Kisah Mistik 5: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda Tu (Lelaki Berjubah Putih Dan Berserban)

Kisah Mistik 5: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda Tu (Lelaki Berjubah Putih Dan Berserban). Disebabkan mama tengah mood M maka mama godek2 draft di blogger dah tetiba ternampak ada post yang dah siap bertulis. Dasar pemalas, maka mama pun post je la harini ye.. Lama tak cerita kisah mistik, sekarang sampai kita ke kisah mistik mama lagi. Masuk nombor 5 dah ni ye. Seronok pula mama share pengalaman kat sini.. Sambil-sambil mengimbau pengalaman lama, mama rasa seronok juga baca komen-komen korang yang ada share juga kisah-kisah seram masing-masing.

Baca ni juga:


Lelaki Berjubah Putih Dan Berserban

Kisah ini berlaku masa mama sudah grad dari UM dan sudah bekerja.. jeng.. jeng..

Gambar sekadar hiasan

Seperti kisah mama ternampak lembaga hitam dulu, kisah ni pun terjadi semasa di dalam bulan Ramadhan. Mama dan kawan mama Ina balik ke kampung bersama-sama menaiki kereta mama dari KL ke Muar Johor. Kami share kereta bersama x boyfriends kami merangkap husband2 kami sekarang hihi.. Kiranya dalam kereta ni ada 2 couples. x-bf Ina duduk di Jasin dan kami drop dia di Jasin dulu sebelum balik ke Muar. Mama dan Ina pula hanya berjiran di Muar tu. Kitaorang berbuka dulu sebelum bertolak pulang.

Waktu sampai ke Jasin lebih kurang 2 pagi  Jalan menuju ke Jasin masa tu sangat gelap dan takde lampu jalan tau. Masa lalu tu memang tak nampak apa kat sekeliling jalan. Semasa lalu di satu selekoh tetiba mama ternampak seorang lelaki berjubah dan berserban putih dari kajauhan masa terkena suluhan lampu kerera yang sipi-sipi. Di selekoh tu ada banyak pokok-pokok besar dan mama nampak dia sedang berjalan kat situ. Tapi macam pelik kan macam mana dia berjalan dalam gelap gelita tu.

Mama yang innocent dan mulut yang suka menegur ni tercakap "Eh, ada orang balik sembahyang terawih ke malam-malam ni?" kengkawan mama yg duduk kat seat belakang jadi kelam kabut dan sibuk nak tutup mulut mama masa tu sebab diorang tak nampak lelaki tu. Mulut mama ni pula cepat aje nak menegur. Dulu mama dah pernah kena tegur dgn arwah mak. Sebab suka tegur dan sebut apa yang mama lihat. Selalunya kalau nampak binatang, mcm eh, kucing.. eh, lembu, eh.. eh.. smua eh....  Hmm.. rupanya mama sorang saja yang nampak. Insya Allah yang mama nampak tu mahkluk Allah juga yang sedang menyemarakkan Ramadhan. 


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. mungkin beliau adalah seorang jin yang ikut nimbrung salat berjamaah di malan bulan Ramadan. Subahanallah....

    ReplyDelete
  2. ishhh akak ni, dana jarang balik kampung malam sebab kadang takut ternampak benda-benda gini... udahla sejenis penakut lemah semangat

    ReplyDelete
  3. alamak...kita sama la jenis mulut..suka nak menegur...especially waktu malam...hahahaha.....

    ReplyDelete
  4. Bila ternampak spontan terus menegur tu memang biasa.. tapi bahaya juga risau muncul secara tiba-tiba.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. huhu....sama juga kadang2 tak sempat ditahan, mulut ni dah menegur dulu..selalu kena marah

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, saya belum pernah jumpa hamba Allah ni walaupun pernah tinggal di hostel maupun berkhemah di hutan. Memang berdoa pun tak mahu jumpa. Saya tak cukup kuat untuk hadap semua ini. Ilmu pun tak tara mana...

    ReplyDelete
  7. Alam ghaib pun antara alam yang Allah ciptakan... haritu ada ustaz tu ckp jumlah alam yg Allah ciptakan tapi ammi manusia pelupa...lupa sungguh

    ReplyDelete
  8. Jin Islam baru balik solat di bulan Ramadhan.. (*_*)

    ReplyDelete
  9. betul tu kadang kita ni bila nampak benda yang pelik-pelik, mulut tak perasan menegur..

    ReplyDelete
  10. Sama macam Abang anak Kak Sue Adda, suka sangat nak menegur.. siap ada ikut balik lagi.. huhuhu..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post