Pergi Taman Rama Rama Dan Reptilia Melaka. Ini adalah post terakhir percutian singkat Melaka kami di akhir tahun lepas. Sebelum ni mama ada cerita yang mama ke Melaka semata-mata nak redeem voucher sebelum 31 Disember 2021 di Taman Rama-Rama Dan Reptilia Melaka. Sayang pula kalau tak redeem sebab kami dapat 4 tiket free. Disebabkan kami cuma bertiga, mama bagi 1 tiket pada adik yang beratur kat belakang mama. Rezeki dia.
Baca ni juga
- Menang Hadiah Dari Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka
- Cerita Anak Angkat Rama-Rama ke Tiga, Si Nolang노랑
- Review Penginapan di Silverscape Residence Melaka
Pergi Taman Rama Rama Dan Reptilia Melaka
Seronok pergi kali ni. Masa ni memang banyak sangat rama-rama tak seperti sebelum ni. Luar biasa banyaknya tau. Jom layan gambar di taman rama-rama.
Video Pergi Taman Rama Rama Dan Reptilia Melaka
Kalau korang nak tengok detail haiwan apa dan bagaimana keadaan di taman rama-rama ni jom kita layan video ni.. panjang video mama ni. jom walk through sama-sama.
Maklumat Taman Rama Rama Dan Reptilia Melaka
Taman Rama Rama Dan Reptilia Melaka
Malacca Butterfly & Reptile Sanctuary
Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Open 8:30am - 5:30pm (Mon - Sun)
bestnya..rama-rama banyak...teringat sesi feeding buaya di vietnam, menjerit-jerit semua yg tengok..tinggi jg buaya melompat sambar daging..
ReplyDeleteuish.. ngeri juga tu terbayang mama
DeleteBestnya dikelilingi rama-rama... terasa macam di alam fantasi :D
ReplyDeleteteringin betul nak masuk.. tp aiguuu panas mat nak bawak bebudak. haha
ReplyDeletekat dalam tu sejuk aien sebab bykl pokok.. mmg redup dan sejuk
DeleteWak tak suka rama2 sebab ulatnya merosakkan tanaman
ReplyDeleteiye kan wak, beluncas tu jahat juga
Deleterasanya pernah masuk sini zaman sekolah rendah dulu..haha tapi best juga dapat tengok rama2 kat situ :)
ReplyDeleteKalau saya pun asyik tengok rama-rama. Kalau singgah tempat ular itu takut sedikit.
ReplyDeleteDah banyak lalu di kawasan tu tapi tak permah singgah lagi. Cantiknya rama-rama.
ReplyDeleteMasa lepas PKP yang pertama agaknya pergi, diorang tutup.jadi tak dapatlah nak bwa anak-anak tengok.Ni dah dibuka, insyallah nak bawa diorang ni nanti.Tempat pun nice kan
ReplyDeleteberbaloi persi sini .. pergi la
DeleteLama tak pergi taman rama-rama. Kali terakhir pergi masa jalan2 ke cameroon highland
ReplyDeletenampak best ni mama. lama tak pergi Melaka. boleh cuba nanti bawak anak-anak buah
ReplyDeleteboleh tahan jugak ek harga tiket dia, nasib lah pergi sekali sekala
ReplyDeletemakin naik rate dia. dulu rm8 aje tau
Delete