Assalamualaikum semua. Sekejap saja masa berlalu harini adalah hari terakhir Ramadhan kita bagi tahun ni. Rasa sayu nak berpisah dengan Ramadhan. Semoga kita bertemu lagi Ramadhan di tahun depan pula dalam keadaan sihat walafiat untuk beribadah. Mama pernah share post ni 2 tahun lepas. Harini mama nak share sekali lagi Doa Akhir Ramadhan
Baca juga
Doa Di Akhir Ramadhan
Bismillah ya hayyu ya Qayyum birohmatika astaghisu
Ya Allah... janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.
Ya Allah... janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.
Ya Allah... janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.
Ya Allah... janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami.
Ya Allah... janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke Syurga untuk kami.
Ya Allah... janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.
Ya Allah... lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.
Ya Allah... sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.
Ya Allah...
Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkanlah setiap seorang dari kami dengan Iman dan Taqwa.
Jika kami bermusuhan sesama sendiri kau amankan lah agar kami hidup aman, bahagia sentosa sekeluarga
Jadikanlah kami calon Syurga Mu.
Sempurnakanlah akhlak kami dan lindungilah kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.
Ya Mujibbasailin...
Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji.
Jadikanlah kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.
Ya Allah...
Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.
Ya Allah...
Janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.
Andainya ini Ramadhan terakhir buat kami...*
Jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati
Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang Mu
Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus segala dosa-dosa kami
Ya Allah…
Temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan Kau pilihlah kami dikalangan hamba Mu yang dapat beramal di malam Al-Qadr
Ya Allah...
Terimalah amalan kami
Terimalah taubat kami
Ampunkanlah dosa kami
Amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi
Kurniakanlah kepada kami Syurga Mu yang maha luas nikmatnya
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni* (dibaca 3 kali)
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Semoga segala amalan kita diterima dan dipanjangkan umur jumpa Ramadan tahun hadapan
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb.. Ya Mujib..
ReplyDeleteAaminnn...semoga amalan kita diterima allah SWT
ReplyDelete