Pengalaman Buat Swab Test Covid Drive Through Di Klinik Ajwa Seksyen 7 Shah Alam Selangor. Assalamaualaikum semua. Seperti yang mama pernah cerita sebelum ni mama menjadi contact rapat bergejala dan berada under HSO (Home Surveilance Order) dalam MySejahtera selama 5 hari. Selepas habis tempoh tu automatik status di MySejahtera mama bertukar LOW RISK. Punyalah seronok rasa di hati bila tengok warna oren menjadi biru semula. Namun begitu sebelum nak bekerja semula mama dikehendaki membuat swab test Covid-19 semula.
Pengalaman Buat Swab Test Covid Drive Through Di Klinik Ajwa Seksyen 7 Shah Alam Selangor.
Berdasarkan pengalaman agak mencabar mama sebelum ni, maka mama decide untuk buat swab test secara Drive Through saja. Klinik yang mama pergi sebelum ni agak merisaukan sebab walaupun masa tu mama hanya nak berjumpa doktor, tapi bila dilihat orang yang nak buat swab tu memang ramai sebab mereka menunggu certain masa untuk buat test. Tak pasal-pasal mama dapat status Contact Casual kat situ tau.
Bila buat drive through ni tentu sekali kita tak perlu risau contact dgn sesiapa kan. Sebab dia contactless.
5 Minit Saje dah Siap!
Terkejut juga mama, sebab bila sampai di Klinik Ajwa cuma ada 1 kereta saje dan mama diminta isi google form (scan QR code). QR code ni ada juga di beri dlm FB Klinik Ajwa. Masa tu mama dah siap isi. So, bila dtg sini staff cuma check semula google form yg dah diisi dan terus proceed buat swab.
Ni link Google Form- Diisi sebelum Pegi Swab Test di Klinik Ajwa
berdebar bila nak tahu positif atau negatif tu kan kak
ReplyDeletebetul dana, setiap masa buka emel tak sabar tunggu dlm debaran hihi.
Deletenebes buat test ni kan kak. wpun kita confiden -ve sebab tak ada apa2 simptom tapi tetap rasa tak senang duduk selagi tak dapat keputusan..skrg ni mmg risau sbb kes mencanak2 naik...
ReplyDeletebetul dieza, tapi kali ni mama lebih confident berbanding mingg lepas sebab minggu lepas mama bergejala. kali ni alhamdulillah
DeleteAllahu.. semoga semuanya baik-baik aja ya Adda. Ngilu pula memikirkan Adda nak kena buat lagi tu..
ReplyDeleteamin tq kak sue. dah biasa dah. haha
DeleteMenunggu result tu yang gelabah tahap gaban. Teringat dulu satu family buat swab test tiga hari sebelum naik kapal terbang.
ReplyDeleteTahniah, Mamapp dapat hadiah untuk pengomen Februari 2022.
Nanti Mamapp hantar detail emel ke salamiez@gmail.com ye.
betul kak amie.. tq tau pilih saya jadi top commentor
DeleteKena buat test kat klinik ke? Kenapa tak beli RTK je kat farmasi.
ReplyDeleteiye fairus.. company required
DeleteAduh, baru lega dapat result negative. sekali lagi kena ek.. Ayoyooo.. Moga terus sihat dan dipermudahkan urusan ye..
ReplyDeletetu la hakikatnya nona. nak buek camno. amin tq
Deletemugo dipermudahkan
ReplyDeleteaminn
amin tq wak
Deletesusah juga ye, tapi demi nak bekerja terpaksa buat. harga murahnya, di kawasan rumah saya jangan mimpi la nak dapat harga gitu
ReplyDeleteyeke. mahal sgt ke kat sana. kat sini ada yg lagi murah rtk RM50 pun ada tau
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteamin tq bk
DeleteMudah dah macam ni.. isi borang online, swab drive thru.. tak ada banyak contact..
ReplyDeletebetul sha. contactless tak yah risau pikir parking
DeleteApa Keputusan nya tu?
ReplyDeletealhamdulillah negative bonde. lega sgt
DeleteMama baru lega dah negative. Sekali rakan sekerja positif. Allahu besar dugaan.
ReplyDeleteAlhamdulillah . Proses pun siap dengan pantas tak perlu tunggu lama2 kan
ReplyDelete