Review Penginapan di Silverscape Residence Melaka

Semasa mama ke Melaka bulan 12 aritu mama menginap di Silverscape Residence Melaka. Mama book melalui Agoda. Seronok ke tak seronok duduk sini mari mama nak buat  Review Penginapan di Silverscape Residence Melaka ni. Percutian kali ni memang sangat singkat sebab kami ke Melaka bulan Disember lepas sebab nak mengejarkan tiket free yang kami dapat dari Butterfly Reptile Park Melaka akan expired pada 31 Disember 2021. Baca ni [ Menang Hadiah Dari Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka ]. 

Hampir kami cancel percutian sebab peristiwa banjir di Shah Alam. Walaupun kawasan rumah mama tak dilanda banjir tapi kawasan untuk keluar dari Shah Alam masih ada yang ditutup akiibat banjir. Bila mesej owner homestay dia kata tak boleh refund. Punyalah lama termenung akhirnya petang baru bertolak. Kami keluar ikut Eco Ardence, keluar subang dan kononnya nak masuk NKVE tapi jalan tutup. Maka, kami keluar ikut Sg Besi. Alhamdulillah sampai juga ke Melaka. Baca ni juga:


Review Penginapan di Silverscape Residence Melaka

Sejak menjak ni mama suka pula menginap di tempat-tempat tinggi dengan pemandangan bandar.

Kami menginap di Tingkat 27. Sekarang ni preference mama lebih kepada unit rumah yang macam ni. Malam-malam boleh layan scenery bandar dan tengok langit serta lampu-lampu.


Inilah unit yang kami duduk tu. Studio unit dengan 2 katil queen. 

Ada sofa dan tv. Sweet aje warna unit ni. Langsir tu ada lampu lagi tau. cantik. Lupa mama nak ambil gambar

Lengkap dengan dapur dan juga washing machine

Complimentary drinks


Tu paling best, ada bath tub dan view luar dia adalah pemandangan lampu2. Tapi takdelah mama nak buka blinder tu masa mandi. cari nahas namanya haha. Bilik air dia luas.


Pemandangan dari tempat parking. Syoknya.

Overall mmg puas hati duduk di area ni. Jalan tak sibuk. Pemandangan cantik. Unit homestay memang terbaik. Berbaloi dengan harga yang mama book RM176. Nama unit ni MWHoliday.

Detail Silverscape Residence Melaka

Bersebelahan dengan doubletree by Hilton Melaka.

Silverscape Residence Melaka

Alamat: Jalan Melaka Raya 23, Taman Melaka Raya, Melaka

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

Previous Post Next Post