Hadiah kak Amie dah Sampai

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah mama terima hadiah dari kak Amie kerana terpilih sebagai top commentor di blog salamisimon1.blogspot.com. Ini first time mama dapat hadiah dari kak Amie. So excited!

Jom kita tengok apa yang dihadiahkan kak Amie


Banyaknya hadiah yang kak Amie bagi. Ada t-shirt Semporna Sabah, buku antologi Bicara Rindu, fridge magnet dan coin purse. Semuanya mama suka. 

Alhamdulillah t-shirt tu memang muat dgn saiz mama. Kak Amie risau tshirt size tak ngam tapi kebetulan saiz yang kak Amie bagi memang ngam sangat. Terima kasih banyak-banyak kak. Saya memang suka hadiah yang boleh digunakan macam diatas ni. 


Tak sangka dapat buku antologi dimana kak Amie antara pengarangnya. Lengkap dengan autograf lagi. Best sangat.

Saya ah baca karya kak Amie Bubur Sum Sum Sirap Gula Melaka dalam buku ni. Best dan amat menyentuh hati huhu. sedih la kak cerita tu. Adakah dari kisah benar? 

Memang seronok baca posting kak Amie sebab kak Amie macam mama juga suka post pasal jalan dan pasal makan. Tapi tempat-tempat  yang kak Amie pergi semuanya best-best dan seronok layan gambar yang cantik-cantik. Hmm.. bilalah nak sampai Sabah ni. Sabah satunya negeri dalam Malaysia yang mama belum sampai lagi. Doakan semoga ada rezeki. Teringin nak pergi Kundasang..

Terima kasih kak Amie, semoga kak Amie sentiasa duperluaskan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa sukses. Amin.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. Alhamdulillah..menarik hadiah2nya..

    ReplyDelete
  2. Syukur Alhamdulillah. Kiriman sampai dengan selamatnya.
    Sesetengah cerpen ditulis berdasarkan sebahagian kisah hidup penulis.
    Kak Amie ambil idea sebenar kisah arwah ayahanda meninggal. Pada hari Kak Amie sekeluarga meninggalkan kampung selepas ziarah arwah, dalam perjalanan pulang (pertukaran kapal terbang KK-LD)ke Lahad Datu itulah Allah jemput kembali. Sampai di Lahad Datu, bonda telefon selepas Kak Amie solat asar. Teringat lagi terduduk dan tersedu-sedu atas tangga. Kisah ini sudah 20 tahun berlalu, tetapi Kak Amie olah semula mengikut kesesuaian pandemik Covid-19.
    Terima kasih Mamapp sudi baca, dan t-shirt tu ... sukanya dengar, ngam dengan saiz badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah sedih sgt ceritanya. dari kisah benar rupanya. Alfatihah buat ayah kak Amie semoga rohnya berada dikalangan orang beriman. mana tak nangis tersedu sed kak.. pemergian yang tiba2 macam tu.

      TQ atas hadiah kak amie tau. muahs

      Delete
  3. Wow...tulisan kak amie cantik betul...speechless tgok...untung bersahabat dengan kak amie...tahniah Adda

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Tahniah kak Adda..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah selamat terima dan guna.
    Puan Amie memang berbakat menulis.

    ReplyDelete
  6. ALhamdulillah. terima kasih semua :)

    ReplyDelete
  7. tahniah mama. Kak Amie memang rajin memberi hadiah

    ReplyDelete
  8. Tahniah mama..
    taktau pulak kak Amie ada tulis buku

    ReplyDelete
  9. tahniah Mama, bestnye hadiah nanti bolehlah review pasal buku Kak Amie tu

    ReplyDelete
  10. Wah.. tahniah Adda. Alhamdullilah, bestnya dapat buku dari Kak Amie..

    ReplyDelete
  11. tahniah! best kan hadiah2 drpd kak amie? cuma sy je x share lg hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post