Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit. Ayah mertua mama suka sangat beli daging rusa. Dan baru-baru ini permintaannya suruh mama goreng kunyit saja. Memang mudah aje la nak masak. Daging rusa ni pada mama agak kasar berbanding daging lembu. Mama pernah rebus lama tapi masih liat. So, kali ni sebelum masak mama rebus dalam periuk Noxxa je la. Mula-mula rebus high pressure selama 30 minit, tapi still macam kurang lembut, so mama sambung 10 minit lagi. Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit
Baca ni:
Sebelum ni mama pernah share resepi daging goreng kunyit berkuah. Hot juga resepi tu tau. Nak tengok resepi simple daging rusa pula ? Jom..
Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
1kg daging rusa - dipotong dan direbus sehingga empuk (mama guna Noxxa 40 minit high pressure)
2 sudu serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis - optional
1 sudu teh serbuk ketumbar -optional
1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang putih dihiris
1 biji lobak merah - di potong dua dan dihiris
5 batang sayur kacang panjang - dipotong serong
2 biji cili merah dihiris nipis
Sedikit garam
Cara memasak:
1. Daging yang telah direbus di tos airnya, dilumur dengan serbuk kunyit, garam, serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar, perap beberapa minit. Air daging jangan dibuang, mama guna untuk letak dalam masakan untuk ada kuah.
2. Panaskan sedikit minyak anggaran 3 sudu besar. Tumis sedikit bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan daging yang diperap tadi dan kaup balikkan sehingga agak garing.
4. Letak air rebusan daging dan biarkan sehingga kepekatan yang diingini.
5. Masukkan kacang panjang, lobak merah dan cili merah. Kaup balik sehingga sayur empuk. Masukkan baki hirisan bawang besar.
6. Masak seketika. Siap!!
Lauk fav akak ngan dania ni..sennag nak buat dan sihat...selalu bawak bekal bawak lauk2 macam ni...
ReplyDeletekan.. nak masak pun cepat aje siapnya
Deletetak pernah makan, sedap tak daging rusa ni?
ReplyDeletesedap juga tiara.. cuma dia liat sikit berbanding lembu. kena lama sikit rebus
DeleteLamanya tak makan daging rusa...
ReplyDeleteguna noxxa sekejap je lah dia nak empuk. Sedapnya daging rusa, dah lama tak makan
ReplyDeleteGreetings from Türkiye...
ReplyDeleteBoleh tahan liat jugak ye kak kene rebus 40minit dlm noxxa... kalau grg gitu je mau tercabut gg nk gigit tu heheh
ReplyDeleteDapp nyer... Biasa. Goreng. Goreng jew yang sedap, simple
ReplyDeletebelum pernah makan daging rusa. bagaimana rasanya ya
ReplyDeleteKalau masak goreng kunyit nie selalu jugak lah Kak Sue buat, tapi kalau daging rusa belum pernah cuba..
ReplyDeletepernah makan daging rusa masak lomak..tp taktaulah pulak lama nak masaknya
ReplyDeleteTiberrr teringin lak daging rusa....
ReplyDeleteLama tak makan daging rusa. Sedapnya..
ReplyDelete