Minggu lepas di kala hujan lebat kami tetiba craving corndot yang kami selalu beli tapi malangnya kedai tutup huhu. Maka ke sini dan kesana la mama dan en hubby. Akhirnya ternampak ada jual jagung cheese leleh ni. Beli Jagung Cheese Leleh Sedap di Seksyen 7 Shah Alam Selangor.
Sejak kebelakangan ni memang viral Jagung Cheese Leleh ni kan. Mama pernah beli sekali di Grab tapi rasa dia agak termenung la. So, bila merasa Jagung Cheese Leleh ni memang terasa wow.. Baca juga
- Dinner di Soru Station Seksyen 13, Shah Alam Selangor
- Beli Kopi Saigon di Seksyen 7, Shah Alam Selangor
Jagung Cheese Leleh Sedap di Seksyen 7 Shah Alam Selangor
Jeng jeng.. inilah rupa kejadian Jagung Cheese Leleh yang mama beli. Besar betul cawannya dan tak kedekut bahan sampai melimpah ruah cheese kat atas tu. Masa makan berterabur-terabur atas meje.
Siap diberi extra cheese lagi. Alhamdulillah semoga murah rezeki adik tu. Dengan cheese lebih ni mama dapat makan dengan burger dan keesokannya mama buat roti telur cheese.
yum.. yumm jemput makan korang.
Overall memang puas hati makan Jagung Cheese Leleh ni. Terasa lemak, manis nya serba cukup rasa. Memang kalau nak repeat mama beli kat sini je la.
Kedai Jagung Cheese Leleh
In the making
Inilah kedainya. Ada harga di situ
Nak cari kedai ni senang aje, terletak di pusat penjaja Seksyen 7 Shah Alam yang berhadapan dengan Supermarket Giant (Dulu Supermarket Bintang). Ada yang penah try ke.
Tags
FOOD
Sedap erk...akak hari tu beli gak area seremban...kureng..hehehe...tapi dania kata sedap
ReplyDeletearitu adik beli juga...yummmyyy
ReplyDeleteJagung memang fav sy nih... yang cheese leleh nih belum try lagi nanti bolehlah cuba :)
ReplyDeleteNampak pun sedap, mewah cheesenya..
ReplyDeletememang cheese dia tu melimpah
ReplyDeleteWah menarik nie Adda, nanti nak cuba jugak lah..
ReplyDeleteNampak Sedap jagung tu. Tapi kalau saya beli, taknak letak cheese, tak gemar.
ReplyDeleteWow, banyaknya cheese dia!
ReplyDeletewahhhhh sedapnya kak, makan pulak panas-panas ye. kalau yang cheese extra tu dia kira berapa rm tu kak?
ReplyDeleteDapp nyer 🌹🌹
ReplyDeletememang puas makan ni, cheese melimpah.
ReplyDeleteNampakk sedap
ReplyDeletePergh!! Menggoda sungguh limpahan cheese dia.. Best.. best..
ReplyDeletemeriah betul cheese nya...
ReplyDeletebiasa kalau makan jagung suka yang plain sahaja
Terliur sy lihatnya. Nanti nk gi carilah...mengidam ni.
ReplyDeleteDah rasa. Sedap tapi muak juga.
ReplyDeleteJagung, cheese..favourite saya dua-dua ni..tak pernah try lagi jagung cheese leleh ni sbb kat area rumah tak ada orang jual...Ni ternampak ada jual kat mana-mana, memang nak try sebab tgh viral..Nk beli yang hat viral tu, nun kat Klang...Jauh lah pulak...
ReplyDeletemakkkk aiiii dasat punya cheese!
ReplyDelete