Assalamaualaikum semua. salam hari Jumaat yang penuh keberkatan. Di bulan Syawal ni tentu masing-masing sibuk dengan open house dan dijemput jiran-jiran kan. Harini mama nak share tentang Berbuat Baik Kepada Jiran. Mari sama-sama kita baca untuk renungan Jumaat.
Berbuat Baik Kepada Jiran
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوصِينِي بِالْجَارِ حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ
Daripada Ibnu Umar radliallahu 'anhuma dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Jibril sentiasa mewasiatkanku untuk berbuat baik terhadap tetangga sehingga aku mengira tetangga juga akan mendapatkan harta waris." (HR Bukhari No: 5556) Status: Hadis Sahih
Kesimpulan hadith:
1. Islam menuntut umatnya agar sentiasa berbuat baik dan menghormati orang lain khususnya jiran tetangga.
2. Syaikh Abu Muhammad bin Abi Jamrah dalam Fathul Baari (X/456) mengatakan: terlaksananya wasiat berbuat baik kepada tetangga dengan menyampaikan beberapa bentuk perbuatan baik kepadanya sesuai dengan kemampuan seperti saling berhadiah, memberi salam, berwajah yang berseri-seri ketika bertemu, mengambil tahu keadaannya, membantunya dalam hal yang ia memerlukan, serta menahan sesuatu yang boleh mengganggunya.
3. Ibnu Hajar menyebutkan, berbuat baik kepada tetangga itu mencakupi yang muslim dan juga yang kafir, ahli ibadah dan orang fasik, teman dan lawan, orang asing dan penduduk tempatan, yang memberi manfaat dan yang memberi mudarat, kerabat dekat dan jauh, rumah yang paling dekat dan paling jauh.
Moga kita sentiasa berbuat baik dan prihatin kepada jiran tetangga. Bersama kita membina masyarakat rahmah dan berkasih sayang.
Sumber: 1 Hari 1 Hadis telegram.me/hadisharian_ikram
jiran yg baik buat hidup kita tenang...
ReplyDeleteberuntung dapat jiran yang baik2
ReplyDeleteAlhamdulillah,jiran juga dapat membantu kita bila kite susah..
ReplyDeleteNice sharing :)
ReplyDeleteTerima kasih share
ReplyDeleteTq atas perkongsian
ReplyDeleteTak rugi buat baik kat jiran. Banyak hikmahnya.
ReplyDeletejiran ni ibarat ahli keluarga kita jugak dah kalau dh bertahun² hidup berjiran
ReplyDeletekalau dapat jiran yang baik best kan, dapat tengok tengok kan rumah
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. kita buat baik, Insha Allah dibalas baik juga
ReplyDeletesemoga bernfaat buat kita semua
ReplyDelete