasanya dari klinik tu. Bila mama isi thing to do kat Mysejahtera dah jadi Oren pula sebab bergejala ..


Notis kat Mysejahtera



Alhamdulillah baru tadi mama buat second self test result negative.

Cuma sakit tekak ni aje yang tak baik-baik lagi. Harap antibiotics dapat sembuhkan sakit tekak mama ni. Nak batuk pun tak larat sebab sakit. Menelan pun sakit.

Mama tengok sana sini pun ramai yang update status positive covid dan ada yang kena kuarantin macam mama. Mama doakan semoga semuanya cepat sihat ye.

Update 20/2/2022


Status mama arini. Uwaaa namgis












mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

20 Comments

Words of wisdom

  1. semog cepat sembuh Adda...akak pun dh start 2-3 hari sekali buat self test..lepas sorang-sorang tumbang kat opis....

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh. Betul ramai yang dah positive. Moga terus dijauhkan InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. moga mama lekas sembuh. kes sekarang sangattt merunsingkan. di ofis cida dari sorang merebak ke 13orang tak sampai seminggu. Allahuakhbar. moga kita semua dilindungi.

    ReplyDelete
  4. sekarang ni tengah panas terik, kena minum air banyak2. Take care tau :)

    ReplyDelete
  5. Allah.. anak-anak aku pun jadi kontak rapat jugak mujurlah tak bergejala.. kat opis pun dah sunyi sepi sebab kontak rapat.. semoga cepat sembuh adda

    ReplyDelete
  6. Semoga cepat sembuh mama. Sekarang ni memang situasi kita akan sakit tekak. Sebab cuaca panas juga. Minum air banyak banyak tau mama! <3

    ReplyDelete
  7. semoga cepat sembuh kak adda.minum bnyk air..rehat

    ReplyDelete
  8. Semoga yang baik2 aje ye...
    Jaga diriselalu

    ReplyDelete
  9. Risau juga kan kalau tidak sihat.
    Saya pun macam dikelilingi orang tidak sihat.
    Selamat berkuarantin.

    ReplyDelete
  10. Moga cepat sembuh mama. sekarang cuaca tak menentu plus panas semacam. tu yang ramai tak sihat demam, batuk n selsema

    ReplyDelete
  11. Semoga diberikan kesembuhan buat Kak Adda..

    ReplyDelete
  12. amin terima kasih atas doa semua. mama doakan semoga korang semunya juga dilindungi dan sentiasa dlm keadaan sihat

    ReplyDelete
  13. Samalah opis saya. Bos nak mintak keje opis balik terus tak jadi. Back to WFH

    ReplyDelete
  14. Semoga cepat sembuh.. Aini baru masuk keje semalam..
    Seminggu kene kuarintin sebab close contact.
    Alhamdulillah Aini -ve

    ReplyDelete
  15. amin alhamdulillah mama dah ok cuma adik ipar mama pula yang sangkut positive huhu. yq semua atas doa

    ReplyDelete
  16. Betul adda..risau betul sekarang ni, sekeliling kita orang yang kita kenal positif. Seriau je rasa nak keluar rumah. Saya haritu pun MySejahtera tukar warna kuning sbb bos kat ofis, +ve. Adeh, nak masuk mall/kedai pun tak berani walaupun orang cakap kuning boleh je nak gi mana-mana..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post