Pergi Taman Ular Dan Reptilia Kangar Perlis

Semasa ambil anak mama dari Kedah bulan Disember lepas mama sempat Pergi Taman Ular Dan Reptilia Kangar Perlis. Alang-alang dah pertama kali sampai ke Perlis ni maka singgahlah mana-mana tempat menarik yang sempat kan. Antara tarikan kat Perlis ialah Pergi Taman Ular Dan Reptilia Kangar Perlis. Sebab apa? Sebab Taman Ular ni adalah Taman Ular terbesar di Asia Tenggara tau. Tak sangka ada kat Malaysia. 



Bila mama ke sini barulah mama rasakan betapa besarnya taman ni dan banyak betul ular-ular serta haiwan lain. Patutlah dinobatkan sebagai taman ular terbesar Asia Tenggara. Baca ni juga:



Latar Belakang Taman Ular Dan Reptilia Kangar Perlis



Ni mama cedok info dari en wiki. Taman ini bermula sebagai sebuah pusat penyelidikan yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan pada 1978 bagi menghasilkan penawar bisa ular. Ia kemudian diambilalih oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis dan dikomersialkan sebagai tarikan pelancong.

Terdapat lebih 150 ekor ular daripada 34 spesies di taman ini, dengan 25 spesies ular tempatan dan sembilan spesies luar negara, seperti ular Sawa, ular Tedung Selar dan ular Kapak  Terdapat juga haiwan lain seperi biawak air, iguana dan buaya tembaga. 



Banyak landscape menarik di bahagian outdoor taman ular ni. Walaupun taman ni besar tapi ada banyak tempat duduk dan tempat rehat-rehat.




Selain dari ular yang menya banyak sangat kat taman ni terdapat juga haiwal lain seperti kura-kura, memerang, biawak, burung dan bermacam lagi. Bagi peminta kucing pula ada rumah kucing yang dibina untuk stray cats. Korang boleh manjakan kucing-kucing ni dan bagi diorang makan. Memang kesian tengok kucing-kucing ni. 


Overall memang puas hati datang ke sini. Kawasan dia sangat luas. Ular-ular dan haiwan lain kat sini semua gemuk2 tandanya diorang makan cukup, Mana taknya diorang makan menda hidup oo.. Korang boleh tengok ada sangkar-sangkar yang  ada anak ayam, ayam dewasa, tikus hidup. Tak sampai hati mama nak tengok diorang kena makan. Punyalah banyak ular kat sini sampai bila balik rumah mama jadi saspen bila masuk bilik air boleh terbayang ular tau.



Tiket Bayaran Masuk Taman Ular Dan Reptilia Perlis

  • RM6 dewasa 
  • RM 3 kanak2 

Kat atas ni waktu operasi taman ular Perlis

Sangat berbaloi harga tiket dan apa yang tersedia di dalam taman ni.


Apa Yang Menarik di Taman Ular Dan Reptilia Kangar Perlis

Mama cerikan secara ringkat apa yang menarik kat sini

  • Bermacam-macam species ular dan reptilia termasuk iguana, burung, emu, ayam dan itik, kucing, etc
Antara port ootd

  • Banyak port OOTD seperti lukisan mural, lukisan 3D dan juga area payung-payung yang colorful
  • Ada taman bunga matahari (masa mama pergi bunga matahari tak besar lagi)
  • Boleh naik kuda


Video Taman Ular Dan Reptilia Kangar Perlis

Mama tak dapat nak masukkan semua gambar so mama siman dalam bentuk video aje. Kalau korang nak tahu apa yang ada kat sini boleh tengok video ni.



Maklumat Taman Ular Dan Reptilia Kangar Perlis

Ni Maklumat Taman Ular Dan Reptilia Kangar Perlis


Taman Ular Dan Reptilia Kangar Perlis

Alamat: Taman Ular Sungai Batu Pahat, 02400 Kangar, Perlis

Masa Beroperasi: Dibuka setiap hari dari 9:00 pagi – 5:00 petang

No Telefon: 04-976 8511


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. Tq sharing Adda.. boleh lah buat rujukan untuk sesapa yang nak pergi nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ke taman ular perlis boleh la kak sue refer sini nanti

      Delete
  2. Banyak tempat menarik rupanya di Perlis ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada byk lagi PH tapi tu la tak sempat nak pergi

      Delete
  3. Selalu pi Perlis tapi x tau pun ada taman ular ni...menarik...

    ReplyDelete
  4. suka jga tgk ular tapi jauh jauh heee
    nk lg yg besau tu

    ReplyDelete
  5. Last pergi Perlis tak masuk pun taman ni sebab masing-masing penakut. Huhu

    ReplyDelete
  6. Alang alang dah sampai ambil peluang singgah sini kan. Sampai terbayang bayang ular tu, jangan sampai bawa mimpi sudah. Bagus jugak ada binatang lain jadi tarikan. Ada port bergambar tu wajib. Taklah datang semata mata tengok ular je kan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post