Salam hari Jumaat penuh keberkatan. Di hari mulia ni mama nak ajak kita sama-sama renungkan hadith di bawah. 4 Tanda Tanda Kebahagiaan dan 4 Tanda Kesengsaraan di Dunia.
Baca ni juga
Tanda Kebahagiaan dan Kecelakaan
عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ وَالْجَارُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَب الْهَنِيءُ وَأَرْبَعٌ مِنَ الشَّقَاوَةِ : الْجَارُ السُّوءُ وَالْمَرْأَةُ السُّوءُ وَالْمَسْكَنُ الضِّيقُ وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ
Daripada Ismail Muhammad Bin Sa’ad Bin Abi Waqqas daripada ayahnya daripada datuknya. Datuknya (Sa’ad Bin Abi Waqqas) berkata : Rasulullah SAW bersabda : 4 tanda kebahagiaan. Isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan yang elok. Manakala 4 tanda kedukaan adalah jiran yang buruk, isteri yang teruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk.” (HR Ibnu Hibban No: 4032) Status: Hadis Sahih
Empat tanda kebahagiaan di dunia
a. Isteri yang solehah – isteri yang baik. Dipandang suami ia menggembirakan, sentiasa menjaga maruah diri dan suami.
b. Tempat tinggal yang luas – yang banyak manfaat bagi penghuninya (tidak semestinya rumah besar). Rumah yang didalamnya hati akan menjadi lapang dan tidak sempit (Takhrij al-Musnad no 15372).
Empat tanda kesengsaraan di dunia
a. Jiran yang buruk – akhlak dan kehidupannya akan mempengaruhi kita dan anak-anak.
Setiap Muslim disyariatkan berdoa antaranya doa memohon kelapangan dan keberkatan. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW sering berdoa:
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧِّﻲ ﺃَﻋُﻮﺫُ ﺑِﻚَ ﻣِﻦْ ﺟَﺎﺭِ ﺍﻟﺴُّﻮﺀ ﻭَﻣِﻦْ ﺯَﻭْﺝٍ ﺗُﺸَﻴِّﺒُﻨِﻲ ﻗَﺒْﻞَ ﺍﻟْﻤَﺸِﻴﺐِ ﻭَﻣِﻦْ ﻭَﻟَﺪٍ ﻳَﻜُﻮﻥُ ﻋَﻠَﻲَّ ﺭِﺑًﺎ ﻭَﻣِﻦْ ﻣَﺎﻝٍ ﻳَﻜُﻮﻥُ ﻋَﻠَﻲَّ ﻋَﺬَﺍﺑًﺎ ﻭَﻣِﻦْ ﺧَﻠِﻴﻞٍ ﻣَﺎﻛِﺮٍ ﻋَﻴْﻨَﻪُ ﺗَﺮَﺍﻧِﻲ ﻭَﻗَﻠْﺒُﻪُ ﺗَﺮْﻋَﺎﻧِﻲ ﺇِﻥْ ﺭَﺃَﻯ ﺣَﺴَﻨَﺔً ﺩَﻓَﻨَﻬَﺎ ﻭَﺇِﺫَﺍ ﺭَﺃَﻯ ﺳَﻴِّﺌَﺔً ﺃَﺫَﺍﻋَﻬَﺎ
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari tetangga yang buruk, dari isteri yang membuatku beruban sebelum masa beruban, dari anak yang menjadi tuan bagiku, dari harta yang menjadi siksaan atasku, dan dari kawan yang berbuat makar, matanya memandangiku sedang hatinya mengawasiku. Jika ia melihat kebaikan, maka ia tanam (sembunyikan), dan jika melihat keburukan, maka ia menyebarkannya. (HR. Hannad dalam Az-Zuhd (no. 1038) Status: Hadis sahih dalam Ash-Shohihah no. 3138).
Sumber: 1 Hari 1 Hadis
Tags
ISLAMIK
singgah www.settong.com
ReplyDeleteTerima kasih mama sharing ilmu baik ni
ReplyDeleteTerima kasih Adda kongsi entri yang bagus macam nie..
ReplyDeleteAlhamdulillah. At least ada jiran dan tenpat tinggal yang baik. Kenderaan pun boleh la ke utara dan selatan
ReplyDeletealhamdulillah semoga bermanfaat
ReplyDeleteGood sharing mama...
ReplyDeleteAlhamdulillah..semoga kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dan bahagia. Aamiin...
ReplyDeleteamin
Deletealhamdulillah.. bila baca ni aku rasa aku la manusia paling bersyukur kena peroleh 4 kebahagian dunia tu.. tq adda share..
ReplyDeletealhamdulillah tahniah ita dpt semua kebahagian tu
DeleteBaru tahu tanda-tandanya ada 4 ciri.
ReplyDeleteSemoga bermanfaat untuk kita semua
ReplyDelete