Buka Puasa Makan Sate Jomsate.com Seksyen 13 Shah Alam Selangor

Dah 2 minggu en husband terigin nak makan sate dari Jomsate ni sebenarnya. First time kami rasa sate ni bila anak sedara mama belikan untuk kami. Kebetulan kawannya kerja di situ, siap buat delivery lagi di rumah. Memang sedap sate ni sebab tu en hubby nak repeat. Akhirnya dapat juga kami Buka Puasa Makan Sate Jomsate.com Seksyen 13 Shah Alam Selangor. Kedai berada di Seksyen 13 Shah Alam. Kami tapai aje makan kat rumah. Kalau nak delivery pu boleh.

Mama memang seorang penggemar sate. Baca ni juga:


Buka Puasa Makan Sate Jomsate.com Seksyen 13 Shah Alam Selangor

Kebetulan kami nak keluar cari baju raya, so terus pergi ke Jomsate dulu untuk beli sate dulu. Ada sikit rasa menyesal sebab punyalah semerbak bau sate dan nasi impit beraroma pandan dalam kereta. Sabo je la haha..


Sate yang sedang di kabar. Besar kan saiz sate ni.

Sempat ambil gambar sebelum berbuka

Mama beli sate ayam je. Masa kami datang tu yang available cuma sate ayam dan daging. Seperti yang dijangka, memang sedap sangat sate ni. Mama makan 4 cucuk dah mula rasa kenyang. Sebab sate ni dah le besar, dicucuk hampir separuh lidi pula tu. Lemak pun tak banyak. Memang kenyang sangat. Kuah kacanng dia pun OK juga.


Harga satay ada kat sini. Murah aje sate ayam baru RM1.50, sate daging RM1.60 dan sate kambing Rm2

Selain sate, ada juga dijual pelbagai makanan kat sini seperti beriani batu pahat, roti john dan ayam gunting.

Yang bestnya kedai ni ambil tempahan untuk raya tau. Ada sate, rendang, kkuah kacang etc. Kalau nak korang kena call dia dulu.

Maklumat Jomsate.com Seksyen 13 Shah Alam Selangor

Ini Maklumat Jomsate.com Seksyen 13 Shah Alam Selangor


Alamat: 19, Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Dibuka hari Selasa - Ahad



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. Boleh try ni tempah sate utk open house raya lepas balik dari kampung.

    ReplyDelete
  2. Sedapp jga kan berbuka dgn satey
    Ank mesti suka

    ReplyDelete
  3. sedapnya berbuka dengan satey.. aku nak cari jugak la.. haha mudah terpengaruh betul

    ReplyDelete
  4. uih sate dan sate
    sedap buat berbuka puasa

    ReplyDelete
  5. salam kak https://www.settong.com/2022/03/pasang-wifi-untuk-rumah-dan-tempat-usaha.html

    ReplyDelete
  6. selamat menunaikan ibadah Puasa

    ReplyDelete
  7. dekat rumah suami paling suka sate. kami layan juga, selalu makan dekat Hj Samuri. Tapi dah kurang sedap macam dulu-dulu

    ReplyDelete
  8. Ya allah..akak pun tengah craving Sate...bestnya...takde plak yang menjual sate kat seremban....

    ReplyDelete
  9. lama tak berbuka sate. mama kalau datang Ampang boleh cari Zaini Satay Ampang Jaya. Confirm puas hati

    ReplyDelete
  10. Kalau makanan yang sedap ni mesti akan repeat order banyak kali kan, Mamapp.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya, Kak Sue pun dok teringin juga nak berbuka satay..

    ReplyDelete
  12. suka satay yg ada lemak2 extra skit hehe..bln puasa ni dh 2x moreh satay

    ReplyDelete
  13. ni yg rasa nak berbuka dgn sate ni

    ReplyDelete
  14. Saya tunggu raya baru boleh makan sate.

    ReplyDelete
  15. Sate kalau kurang lemak memang terbaikkk! okay kita simpan lokasi ini salah satu tempat kita boleh tuju nanti hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post