Makan Nasi Tomato Warung Aura Kak Ina Gelugor Pulau Pinang, Masakan Ala Hotel Harga Warung

Sambungan Cerita di bulan Disember lepas. Selepas menginap di KTH Homestay & Cottage Kangar, Perlis dan on the way ke Pulau Pinang kami sarapan di  Ukir Mall Alor Star Kedah. Selepas sampai di Pulau Pinang sempat kami singgah  Makan Nasi Tomato Warung Aura Kak Ina Gelugor Pulau Pinang, Masakan Ala Hotel Harga Warung sebelum check in airbnb. Mama ada tengok review kedai ni dan tetiba terasa nak mencuba pula. Masakan hotel harga warung. Rare tu kan.

Baca ni:


Warung Aura Kak Ina Gelugor Pulau Pinang, Masakan Ala Hotel Harga Warung

Ini adalah makanan pilihan mama. Mama beli take away aje sebab nak check in cecepat di airbnb kami. En hubby nak setelkan kerja office dia. Sempat pula dia tu bekerja sambil berjalan huhu..


Nasi tomato dengan lauk Ayam Ros. Lembut aje ayam dia. Acar limau tu rasa dia agak masam rasanya first time mama makan acar limau ni. Memang rasa masam macam tu eh. Ada juga acar timun nenas.


Nasi tomato bersama lauk ayam rendang. Dah bercampur baur dalam tak tau mana lauk, mana nasi dah haha..

Ni pula nasi tomato dengan lauk Ayam bawang

Kami add on Kambig kurma. Nak merasa kambing kurma dia .


Padat tbungkusannya dan berat pula tu.Ada harga di bungkusan so bolehlah agak2 harga dia berapa ye.

Alhamdulillah puas hati makan nasi tomato kat sini. Memang rasa dia macam ala kenduri. Kesemua lauk sedap belaka. Masakan dari chef hotel tapi berharga warung ni memang berbaloi untuk dimakan. Menggunakan beras basmathi so memang puas hati. Masa mama ke sini takdelah terlalu pada dan takdelah menunggu lama. Total yang kami bayar adalah RM 61.50 utk 5 org mkn. Mama tapau lagi 2 orang untuk adik mama dan housemate dia. Adik mama tinggal di Gelugor dan antara sebab mama ke Penang ni nak jumpa dia.


Ni antara lauk di kedai.


Macam-macam ada

Menu dan Harga di Warung Aura Kak Ina Gelugor Pulau Pinang

Manu dan Harga di Warung Aura Kak Ina Gelugor Pulau Pinang

Menu dan harga di Manu dan Harga di Warung Aura Kak Ina Gelugor Pulau Pinang. Harga dia memang berbaloi dengan potion dan sedap. 



Waktu operasi:

Isnin sampai khamis pukul 3pm - 7.30pm

Jumaat pukul 12tghr - 7.30 pm

Sabtu Ahad tutup,


Lokasi kedai berhadapan Dewan JKKK Sungai Gelugor.



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. waa..nasi tomato dah macam nasi kandar..tapi ok, rasa sedap..kurma kambing nampak yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuah dia banjir nohas. tak minta banjir pun dibagi banjir haha

      Delete
  2. wah..terliur baca. rasa nak ke Penang. rasanya memang famous kedai ni. dekat dengan USM

    ReplyDelete
  3. murah bebeno lah tu kak oi... kambing tu menggoda sungguh aih... yg penting sedap

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap kambing kurma tu Adda..

    ReplyDelete
  5. Tergodanya saya tengok gambar gambar makanan ni

    ReplyDelete
  6. okey tu, reasonable harga dia..sedap pula..so berbaloi-baloi...

    ReplyDelete
  7. kurma daging tu nampak sedap laaa

    ReplyDelete
  8. sedap semuanya tau korang kalau ke penang kena cuba tau

    ReplyDelete
  9. Memang murah!
    Lagi puas hati sebab sedap.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post