Review K-Drama It's Okay Not To Be Okay

Review K-Drama It's Okay Not To Be Okay. Mula-mula mama ingat nak bagi 8.5/10 tapi selepas habis tengok mama bagi 9/10 bintang. Memang best cerita ni recommended pada yang suka drama yang agak berat tapi kelakar dan penuh pengajaran. Drama ni kakak ipar mama dah lama rekemen kat mama tapi bila baca sinopsis nampak macam biasa-biasa aje, Sebab tu mama tak berapa amik pot. Tapi setelah byk kali kakak mama cakap best, maka mulalah mama tengok cerita ni. Nampaknya memang tak menyesal tengok. Drama ni memang lain dari yang lain. Cerita yang mama rekemen sama best macam IONTBO, try tengok ni juga  Review Korean Drama Flower of Evil. Banyak main psychology. Cuma bezanya cerita IONTBO ni lebih heartwarming dan kelakar.


Review K-Drama It's Okay Not To Be Okay


Tajuk Drama: It’s Okay to Not Be Okay
Jumlah Episod: 16
Tahun Tayangan: June - August 2020
Pelakon: Moon Kang-Tae (Kim Soo-Hyun), Ko Moon-Young (Seo Yea-Ji), Moon Sang-Tae (Oh Jung-Se)
Genre: Comedy, Love, Psychology, Thriller


Sinopsis It's Okay Not To Be Okay


Mengisahkan tentang 3 orang yang hidup dengan masalah masing-masing. Moon Gang Tae dan Moon Sang Tae adalah adik beradik yang kematian ibu mereka semasa Gang Tae berumur 12 dan Sang Tae 17 tahun. Sejak itu Gang Tae menjaga Samg Tae abangnya yg mengidap autism. Dia nampak kuat dari luaran tapi sebenarnya dalaman dia sgt hurtful. Dia terpaksa menjadi kuat didepan Sang Tae kerana setiap mimik mukanya sering diperhatikan oleh Sang Tae sehinggalah dia tak dapat nak zahirkan emosinya. Sejak kecil dia selalu diingatkan oleh ibu mereka yang kewujudannya adalah untuk menjaga abangnya sehingga dia merasakan yang dia terpinggir.


Sang Tae pula ada trauma teruk selepas menyaksikan mak mereka dibunuh didepan mata. Dia diugut bunuh jika beritahu tentang pembunuh kepada polis. Dia menjadi trauma dengan buterfly sebab semasa kematian ibuanya, dia melihat barang milik pembunuh berbentuk butterfly, Gang Tae dan Sang Tae kerap berpindah setiap kali mula musim bunga  untuk mengelakkan bertemu butterfly. 


Gang Tae akhirnya bekerja di Ok psychiatric hospital menjadi caretaker dimana bapa  Mun Yeong dirawat. Mun yeong seorang writer buku kanak-kanak yg masa silamnya dihantui oleh ibu dia yg gila dan obses. Dia menyaksikan ibunya terbunuh di rumah. Dia seorg yang kasar, psycho, gila2 tapi sebenarnya dia lonely dan ketamdusan kasih sayang.



Mengerikan juga trauma Mun Yeong ni. Mama sendiri rasa takut dgn nightmare dia. 

Satu hari mereka bertiga bertemu bila berlaku peristiwa di hospital semasa book reading Mun Yeong dan menyebabkan Gang Tae tercedera. Sejak itu Mun Yeong menjadi obses dgn Gang Tae sebab Mun Yeong yang selalu dapat apa yang dia nak tetiba dilayan sambil lewa oleh Gang Tae Akhirnya mereka bertemu sekali lagi di pelancaran buku Mun Yeong yang terbaru. Sang Tae seorg peminat setia Mun Yeong teruja nak jumpa Mun Yeong. 


Hubungan anatara Moon brothers ni sentiasa buat mama menangis. So pure and full of sacrifice.

Dari episod ke episod kita boleh lihat bagaimana mereka berdepan dengan trauma mereka dan bagaimana mereka menghadapi dan mengatasi trauma dengan bantuan professional, orang sekeliling dan juga antara satu sama lain. Mama suka tengok orang sekeliling mereka yang sentiasa positif dan menerima diorang seadanya. 

Pada masa yang sama seronok tengok Mun Yeong yang selalu bertekak mcm budak2 dan tak nak mengalah dengan Sang Tae sampailah kes berebut kasih sayang Gang Tae. Tapi lama kelamaan diorang jadi rapat sampai Gang Tae terpinggir haha.. Paling best bila Sang Tae berubah menjadi lebih berdikari dan independant dan cara penerimaannya terhadap Mun Yeong memang menyentuh perasaan. Akhirnya dia lebih bersifat seperti abang long yang juga nak lindungi adik-adiknya Gang Tae dan Mun Yeong.


Mama suka watak Dr Oh yang setiap kata-kata dan suruhannya terselit pelbagai nasihat, setiap yang disuruh ada tujuannya. Contohnya mural butterfly ni ialah cara ia mangatasi trauma Sang Tae  Selain Dr Oh, mama suka juga watak Jaesu yang sentiasa supportive dengan adik beradik Moon, Ju Ri sekeluarga dan staff Mun Yeong yang sentiasa ada untuk troublesome trio ni. 


Setiap episod diberi tajuk cerita dongeng atau cerita rakyat, dan pada akhir setiap episod ada diberi moral cerita. Korang akan jatuh sayang dengan semua watak dalam ni dan pada yang sama boleh rasa pengajaran dalam cerita ni yang berkisar tentang trauma. Antaranya jgn takut hadapi trauma, kasih sayang keluaraga amat penting, etc.


Rasanya dah ramai kot tengok cerita ni. Mama je yg lambat buat review hihi.. OK bai..



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. Mrs. A pun layan jugak citer ni dulu

    ReplyDelete
  2. dengar cerita ni best, saya layan separuh jalan. taktau lak kenapa stop

    ReplyDelete
  3. Best giler citer ni...macam- macam emosi ada..

    ReplyDelete
  4. ha'ah betul banyak pengajaran dalam setiap episod. antara top drama genre psychology dari korea

    ReplyDelete
  5. Lama nak tengok drama ni tapi asyik delay je. Huhuhu

    ReplyDelete
  6. Kak Sue dah tengok juga cita, suka sangat..

    ReplyDelete
  7. ammi baru habis tengok..
    Sedih la part Gang Tae tu teringat pada mak dia..ammi nangis teresak2 mungkin sbb baru lepas kehilangan mama jugak kot

    Dan ammi rasa pelakon yg lakonkan watak Sang Tae tu bagus...

    ReplyDelete
  8. 1 - 5 episod sy dah nak terlelap. tp lps tu trs rs nak habiskan cepat hahaahah mmg best drama ni!

    ReplyDelete
  9. aduh tengok drama ni macam2 emosi timbul sebab dia banyak sembang pasal psikologi juga. memang best :)

    ReplyDelete
  10. Pentingnya ada persekitaran yang menyokong. Kalau tidak diatasi trauma mungkin orang yang hadapinya lagi terseksa.

    ReplyDelete
  11. Best kan! Psychological drama yg sgt menarik, casting pun hebat.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post