Review K-Drama Psychopath Diary. Mama pernah dengar nama drama ni tapi macam tak rasa nak tengok sehinggalah mama ternampak sinopsis dia. Rupanya genre cerita ni adalah thriller + comedy. Wow, menarik juga tu kan. Letih gak asyik tengok cerita thriller aje, teringin pula nak tengok cerita yang boleh gelak-gelak. Mama tengok cerita ni selepas letih otak tengok cerita Mouse. Mouse best tapi heavy ceritanya.
Apa yang akan korang buat kalau korang hilang ingatan dan terdapat diary seorang pembunuh di tangan korang? Tentu korang ingat diary tu korang punya kan. Disebabkan ni la mama nak tengok macam mana cerita ni akan berakhir. Best gak layan cerita ni untuk rehatkan otak. Mama bagi 9/10 bintang. Baca ni juga:
Review K-Drama Psychopath Diary
Tajuk Drama: Psychopath Diary
Jumlah Episod: 16
Tahun tayangan: November 2019 - January 2020
Genre: Thriller, crime, comedy
Pelakon: Yook Dong-Sik (Yoon Si-Yoon), Sim Bo-Kyung (Jung In-Sun), Seo In-Woo (Park Sung-Hoon)
Sinopsis K-Drama Psychopath Diary
Joon Donng Shik seorang yang baik hati dan lurus orangnya. Kerana itu dia selalu di ambil kesempatan. Contohnya boss dia jadikan dia scapegoat untuk tanggung kesalahan department dia dan selalu dibuli.. Akibat sangat tertekan Dong Shik ingin membunuh diri.
Tapi semasa dia nak bunuh diri dia telah menyaksikan seorang Psychopath killer yang sedang membunuh mangsa. Berlaku peristiwa yang tak diingini dan secara tiba-tiba diary pembunuh tu berada di tangannya. Semasa melarikan diri dia terlibat dengan kemalangan dan kemudiannya hilang ingatan dan menyebabkan hidup dia porak peranda selepas itu. Bermacam-macam perkara yang mendebarkan dan mencuit hati berlaku.
Diary si pscyhopath yang ada detail setiap pembunuhan.Cerita dia serius tapi Dong Shik ni lawak sangat. Monolog dia sama ada dia Psychopath atau tak memang mencuit hati. Ada masa dia rasa dia Psychopath tapi ada masa dia rasa dia bukan. Bila dia yakin yang dia seorang pembunuh kejam tapi tindakan dia menunjukkan dia bukan dan takde tokoh langsung sebagai seorang pembunuh. Kelakar juga tengok reaksi polis yang selalu backup dia.dan suspen everytime Dong Shik terkantoi tapi plot twist dia jadi lawak.
From zero to hero. Tetiba jadi glemer pula mamat di office
Tiada siapa yang tahu dia hilang ingatan kecuali polis yang langgar dia. Dengan keadaan dia yang hilang ingatan tu boss dia pula nak buat dia berhenti. Dia yang perasan kononnya dia seorang Psychopath merancang nak bunuh Managing Director yang nak jadikan dia kambing hitam tu. Agak-agak berjaya tak rancangan dia nak bunuh orang tu.
Banyak scene kelakar yang buat mama gelak. Cerita ni memang healing dan lawak. Paling lawak bila dia x kenal managing director dia yg sorang lagi dan ingat dia salesman dan dilayan sambil lewa aje sampai tenganga kengkawan kat opis. Nak cerita lebih pun mama tak reti korang tengok lah sendiri. Ada yang penah tengok cerita tak?
kita x abis tgk drama ni sbb kita letih tgk hero dia tu heheheh
ReplyDeletehaha tak habis tgk ke.. mama layan cerita ni. hero tu mmg pening tapi lawak la
DeleteBolehlah tengok Kdrama yang ni.. mcm best je
ReplyDeletelawak bonde tapi sebenarnya dong shik tu je lawak. org lain semua serius tapi tak tahu macam mana akhirnya lawak juga diorg tu
Deletewah macam best ya.. boleh tengok ni
ReplyDeletetry tgk rodiah nanti bgtau mam ok ke tak
DeleteSelalu cerita thriller, serius sahaja. Tidak sangka pula jadi komedi.
ReplyDeleteHehe ingatkan Dong Shik jadi psycho betul-betul.
tu yg buat menarik kan na. selalu tense aje tgk triller
Deletetajuk macam siri thriller. cerita kelakar rupanya. tinggi tu rating mama
ReplyDeletemama review cerita yang mama suka aje kat blog ni sal hihi
DeleteWah macam menarik cerita nie Adda..
ReplyDeleteIngatkan bergenre thriller. Rupa-rupanya bergenre komedi.
ReplyDeleteitulah yg kelakar, beriya dia fikir yang dia pembunuh padahal tak ada bakat pun..haha
ReplyDeletetopiknya lucu untuk ditonton
ReplyDeleteok sy bookmark drama ni! nak tengok sementara tggu jemputan open house hehehe
ReplyDelete