Bila Masak Sambal Tumis 2kg Udang (Resepi). Tu dia.. 2 kilo udang mama masak sambal tumis tau. Disebabkan ada stok udang kat rumah dan en suami memang penggemar sambal maka mama masak sambal tumis udang untuk kami sekeluarga. Mula-mula nak bahagi 2 bahagian dan nak masak salted egg prawn tapi rasa macam tak cukup pula. Takpelah Salted egg prawn tu mama postpone dulu ye.
Mama ni sebenarnya sejenis yang tak boleh makan udang tapi disebabkan dah masak banyak maka terpaksalah mama makan juga ehh.. Selepas sehari baru naik gatal kat muka, kulit menggelupas serta gatal-gatal. Selepas seminggu baru betul-betul rasa OK. Haa mendapat laa..
Resepi Sambal Tumis 2kg Udang
Bahan-bahan:
2kg udang - dibuang kepala dan dibersihkan
10 ulas bawang merah bersaiz agak besar - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
Sepotong halia - kisar
2 senduk cili kisar
Air Asam jawa
3 ulas bawang besar dihiris
Cara menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis sedikit hirisan bawang besar. (Ambil sedikit dari hirisan bawang besar). Mama selalu tumis dulu hirisan bawang ni untuk menaikkan bau sambal agar lagi power.
2. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan perisakan dengan gula dan garam.
4. Setelah mendidih masukkan udang dan masak sehingga air udang agak kering.
5. Masukkan hirisan bawang besar. Tunggu seketika dan tutup api.
Siap!! Mudah aje kan.
fuh byk nya sampai 2 kg udang dia masak hehehe
ReplyDeletetu dia..memang makan beria ni. sentiasa standby Zyrtec mama
ReplyDeleteWa.. Kegemaran ni..
ReplyDeleteBanyak tu mama...
ReplyDeleteSimpan utk frozen ke?
Sedap
ReplyDeleteSedapnya Adda.. kat rumah nie memang semua suka udang..
ReplyDeleteCampur petai sure bertambah sedap kan...fav jugak ni sambal udang...
ReplyDeletePuas mkn ni he hee sambal udang
ReplyDeleteFavourite!
ReplyDeletebiyuh...
ReplyDelete2 kg itu banyak sekali lho
suka sambal macam ni... rasa nak hirup je hehehe
ReplyDelete