Makan Burger Viral di Street Grill - Burger Bakar, George Town, Pulau Pinang

Kalau korang pergi ke Pulau Pinang jangan lepaskan peluang Makan Burger Viral di Street Grill - Burger Bakar,  George Town, Pulau Pinang tau. Tempat ni memang menjadi tumpuan dan semasa ke sini memang panjang beraturnya tau. Siap ada yang buat video live lagi. Makan Burger Viral di Street Grill - Burger Bakar,  George Town, Pulau Pinang.


Makan Burger Viral di Street Grill - Burger Bakar,  George Town, Pulau Pinang

Malam di Pulau Pinang kami mencari Burger Bakar Street Grill. Glemer burger ni dan ramai yang beratur masa mama sampai.

Yum.. yum.. nampak sedap kan. Masa kami sampai tu malangnya adik tu cakap dah habis. Huu sedih rasa di hati.

Tapi agaknya kesian dengan kitaorang, adik tu cakap ada 2 lagi burger daging yang tinggal. Mama rasa adik tu bagi potion dia utk kami. Terima kasih adik semoga bertambah murah rezeki.


Kejadian burger kami yang penyek sebab buka selepas masuk kereta.



Ni gambar sebelum terpenyek. Korang tahu ke makna terpenye tu hihi.. Tengok keju mozarella dia tu. Memang tebal dan padu.


Add on melted cheese cuma RM2.00. Wajib la add on sebab bukan selalu makan burger ni.

Alhamdulillah lepas juga hajat di hati. Walaupun makan 2 burger 4 orang tapi semua dapat merasa. Rezeki.. Daging terasa texture dagingnya dan saiz burger ni besar juga. Total harga yang kami bayar adalah RM 19.


Harga Burger di Street Grill - Burger Bakar,  George Town, Pulau Pinang

Ni harga yang  mama ambil dari menu:

  • Chicken / Beef:
  • Single RM 7.50
  • Double RM 14.50
  • Triple RM 20
  • Mutton:
  • Single RM 8
  • Double RM 16
  • Triple RM 22


Meniaga dari food truck aje tapi memang sedap dan cekap adik-adik ni buat kerja. Nampak adik-adik ni pun dah kenal pelanggan tetap diorang. Disebabkan stok dah habis maka berulang-ulang ayat yang sama diluahkan "maaf ye, burger dah habis, sori ye.." 


Maklumat Street Grill - Burger Bakar

Alamat: 126, Jalan Sungai Pinang, George Town, 10150 George Town, Pulau Pinang

Masa beroperasi: 5 petang - 10 malam (Ahad tutup)

Telefon: 012-671 1050


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. Sedapnya burger bakar. Dulu ada orang bukak gerai burger bakar depan simpang rumah sedap sangat. Terus lapar tgk gambar burger ni.

    ReplyDelete
  2. burger camni lebih sedap dari yg kat fastfood tu. belum berkesempatan ke penang

    ReplyDelete
  3. aduh sedapnya dalam lama tak burger ni rasa nak order pula..hehe

    ReplyDelete
  4. Baru tadi makan burger yang dibuat sendiri.. hehe

    ReplyDelete
  5. nampak sedap. bagus tengok anak muda rajin meniaga macam ni. moga terus berjaya dan konsisten

    ReplyDelete
  6. Harap ada kedai besar untuk adik ini. Hehe. Amin.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya..lama tak makan burger bakar nih. Kalau kesana boleh terjah nanti.

    ReplyDelete
  8. Alamak..terus lapar burger plak...hehehehe

    ReplyDelete
  9. wow sampai habis licin ya.. bagus betul meniaga macam ni..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post