Assalamualaikum semua. Harini mama nak share Senarai 18 Blogger Pilihan Tahun 2022. Rasanya tentu korang dah kenal dah kot. Tak kira mama nak senaraikan juga haha. Jom kita sama-sama kenal Blogger Pilihan tahun 2022 ni.
Baca juga:
- Blog Performance Tahun 2021
- Cerita Blog Mamapipie.com di tahun 2017 part 1
- Cerita Blog Mamapipie.com di tahun 2017 part 2
Sejarah Blog Mamapipie
Alhamdulillah setakat ni mama rasa seronok berada dalam dunia blog kerana blog mama ini adalah hobi mama. Mama buat blog ni semasa umur anak mama 5 bulan kononnya nak share perkembangan anak kat sini. Macam diary gitu. First blogpost pada July 2008 Blog mama bermula... kelakar tengok bahasa mama dolu2.
Tak sangka masa tu mama berkenalan dengan ramai mommy blogger yang share hobi ni sehingga kami buat gathering dan ada juga terjumpa di luar dan bertegur sapa macam dah kenal lama. Ada yang berkawan di FB, IG sampai sekarang. Paling seronok bila dapat berjumpa Noy, mommy blogger dari Brunei dan Fara Adura yang rupanya hubby dia adalah junior mama. Seronok sangat.
Bila anak dah besar ni mama lebih banyak share dengan minat mama sendiri iaitu makan, travel, share tazkirah dan bermacam lagi. Sebab tu mama selalu bagitau mama ni blogger syok sendiri haha. Apapun jom la kita tengok senarai blogger pilihan tahun 2022 ni.
Senarai 18 Blogger Pilihan Tahun 2022
1 . Sis Hawa | Blog Lifestyle Penuh Informasi
Seronok kenal dengan Awa dan Awa lah yang tolong mama design template yang sekarang ikut citarasa mama. Blog Awa berkisarkan kehidupan seharian seorang ibu yang juga merupakan seorang penulis dan surirumah sepenuh masa. Sis Hawa juga merupakan founder untuk team Blogggers Malaysia Biters www.bloggersmalaysia.com
Siti Awadah lebih dikenali sebagai Sis Hawa. Seorang ibu kepada 6 orang anak , 5 lelaki dan yang bongsu perempuan. Ramai baca blog ini untuk tahu informasi berkaitan seorang isteri, ibu dan blogger sepenuh masa.
Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :
- -hubungan cinta dan perkahwinan
- himpunan doa amalan harian
- resipi
- tips parenting
- info ibu hamil, bersalin dan penyusuan
- tips kediaman
- panduan berblog dan Adsense
- informasi semasa dan banyak lagi.
2. Zaza Azman | Lifestyle Blogger
Dikenali sebagai Mama Monsta. Lebih selesa untuk menulis Blog berbahasa inggeris. Mempunya sepasang anak dan surirumah sepenuh masa.
Blog versatil untuk berkongsi mengenai makanan dan tempat2 makan menarik. Review barang2 kecantikan dan kesihatan. Suka kongsi mengenai hal perkembangan anak2, general knowledge dan tips2 kehidupan . Blog niche lifestyle, parenting, beauty and food.
3 Netty Ah Hiyer | Dari Wartawan Majalah menjadi Penulis Blog Travelog Wartawan
Sebelumnya menulis untuk majalah Mingguan Wanita, dan masih (buat masa ini) menulis untuk portal online Mingguan Wanita. Bekerja di rumah, dalam masa sama menguruskan famili dan tiga orang anak.
Ini adalah blog personal yang berkongsi apa saja info. Berdasarkan pengalaman peribadi penulis, atau pun orang lain yang boleh menjadi tip dan panduan bermanfaat dalam kehidupan seharian.
4 Bonde
Bernama Zaidalifah Binti Hussin dan lebih mesra dengan panggilan Bonde Zaidalifah adalah antara kawan blogger rapat mama dan pernah berjumpa di beberapa event. Bonde seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman berkaitan banyak perkara di blognya.
5 Rinazul | Lifestyle Entrepreneur Blog
Blog ini berkisar tentang gaya hidup dan perjalanan seorang wanita yang komited mencapai impian sebagai seorang usahawan berjaya dunia akhirat. Blog ini juga berkongsi tips pemakanan, kesihatan, barangan rumah dan kerjaya dalam perniagaan.
Sis Rinazul nekad berhenti kerja dari bidang perbankan pada usia 25 tahun dan cetusan Blog ini adalah sebagai inspirasi, motivasi dan tips buat semua untuk mencapai kejayaan yang diidamkan. Ramai baca blog ini untuk dapatkan info berkaitan umum, pemakanan, barangan rumah dan tips usahawan.
Blog ini turut berkongsi info bermanfaat seperti :
- -Ilmu Agama
- Makanan Sunnah
- Tips Pemakanan
- Tips Kesihatan
- Tips Bisnes
- Barangan Rumah
6 Azlinda Alin | Bicara Mummy
Azlinda Alin atau nama panggilannya Linda. Seorang ibu muda, anak 3. Full Time Blogger dan Full Time Entrepreneur
Bergiat dalam bidang blogging kerana minat berkongsi dan rujukan sendiri di masa akan datang. Antara kisah yang sering di tulis adalah berbentuk peribadi, lifestyle, parenting, travel dan food.
Selain blogging, Linda juga aktif di media sosial yang lain seperti di Facebook, Instagram dan Tiktok
7 Shalimar | Lifesytle Blogger
Bekerja sepenuh masa, mempunyai sepasang cahaya mata. Blog ini blog personal yang berkongsi pelbagai perkongsian. Kebanyakan tentang kehidupan, resepi, keluarga dan review barangan. Ada juga perkongsian tentang pengalaman bersama penagih dadah & berkaitan pencegahan dadah.
8 Atul Hamid | Mommy blogger suka berbines
Blog atulhamid.com kepunyaan Atul Hamid. Atul merupakan seorang isteri dan ibu kepada sepasang cahaya mata. Pernah bekerja sebagai librarian di sebuah perpustakaan universiti, tetapi kini memilih sebagai suri rumah sepenuh masa yang mempunyai kerjaya.
Atul kini merupakan seorang business leader yang mempunyai jualan mencecah 5 angka setiap bulan. Atul hanya melakukan bisnes online dari rumah sahaja, iaitu bisnes Shaklee
Atul juga aktif berblog sepenuh masa. Blog atulhamid.com berkongsi tentang gaya hidup, makanan tambahan, kesihatan, keluarga, wanita, dan kerjaya sebagai suri rumah yang berbisnes serta berkongsi info-info menarik yang berguna kepada anda semua
9. Bebelan Cik Min | Travel, Food, Beauty & Lifestyle
Blog mengenai Travel dan percutian, berkongsi tentang kecantikan serta Food Review juga blog penuh informasi
10. Zati Salim | Lifestyle Blogger
Blog mengenai pelbagai perkongsian seperti resepi, parenting, drama, review, petua. Dan juga memberikan info kepada para pembaca.
11 Mamy Syu | Lifestyle Parenting
Mommy Blogger Malaysia - perkongsian pengalaman jaga anak dengan cara mudah,tip susu badan,review menarik,resepi sedap,lifestyle suami isteri dan vaksin
12. Hafiza Aizzawa | Beauty and Lifestyle Blogger
Seorang ibu yang juga merupakan seorang penulis blog dan pada masa yang sama bekerja sepenuh masa. Mempunyai sepasang cahaya mata. Penulisan blog yang dikongsikan berdasarkan pengalaman sendiri, sama ada pergi bercuti, staycation, cerita anak-anak, resipi masakan, review makanan dan banyak juga story menghadiri event.
Oleh kerana banyak menerima tawaran review di IG, kesempatan tersebut ditulis di blognya. Review paling banyak diketengahkan adalah mengenai produk kecantikan dan percutian bersama keluarga. Juga merupakan media influencer yang aktif di FB, IG dan Tiktok. Nak baca mcm2 review terjah je fizaizawa. com
13 Azni
Seorang momblogger yang ada degrees dalam mass comm
14. Ana Suhana
Full time mommy blogger since 2017. Niche blog ni pada awalnya tentang travel & food sebab owner suka share pengalaman percutian2 beliau dalam Malaysia. Baik sama ada review tentang tempat penginapan (kebanyakkan adalah hotel) dan juga tempat-tempat makan tempatan yang pernah diterjah. Artikel resipi pun ada dikongsi.
Kemudian niche bertambah kepada lifestyle blog sharing sebab dah ada topic on beauty & health, parenting and Islamic sharing knowledge. Semua dengan niat untuk share info dan ilmu yang diharapkan bermanfaat pada pembaca.
15. Aleya
Seorang momblogger yang suka berkongsi tentang tentang Motherhood . Lifestyle . FoodHunter.
16. Abam Kie
Blog ini milik seorang guru dari Kelantan yang berkongsi pengalaman menarik di dalam kehidupannya. Dia juga menulis tentang panduan, tips dan nasihat mengenai pengurusan kewangan, gaya hidup, kekeluargaan dan Islam. Maklumat semasa yang diberikan sangat berguna untuk dibaca semasa lapang.
17. Raydah Alhabsyi
Her Life Her Style. She’s a Content Creator, Mental Health Advocate and a Sports Science graduate from Uitm who blogs about lifestyle and casually updates about food.
18. Cikza Mohmad
Seorang Pejuang SLE dan Garis Dua Yang tak pernah putus asa.
blog akak pun ada, cayok-cayok kak... moga terus sukses
ReplyDeleteTerbaikkk
ReplyDeleteblogger2 hebattt
Got the list untuk saya blogwalking!
ReplyDeleteMenarik.
ReplyDeleteTahniah semua
ReplyDeleteBlogger2 hebat
ReplyDeletesemua blogger yang rajin kat atas ni..
ReplyDeleteSemua blogger-blogger hebat nie..
ReplyDeletewah..majoriti mommy blogger. terselit seorang 'daddy' di situ. hehe
ReplyDeletekenal kebanyakan senarai blogger dalam senarai atas ni..
ReplyDeleteBlogger yang hebat-hebat nie..
ReplyDeletesemu blogger terpilih ni tapi yg takde dlm senarai ni pun ramai yg yg friendly dan power2 mcm semua yg komen post ni
ReplyDeletewah..hebat-habt senmua blogger ini
ReplyDeleteHai Bonde hadir jom suppurt semua yang ada dalam senarai diatas... blog penuh infomasi
ReplyDeleteAlahai, tengok gambar lama blog puan tu rasa rindu dengan fungsi 'Blog seterusnya' boleh ronda-ronda blog random
ReplyDeletemenggamit kenangan kan. mama mmg suka dulu klik link tu. skrg dah xde dah kan.tq singgah blog mama
Delete