Amalan Rasulullah SAW Sebelum Tidur

Sebagai umat nabi Muhammad SAW, kita perlulah mencontohi perilaku dan amalan yang dilakukan Rasulullah. Antaranya adalah Amalan Rasulullah SAW Sebelum Tidur. Mari sama-sama kita baca.

Baca juga

Amalan Rasulullah SAW Sebelum Tidur

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ثُمَّ مَسَحَ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ فَبَدَأَهُمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ
Daripada Aisyah RA bahawa biasanya Nabi SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam, baginda menyatukan kedua telapak tangannya lalu ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas). Kemudian baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari No. 5017). Status: Hadis Sahih

Kesimpulan Hadith:

Gambar hiasan

1. Rasulullah SAW mengajar umatnya agar sentiasa memiliki adab termasuk ketika hendak tidur malam.

2. Antara adab sebelum tidur ialah membaca al-Muawwizat iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas sebanyak tiga kali dan ditiup ditapak tangan serta disapu ke seluruh anggota tubuh badan dimana yang sampai.
3. Ibnu Hajar Al Asqolani menyatakan bahawa; “Yang dimaksudkan dengan ‘Al-Muawwizat’adalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.” (Fathul Bari 9/62)
4. Antara kelebihan membaca al-Muawwizat adalah untuk menjauhkan daripada gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan termasuk dijauhi dari kesakitan. Hadis Rasuullah SAW:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اشْتَكَى يَقْرَأُ عَلَى نَفْسِهِ بِالْمُعَوِّذَاتِ وَيَنْفُثُ فَلَمَّا اشْتَدَّ وَجَعُهُ كُنْتُ أَقْرَأُ عَلَيْهِ وَأَمْسَحُ بِيَدِهِ رَجَاءَ بَرَكَتِهَا
Daripada Aisyah RA, bahwasanya; Apabila Rasulullah SAW menderita sakit, maka baginda membacakan al-Mu'awwidzaat untuk dirinya sendiri, lalu baginda meniupkannya. Dan ketika sakitnya parah, maka akulah yang membacakannya pada baginda, lalu mengusapkan dengan menggunakan tangannya bagi mengharap keberkahannya. (HR Bukhari No: 4629) status:Hadis Sahih
Mari sama-sama kita amalkan bacaan al-Mu'awwidzaat setiap malam sebelum tidur.


Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. Jumuah mubarakah Mama :)
    Jom kita pakat amalkan.

    ReplyDelete
  2. Selalu lupa buat. Terima kasih ingatkan.
    Hehe ini baru bangun tidur.

    ReplyDelete
  3. Insyaallah, boleh dipraktikkan..

    ReplyDelete
  4. mari amalkan sama-sama semoga bermanfaat buat kita semua

    ReplyDelete
  5. terima kasih berkongsi..kadang sy ni buat. kdg lupa😅

    ReplyDelete
  6. terima kasih berkongsi. jom amalkan moga tidur pun boleh dapat pahala

    ReplyDelete
  7. Terima kasih perkongsian yang sangat bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  8. insyaAllah sentiasa amalkan cuma kdang2 ada juga hari tertinggal.. tq ingatkan..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih untuk perkongsian ini..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post