Ini adalah antara post basi mama. Mama beli Breakfast Mee Bodoh Hassan Tengkera Melaka ni semasa percutian singkat mama ke Melaka hujung bulan Disember lalu di musim Selangor ditimpa bencana banjir. Lama dah kan. Ni baru sempat nak update. Lama dah mama dengar tentang Mee Bodoh Hassan ni cuma sekarang baru sempat merasa.
Baca juga
- Dinner di Mee Besen Ori Melaka
- Hari Pertama PKPD di Selangor Mama Melawat Taman Buaya & Rekreasi Melaka
- Pergi Pusat Konservasi Dan Penetasan Penyu Masjid Tanah, Melaka
Breakfast Mee Bodoh Hassan Tengkera Melaka
Mama sampai kedai ni dalam pukul 8.00 pagi dan masa tu memang tak ramai sangat orang. Walaupun beratur menunggu untuk takeout, tapi sekejap aje dah siap.
Inilah kejadian mee bodo kami.
Simple aje mee goreng dia. Sebab tu lah dipanggil mee bodo kot. Mee dia agak berminyak disebabkan memang begitu cara masaknya. Dimasak bersama minyak sambal. Rasa dia takdelah grand sangat tapi masih ok. Telur dia sedap dimasak dengan kuning telur separa masak. Mama rasa mee bodo ni glemer sebab murah dan nama dia yang tak gelemer tu haha.
Potion quite banyak juga. Mee bodoh dgn telur RM3.50 aje. Murah, kan.
Maklumat Mee Bodoh Hassan Tengkera Melaka
Berikut ialah Maklumat Mee Bodoh Hassan Tengkera Melaka .
Pukul 8 pagi. Tak ramai yg dine in
Mee Bodoh Hassan Tengkera Melaka
Alamat: 390, Jalan Tengkera, Kampung Lapan Tengkera, 75200 Melaka
Dibuka setiap hari kecuali Khamis dari pukul 7:00–11:00 pagi
Tags
FOOD
Selalunya yang nama macam tu mesti sedap. Kalau kat rumah kan kita selalu cakap 'masak nasi goreng bodo je' atau 'bihun goreng bodo' je... padahal sedap yakmat...
ReplyDeletesedap tu mee bodoh menyelerakan
ReplyDeleteSempoi je mee dia..
ReplyDeletekekdg yg viral tu rasa dia x brp wow sangat..biashe-biashe aje..
ReplyDeleteporsi byk oklah berbaloi..
byk kali g melaka tp x pernah smp sini lagi hehhee
ReplyDeleteselalu yang bodo-bodo tu yang sedap. tak pernah makan lagi mi ni
ReplyDeletePH suka mee simple-simple macam ni...
ReplyDeleteKadang pergi pasar pagi ke, ada org jual beli juga.
Rasanya memang pernah viral mee ni dulu.
ReplyDeleteTeringat mee kat kantin sekolah dulu..macam ni la...
ReplyDeleteRumah dahulu memang dekat dengan mi bodoh ini. Memang bawa balik beli. Hehe kenangan teringat rumah lama.
ReplyDeleteSedap pulak nampak Mee Bodoh Hassan nie Adda..
ReplyDeletesy suka mi ni. suka kalau letak timun banyak2 heheeh
ReplyDelete