Review MR Homestay Baling Kedah

Review MR Homestay Baling Kedah. Ini post yang terjeruk lama dalam draft. Mama tak perasan mama tak publish post ni. Mama menetap satu malam disini pada bulan November. Ni baru lah nak buat Review MR Homestay Baling Kedah. Mama stay kat sini masa nak hantar anak mama masuk asrama bulan November 2021 dulu.

Sambil tu baca ni juga


Review MR Homestay Baling Kedah

Bestnya hometay nilah view cantik dan boleh tengok gunung. Mama ambil gambar kat sini mmg hasilnya tak mengecewakan. 


Keadaan homestay diwaktu malam. cantik juga, Boleh lepak depan bilik dan di bawah pokok pun ada meja dan kerusi boleh piknik kat situ


Inilah bilik yang kami book. Utk 4 pax. 


Bilik macam studio serba lengkap dan luas. Mama cuma bayar RM120 aje satu malam


Ada meja makan kat tepi sudut


Dilengkapi dengan TV Njoi dan stools


Siap ada toto extra disediakan. Sinki ada diluar bilik air maka mudahlah kitaorg nak cuci tangan/pinggan mangkuk. Tak kacau orang dalam bilik air.


Ini bilik airnya. Ada water heater lagi.

Overall puas ati duduk sini. Owner memang sangat sopan dan friendly. Duduk sini macam duduk kat rumah aje feel dia. Mama dah book bulan Januari ni tapi disebabkan anak mama PDPR kat rumah, maka terpaksa mama cancel. Mujur owner amat memahami.


Senarai Bilik dan Harga di MR Homestay Baling Kedah

Pls note, ini harga untuk 2021. Tahun 2022 mungkin harga dah berlaiinan ye. Untuk rujukan bolehlah tengok sini.

MR Homestay No.1 

  • Muat 4 ke 10 org- RM150
  • Rumah 2 bilik,hall

MR Roomstay No.2 

  • Muat 4 ke 6 org - RM120
  • Bilik 2 queen bed

MR Roomstay No.3 

  • Muat 2-6 orang - RM100
  • Bilik 1 queen bed + 1 singgle bed

MR Roomstay No.4

  • Muat 2-6 orang - RM 90
  • Bilik 1 queen 

MR HOMESTAY TMN BERSATU(420)

  • Muat 6 - 15 Org-RM170
  • Rumah 3 Bilik

MR HOMESTAY TMN BERSATU(434)

  • Muat 6 - 15 Org-RM170
  • Rumah 3 Bilik

 Ada banyak lagi homestay MR yang ada tau. KAlau nak tahu lebih lanjut boleh berhubung terus dengan owner. 

Semua bilik ada aircon, tv Mytv,Njoi, towel, sabun, kettle, water heater,iron. Kawasan Bawah Gunung Pulai. 5min ke Bandar BALING. 20 Min Ke Air Panas Ulu Legong. Parking kereta disediakan. Berdekatan,FRESH MART,kedai mkn, kedai runcit, dobi 


Maklumat MR Homestay Baling Kedah

MR Homestay Baling Kedah

Alamat: Lot 8665, Kampung Teduh, 09100 Baling, Kedah

Utk tempahan boleh wasap sini 60135309193



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. Murah homestay ny mama.. view pn cntikkkkk.. puas ati tgkny..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. puas hati duk sini mcm duduk rumah sendiri aje

      Delete
  2. Besar nie harga tu memang murah betul.

    ReplyDelete
  3. saya pun suka ke Baling. Cantik tempatnya dan belum terjejas dengan pembangunan. boleh take note homestay ni kalau ke sana lagi

    ReplyDelete
  4. Berbaloi sangat kalau menginap kat sini kan Adda. Bersih, cantik dan kemas pulak tu..

    ReplyDelete
  5. boleh terus hiking gunung baling.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Luas bilik walaupun jenis studio.

    ReplyDelete
  7. Murah tu homestay tu....bleh masuk list ni...ada plan nak ke utara nanti

    ReplyDelete
  8. Nampak selesa Adda, nnt boleh stay sini kalau ke Baling

    ReplyDelete
  9. Luas, kemas dan cantik. Harga pun murah. Untung menginap di sini.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post