Assalamualaikum semua. Hari Jumaat yang mulia ini mama bak buat sedikit perkongsian tentang Surah Al-Ikhlas Menyamai Sepertiga Al-Quran. Tentu semua dah tahu perkara ini kan. Ini sekadar sharing dan reminder untuk diri mama sendiri.
Baca ni juga:
Surah Al-Ikhlas Menyamai Sepertiga Al-Quran
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ ثُلُثَ الْقُرْآنِ فِي لَيْلَةٍ فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ وَقَالُوا أَيُّنَا يُطِيقُ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ ثُلُثُ الْقُرْآنِ
Daripada Abu Sa'id Al Khudri RA, ia berkata; Nabi SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Apakah salah seorang dari kalian tidak mampu bila ia membaca sepertiga dari Al-Qur
an pada setiap malamnya?" dan ternyata para sahabat merasa kesulitan seraya berkata, "Siapakah di antara kami yang mampu melakukan hal itu wahai Rasulullah?" maka baginda pun bersabda: "ALLAHUL WAAHID ASH SHAMAD (maksudnya surat al-ikhlas) nilainya adalah sepertiga Al-Qur
an." (HR Bukhari No: 4628) Status: Hadis SahihKesimpulan hadith:
1. Membaca al-Quran adalah dituntut kepada setiap Mukmin.
2. Membaca surah al-Ikhlas sekali nilainya menyamai sepertiga al-Quran.
3. Mengikut Ibnu Hajar,
“Nilai sepertiga al-Quran” bermaksud surah al-Ikhlas nilainya sama dengan sepertiga apabila dilihat dari kandungan makna al-Quran. Kerana isi Quran terdiri daripada perkara yang berkaitan hukum, kisah, dan akidah. Surah al-Ikhlas mencakup pembahasan akidah, sehingga dinilai sepertiga berdasarkan tinjauan ini (Fathul Bari, 9/61).
4. Membaca surat al-Ikhlas mendapat nilai seperti membaca 1/3 al-Quran maknanya adalah senilai dalam pahala (al-Jaza’). Bukan senilai dalam amal (al-Ijza’). Jika seseorang membaca surat al-Ikhlas, dia mendapat pahala senilai pahala sepertiga al-Quran. Namun bukan bererti pahala yang diperolehi sepadan dengan bentuk pahala untuk ayat-ayat Quran yang lainnya. Bahkan boleh jadi dia memerlukan bentuk pahala dari memahami perintah, larangan, dan kisah al-Quran. Sehingga surat al-Ikhlas tidak boleh menggantikan semua itu. (Majmu’ al-Fatawa, 17/138).
Oleh itu marilah kita usahakan membaca al-Quran paling kurang surah al-Ikhlas sebelum tidur.
Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor
Tags
ISLAMIK
Perkongsian yang bermanfaat...Baru saya tahu..
ReplyDeleteselalu tak sempat nak mengaji dapat baca surah ni pun jadilah kan
ReplyDeleteAntara surah yang wajib dalam sembahyang SA...
ReplyDeletekat asrama dulu imam selalu baca 3x surah ni. bla ditanya kenapa, dia jawab sy dah baca sepertiga al quran😂
ReplyDeleteSurat Al Ikhlas tentang Ketuhanan
ReplyDeleteEsa dan satu