Assalamualaikum semua. Dah lama mama nak share tentang symptom long covid yang mama alami tapi apakan daya semenjak raya ni mood mama memang betul-betul ke laut. Tengah nak pancing balik mood mama tu. Mama nak share Pengalaman Berpuasa dan Beraya dengan Long Covid. Sebgai kenangan buat mama sendiri kat sini.
Pengalaman Berpuasa dan Beraya dengan Long Covid
- Ini Dia Positive Yang Orang Paling Tak Gemar
- Pengalaman Dijangkiti Covid19 & Petua Covid19 Yang Mujarab
Hilang Deria Bau dan Rasa
Selepas 2 minggu berpuasa baru ada sedikit bau yang mama boleh identify iaitu bau wangi sikit-sikit. Bau yang kembali ni terasa jauh sangat dan biasanya deria bau takde waktu pagi. Menjelang tgh hari baru dia mari sikit. Yang bestnya hidung mama tak detect bau busuk sehinggalah hampir sebulan. Ada sekali tu mama pergi berbuka dekat rumah kakak dan masak di wet kitchen luar rumah. Longkang situ tersumbat rupanya. Terpinga-pinga mama bila adik dgn kak ipar ckp tempat tu busuk.. Terasa masa terlindung pula diri mama dari bau busuk haha..
Sakit Dada
Mama rasa masalah sakit dada ni ada kaitan dgn masalah semput selepas sembuh covid. Mula-mula mama tak perasan. Yang mama tahu semasa bulan puasa mama selalu diserang sakit dada menjelang petang. Cuba tarik nafas dalam-dalam pun tak lega. Takut juga mama. Bila mama check rutin hari yang mama terkena sakit dada ni baru mama perasan yang mama akan sakit dada bila kurang tidur atau tak cukup rehat. sampai sekarang mama akan terkena sakit dada kalau penat. Sebab tu lah mama selalu tidur/qailullah waktu tgh hari di office pada waktu rehat. Bila dah malam dan mama mula rasa mengantuk, mulalah terasa jantung berdegup kuat.
Sejak pulih dari covid, mama selalu juga buat senaman pernafasan. Mula-mula tu mama langsung tak boleh tahan nafas even 1 saat. Lama-kelamaan mama boleh tahan sehingga 4 saat dan minggu lepas bila mama buat alhamdulillah boleh tahan sampai 9-10 saat walaupun dah nak putus nyawa. Baca quran pun sekarang ayat pendek-pendek aja dah kena waqaf. Sebab tu senaman pernafasan ni penting. Sampai sekarang ada masanya mama akan rasa semput bila pakai mask.
Batuk
Batuk yang mama alami ni bukan batuk biasa. Sesekali mama akan terbatuk tapi sekali aja. Batuk tu disertai dengan debaran jantung yang kuat. Macam semput. Sebab tu mama jarang minum ais. Kalau mama minum ais cepat aje kesannya iaitu batuk mama akan jadi lagi kuat. Time beraya rumah orang terasa bersalah juga risau tuan rumah ingat mama bergejala covid etc.
Semoga mama kuat & tabah menghadapi simptom2 long covid ni
ReplyDeleteWalaupun nikmat ditarik sedikit
Janji mama & kopi berpisah tiada. kan? Hi3.
haha.. sudah semestinya syu.. kopi masih di hati
DeleteInsya Allah lama-lama pulih 100%.
ReplyDeleteteruk juga mama kena yea...moga semua nya kembali seperti sedia kala insyaallah.
ReplyDeleteLama kesan Covid ni, badan pon tak akan sama macam dulu. jaga diri ya
ReplyDeletetake care...semoga segera pulih..
ReplyDeletekawan saya ada juga mcm ni...sakit dada sampai sekrg, tak boleh renyah2, lasak2..
Alhamdulillah ya ma, masih diberikan kesihatan dan kekuatan oleh Allah, semoga kita selalu dilindungi oleh Allah
ReplyDeleteMudah2an akan sembuh sepenuhnya
ReplyDeleteteruk juga ye. saya ingatkan batch covid tahun 2022 ni simptom takdelah teruk sangat. semoga mama cepat kembali sihat dan cergas macam dulu. Syukur jugaklah tak teruk sangat
ReplyDeleterezeki masing2 sal.. terima aje la kan. tq atas doa
DeleteSemoga Allah kurniakan kesihatan yang baik lepas ini. Cuba amal madu lebah & habbatus sauda lepas ini kak.. :)
ReplyDeleteSemoga mama cepat sembuh :)
ReplyDeleteMoga-moga mama akan pulih sepenuhnya aamin
ReplyDeleteSemoga Kak Adda diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala.
ReplyDeleteteruk jugak ye kat awak..
ReplyDeleteammi alhamdulillah agak mild kesannya pada ammi.
penah rasa sakit bawah rusuk kiri bila tarik nafas dalam, bila tidur mengiring mungkin sbb batuk melampau ke.. sampai 2 minggu gaklah rasanya. pergi pharmacy tunjuk tempat sakit, dia bagi muscle relaxant ehhhh terus elok.
alhamdulillah ye ammi mujarab musle relaxant tu
Deletelong covid ni ambil masa nak hilang. haritu pun tak boleh nak puasa sebab kering tekak je mula semput lepastu muntah kahak. Get well soon akak sekeluarga
ReplyDeletesemoga farhana cepat sihat ye
DeleteSemoga sihat selalu
ReplyDeleteInsha Allah lama2 akan kembali pulih.
ReplyDeleteseriau... Sy pun mengalami perkara yang sama long covid batuk tak berhenti, dtg office org takut terjangkit covid kita serba salah dibuatnya
ReplyDeletetu la kan, risau juga org lain pandang serong kat kita..
Delete