Review Arte's Service Apartment Gelugor Pulau Pinang. Mama menginap di sini pada bulan 12 tahun lepas. Sambil ambil anak, sambil berjalan-jalan dan menjenguk adik bongsu mama yang menetap di Pulau Pinang. Kami ke sini dari Perlis selepas ambil anak mama di Kedah. Best sangat duduk di Arte ni tau memang puas hati. Review Arte's Service Apartment Gelugor Pulau Pinang.
Baca juga:
- Pergi Taman Ular Dan Reptilia Kangar Perlis
- Review KTH Homestay & Cottage Kangar, Perlis
- Dinner di Liza Mat Ikan Bakar Kuala Perlis
Review Arte's Service Apartment Gelugor Pulau Pinang
Mama book Arte ni melalui Airbnb dengan total harga RM189++. Menurut description kami menyewa unit studio tapi bila dah check in rupanya kami dapat lebih dari tu.. Sebab tu mama kata berbaloi hihi..
Cantik sangat bangunan Arte ni memang nampak macam futuristik dan moden. Paling best, apartment adik mama kat belakang ni aje. Mudah mama nak jumpa dia nanti.
Inilah bilik kami. Ada 2 katil queen
Bilik air bukan main luas lagi.
Ini lah yang mama katakan mama dapat extra.
Asalnya mama book unit studio kan. Rupanya yang mama book adalah satu apartment dengan 3 bilik dan mama punya bilik adalah master bedroom beserta bilik air. Rupanya disebabkan pandemik owner cuma buka satu bilik saja untuk Airbnb. Walaupun mama book bilik, tapi mama boleh guna living room dan ktchen. Dah macam book satu rumah dah lagaknya. 2 bilik lain tu pun owner tak kunci. Tapi mama tutupkan pintu bilik dan tak usik la bilik tu.
Living room dan kitchen. Sangat selesa.
View Cantik
Ini satu lagi plus point duduk kat sini. Rasa tenang dengan pemandangan bukit dan pada masa yang sama boleh lihat lampu berkerlipan di malam hari. Boleh nampak Jamabatan Pulau Pinang dari balcony. Balcony dia pula memang panjang dari bilik sehingga ke living room panjangnya.
Kiri sekali yang ada lampu2 tu adalah jambatan Pulau Pinang
Pemandangan di siang hari
Balcony dia memang cantik sgt. Nebes gak ambil gambar kat sini. Kat tingkat 32 ni. Mama ni dah lah sejenis gayat. Tapi puas jugalah kami anak beranak bergambar kat sini. Cantik kan bangunan ni.
Alhamdulillah seronok percutian kali ni. Owner rumah Ms Winnie memang sangat peramah dan seronok berurusan dengannya. Boleh la singgah sini lagi lain kali.
Arte's Service Apartment Gelugor Pulau Pinang
Alamat: 3, Jalan Bukit Gambir, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
Cantik apartment dia..Design luar futuristik & dalam dia pulak luas..puas hati..Memang berbaloi sangat...
ReplyDeletealhamdulillah terasa berbaloi sgt
DeleteMemang nampak cantik apartment tu.
ReplyDeletewaa.macam best bercuti di Arte apartment ni. saya pun nak try check in situ jugakla
ReplyDeletebest radhia, kalau dpt building yg ada mata besar tu lagi best
Deletebangunan pun dah cantik. sy suka deco ringkas macam ni sbb rasa lapang je
ReplyDeletetakkan suka je. ajommm..hehe
Deleteajomss sal
Deletekonsep minimalis kan anies.. mama pun suka
DeletePemurah tuan punya apartment bagi lebih.
ReplyDeleteAlhamdulillah boleh sewa lagi.
Siyes cantik...memang mana- mana service apartment cantik kan...interior design dia memang lawa...
ReplyDelete