Assalamualaikum semua. Salam hari Jumaat yang mulia. Harini mama nak share tentang Zikir Menjauhi Perkara Yang Tidak Diingini. Seeloknya kita amalkan zikir ini sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi pada kita. Boleh juga dibat ikhtiar agar kita berasa dalam keadaan selamat. Baca ni juga:
Zikir Menjauhi Perkara Yang Tidak Diingini
عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَالَ فِي دُبُرِ صَلاَةِ الفَجْرِ وَهُوَ ثَانٍ رِجْلَيْهِ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ كُتِبَتْ لَهُ عَشْرُ حَسَنَاتٍ وَمُحِيَ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ وَرُفِعَ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ وَكَانَ يَوْمَهُ ذَلِكَ كُلَّهُ فِي حِرْزٍ مِنْ كُلِّ مَكْرُوهٍ وَحُرِسَ مِنَ الشَّيْطَانِ وَلَمْ يَنْبَغِ لِذَنْبٍ أَنْ يُدْرِكَهُ فِي ذَلِكَ اليَوْمِ إِلاَّ الشِّرْكَ بِاللَّهِ.
Daripada Abu Dzar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang membaca selepas solat Subuh dalam keadaan menyilangkan kedua kakinya (dalam kedudukan tasyahud), sebelum berkata-kata dia membaca: Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah tidak ada sekutu bagi-Nya, semua kerajaan milik-Nya dan bagi-Nya seluruh pujian, Dia yang menghidupkan, serta mematikan, dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu, sebanyak 10 kali, maka tercatat untuknya sepuluh kebaikan dan terhapus darinya sepuluh kesalahan serta diangkat untuknya sepuluh darjat, dan pada hari itu dia berada dalam perlindungan dari segala yang tidak diingini, serta terjaga dari Syaitan, begitu juga tidak layak ada dosa atasnya pada hari itu kecuali syirik kepada Allah." (HR Tirmidzi No: 3474) Status: Hassan Sahih
Kesimpulan hadith:
1. Setiap Muslim digalakkan berzikir dan berdoa selepas solat.
2. Antara zikir yang dianjurkan untuk dibaca selepas solat Subuh dalam keadaan menyilangkan kedua kakinya (dalam kedudukan tasyahud), sebelum berkata-kata yang lain adalah;
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Barang siapa membaca sebanyak 10 kali, maka:
- a. Dicatat untuknya sepuluh kebaikan
- b. Terhapus daripadanya sepuluh kesalahan
- c. Diangkat untuknya sepuluh darjat
- d. Pada hari tersebut dia berada dalam perlindungan dari segala yang tidak diingini
- e. Terjaga dari Syaitan pada hari tersebut
- f. Tidak layak ada dosa atasnya pada hari itu (terampun) kecuali dosa syirik kepada Allah
3. Orang yang membaca zikir ini selepas solat subuh sebanyak 10 kali dalam keadaan masih duduk seperti tahiyat akhir dan belum bercakap yang lain, maka akan terpelihara daripada sesuatu yang tidak diingini termasuklah pelbagai penyakit seperti virus Covid 19 juga dilindungi dari mara bahaya yang lain.
Marilah kita menjaga amalan wirid ini selepas solat fardhu subuh juga maghrib. Moga kita terhindar daripada sebarang penularan wabak penyakit juga dilindungi daripada sebarang musibah.
Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor
Lā haula wa lā quwwata illā billāhil 'aliyyil azhīm
ReplyDeleteSemoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya..
ReplyDeleteamin ya robbal alamein...
ReplyDeletesalam jumaat dari wak yg jauh dimata ye 😅
syukran..
ReplyDeleteKena hafal doanya.Selalu terfikir bagaimana hendak elak perkara tidak diingini.
ReplyDeleteThanks sharing
ReplyDeleteterima kasih mama kerana sudi berkongsi ilmu pd hari Jumaat yg mulia ini...
ReplyDeleteGood sharing Adda..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Terima aksih untuk perkongsian ini Kak Adda..
ReplyDeleteThanks for sharing mama. Jom sama-sama amalkan
ReplyDeletealhamdilillah semoga kita beroleh manfaat dan sama-sama amalkan
ReplyDelete