MCTS Port Makan Wajib Jika ke Terengganu

Assalamualaikum semua. Selain dari pulau dan pantai yang cantik, Terengganu Darul Iman terkenal juga dengan pilihan makanan yang sedap-sedap. Setelah dua kali melancong ke Terengganu mama sendiri merasa seronok dan berhasrat nak ke sana lagi nanti. Kalau ada yang ingin ke Terengganu jangan lupa singgah ke MCTS. MCTS Port Makan Wajib Jika ke Terengganu tau. Tentu ramai orang Terengganu yang tahu tentang MCTS ni sehinggakan Menteri Besar Terengganu pun suka datang ke sini tau.. Harini mama nak cerita serba sedikit tentang MCTS.


Latar Belakang MCTS

Teruja tengok gambar MCTS ni kan. Macam-macam ada
 

Diberi nama Mr Celup Tepung Station semasa awal pembukaan, kini ia lebih dikenali sebagai MCTS, lagi mudah nak sebut kan. MCTS bermula dengan pembukaan restoran di MCTS Penarik pada 28 Januari 2017 yang terletak di Kampung Penarik, Setiu. Terkenal dan sentiasa penuh dengan pengunjung di MCTS Penarik, akhirnya selepas 5 tahun MCTS membuka sebuah lagi cawangan iaitu MCTS Tok Jembal di Kampung Kubang, Kuala Terengganu pada 27 Januari 2022. MCTS Tok Jembal yang baru beroperasi selama 6 bulan pun dah jadi viral dan mendapat sambutan yang menggalakkan. 

Tentu ada x factor kenapa ramai orang suka berkunjung ke sini. Kalau korang nak tahu kena baca sampai habis tau.


Menu Yang Menyelerakan dan Pelbagai

Tarikan pertama tentulah berkaitan dengan menu. Bukan hanya menu celup tepung saja, tetapi terdapat juga pilihan lain yang terdiri dari pelbagai pilihan. Terdapat juga set menu yang menarik dan bolehlah korang order mengikut kesesuaian. 

Berikut adalah senarai menu signature/ popular di MCTS yang korang wajib cuba.

Menu celup tepung adalah signature menu kat sini. Terdiri dari makanan celup tepung hasil laut seperti udang, sotong, ketam, ikan dan lain-lain. Harga set celup tepung bermula dari RM8 / 100 gram sahaja.

Selain dari menu celup tepung, terdapat juga menu lain yang boleh di beli di MCTS. Antaranya seperti berikut: 

Ikan bakar. Aduyai sedapnya ikan bakar kat MCTS ni. Nampak juicy dan segar.


Sedapnya makan lauk ikan ni bersama ulam dan budu.

Set nasi ayam geprek. Sesuai dimakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak.

Student packgae yang diinspirasikan oleh selera dan bajet seorang student. Memang jimat dan siap ada air coconut shake pula tu. Mewah tapi berbaloi sangat kan.

Bagi yang nak makanan ringan boleh pilih menu Lokching atau Roti Bakar bersama kaya. Roti kukus bersama kaya pun ada. Sesuai dimakan oleh anak-anak kecil dan orang tua yang mahukan makan lembut-lembut.


Kalau ke sini jangan lupa order coconut shake. Coconut shake kat sini memang special dan lain dari yang lain. Antara pilihan air lain yang memang sedap dan menarik ialah ABC, Chocolate Melty, Strawberry Milkshakes, Mojito , Blue Lagoon dan lain-lain lagi.


Menu Set Rare di MCTS

Set di bawah ini sesuai jika datang secara berkumpulan atau seisi keluarga. Nama set-set ni memang rare dan boleh bikin kontroversi tau.. Apapun jika dilihat makanan ala set platter ini memang sesuai dimakan beramai-ramai. Lagi best bila set ini didatangkan sekali dengan air minuman yang FREE saja tau.

Set poligami ni memang popular di MCTS. Sesuai dimakan oleh satu keluarga 3-4 pax. Lengkap dengan sotong, ketam, udang dan ikan.  

Sape nak jadi menantu idaman boleh ambil menu ni dan belanja keluarga mertua. Hihi sori mama gurau aje. Set ni sesuai untuk 7-8 pax.

Set abang sayang ni sesuai untuk belanja abang sayang supaya sayang abang kepada kita bertambah-tambah lagi. Lepas makan bolehlah pujuk abang untuk belikan apa-apa, confirm dapat. Sori, mama gurau aje tau hihi.. Set ni sesuai untuk 1-2 pax makan, 


Mengapa MCTS Pilihan Ramai

Tentu kita tertanya-tanya kenapa MCTS mendapat sambutan yang amat menggalakkan berbanding kedai celup tepung lain. Inilah antara faktor mengapa MCTS menjadi pilihan orang ramai.


1. Makanan Dari Hasil Laut Yang Segar

Faktor utama ramai orang suka celup tepung di sini adalah dari kualiti hasil laut yang fresh. Hasil laut fresh ni rasa dia tak sama macam yang kita selalu beli di supermarket. Bila makanan laut fresh, rasa dia lebih padu dan tekstur daging lebih sedap.


2. Ramuan Tepung Berkualiti

Ramuan untuk celup tepung ini di custom made secara ekslusif oleh pihak MCTS. Pemilihan bahan mentah untuk celup tepung adalah dari bahan yang berkualiti untuk menghasilkan tepung yang sedap dan rangup.


3. Kedai Yang Cantik dan Bersih Dengan Pemandangan Tepi Laut

MCTS Tok Jembal.

Kedai-kedai MCTS semuanya cantik, terjaga rapi dan bersih. Pemandangan di kawasan kedai dangat cantik dan mendamaikan. Sambil makan, boleh juga berehat dan beriadah bersama keluarga. 


4. Kemudahan Surau Dan Tandas

Kita boleh ke MCTS pada bila-bila masa tanpa risau waktu solat. Sebab kat sini ada disediakan surau. So, bolehlah lepak lama sikit dan tandas juga ada disediakan.


5. Port OOTD yang cantik dan menarik

Kat sini ada  disediakan tempat untuk berootd yang cantik. Sesuai untuk kita rakamkan momen bersama yang tersayang. Berlatar belakangkan pantai, langit membiru, pokok menghijau dan port OOTD menarik, tentu seronok berselfie dan bergambar bersama keluarga.

Antara port ootd di MCTS. Instagrammble sangat kan.


MCTS Pilihan MB Terengganu

Bukan hanya orang ramai, tapi MB Terengganu sendiri suka makanan MCTS. Kalau tak percaya boleh lihat gambar di bawah. Setakat ni sudah 3 kali MB Terengganu datang makan di sini. Sure MB pun suka suasana dan makanan di sini.

Maklumat MCTS, Waktu Operasi dan Alamat Cawangan

Setelah melihat menu, tarikan dan review orang yang pernah pergi ke MCTS, tentu kita terasa nak pergi sendiri ke sana kan. Sebagai seorang foodie, mama dah lama masukkan dalam wishlist. Insya Allah mama akan singgah bila ke Terengganu nanti. Nak makan makanan yang sedap-sedap sambil berootd kat sini. Bestnya! 

Berikut adalah Maklumat MCTS, Waktu Operasi dan Alamat Cawangan.

Terasa damai bila makan kat sini

Alamat 2 Cawangan MCTS

MCTS TOK JEMBAL 

Lot 31185-A Jalan Kubang Badak, Kampung Kubang, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: 12 tengahari – 8.00 malam ( Buka hari Khamis - Selasa )


MCTS PENARIK 

Lot 4067, Hadapan Kubur, Kampung Penarik, 22120 Setiu, Permaisuri, Terengganu

Waktu operasi : 10 pagi – 8.00 malam ( Buka hari Khamis - Selasa )


Follow Media Social MCTS

Bagi sesiapa yang mahu tahu lebih lanjut tentang MCTS boleh Follow Media Social MCTS. Klik link di bawah ni ye.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

26 Comments

Words of wisdom

  1. makanan macam sedap semua tu, tempat pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pakej Kan.. boleh ootd sambul.enjoy makan2

      Delete
  2. menarik tempat ni. Kena masuk dalam list kena singgah kalau ke Trengganu.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap2 menunya
    Tempat pun menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul wp .. makanan nampak sedap view Pula marvelous

      Delete
  4. oh ayam bakar itu enak sekali ya
    macam2 makanan di sana

    ReplyDelete
  5. Favourite la ICT ni, lagi-lagi cicah sos cili tu. Syahdu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waduh waduh.. ni yg buat mama nak pergi Terengganu cepat2 ni

      Delete
  6. nampak makanan sungguh menyelerakan

    ReplyDelete
  7. Tangan siapalah yang diambil gambar. Hehe gambar diambil memang buat rasa hendak cuba juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak lazat2 semuanya Kan . Tgn2 Tu confirm tgh berebut nak makan mcts

      Delete
  8. Replies
    1. Rabia penah sampai sini tak.. kot dekat dgn rumah rabia

      Delete
  9. MashaAllah.. sedap sungguh kumelihatnya!
    Bila ler nak ke Terengganu nih.. Fuhhh3

    ReplyDelete
  10. Menarik ni. Ok boleh masuk wishlist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yok sal.. tgk siapa sampai dulu.. Kita Kan serupa kaki jalan

      Delete
  11. Menarik nie Adda, boleh cuba sini jugak nanti kalau ke Terengganu lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kak sue.. dh lama masuk wishlist ni

      Delete
  12. Menarik ni. Boleh singgah kalau ke Terengganu.

    ReplyDelete
  13. Apesal kat Ganu je ada tempat2 makan macam ni erk...bestnyaaa...bila la dapat pi Ganu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye jugak kan.. celup tepung sana sedap2 dan view pantau laut sina selatan pula mmg mabeles kat sana

      Delete
Previous Post Next Post