Semasa trip ke Pulau Pinang awal April dulu, mama sempat Makan di Nasi Kandar Beratur 786 Bayan Lepas Pulau Pinang. Kebetulan hari kami sampai itu adalah malam pertama Ramadhan, maka kami bersahur di perantauan saja huhu.. Memang bebetul musafir kan. Mama beli kat sini untuk dinner dan semasa bersahur kami makan ringan-ringan aje. Masa ni kami stay di Review Stay di One Mansion Gurney Pulau Pinang.
Makan di Nasi Kandar Beratur 786 Bayan Lepas Pulau Pinang
Secara jujur mama tak pernah makan nasi kandar di Pulau Pinang tau. Kelakar kan. Sebab mama selalu dengar ramai orang tak tak larat lah mama nak beratur lama-lama. Mungkin sebab selalu dengar nasi kandar viral kat Penang. Bila ke Nasi Kandar Beratur 786 Bayan Lepas Pulau Pinang ni alhamdulillah takde la lama sgt beratur.. Masa ni mama baru je 2 hari recover dari Covid19 so takde berapa sihat lagi.
Menu Pilihan di Nasi Kandar Beratur 786 Bayan Lepas Pulau Pinang
Macam-macam lauk ada.
Kami order nasi campur aje anak beranak. Memasing memang lapar sebab tak makan nasi dari pagi. Masa kami sampai sini dah petang. Yang bestnya mama terlupa nak ambil gambar makanan kitaorang. Kami order nasi kandar biasa aje, ada yang kambing, ada yang sotong, ada yang ikan dan ada yang ayam. Kami order banyak juga lauk dan ada yang lebih dari 1 lauk.
Dari segi rasa memang sedap bak kata en hubby. Dia kata kuah campur nasi kandar Penang memang tak sama makan kat KL. Mama pula hanya makan saje sebab masa ni mama hilang deria rasa dan deria bau akibat Covid19. So, setiap kali suap nasi mama akan minta en hubby describe rasanya. So, bolehlah mama bayangkan macam mana rasa dia. Baca ni.Pengalaman Berpuasa dan Beraya dengan Long Covid Next time bolehlah mama repeat beli kat sini. Sebab deria rasa dan bau mama sudah poun kembali alhamdulillah.
Harga betpatutan kan. Ini je la sempat ambil gambar. Total bil kami.
Alaaa...terus rasa nak makan nasi kandar...dapnyaaa...
ReplyDeleteBoleh cuba lagi.
ReplyDeleteNasi kandaq Penang memang ummph 😋
ReplyDeletemuantap daftar menu restorannya mama..
ReplyDeleteHarga mesra pengguna
ReplyDeleteKegemaran Abang Man nie nasi kandar Adda. Nanti pi Penang boleh try, harga pun berpatutan sangat tu..
ReplyDeleteBerpatutan harga tu. Sedapnya nasi kandar Penang
ReplyDeletemantappp.,
ReplyDeleteseramnya nama menu dia, Daging Denggi hahaha
ReplyDeletehaha typo kot
DeleteBila baca cerita mama, bersyukur sgt bila makan tu ada deria rasa lagi. Insaf kejap..
ReplyDeleteTeringin nak jalan-jalan cari makan nasi kandar di sini. Makanan sedap, tempat pun selesa.
ReplyDeletenampak bil je mana gambar nasi dia? nampak bersih sikit kat sini hahahaha
ReplyDeletePergh!! Best betullah kedai dia.. Bersih dan selesa.. Harga pun not bad..
ReplyDeleteBila ke Penang, mmg wajib pekena nasi kandar..cuma ada setengah kedai tu mmg ramai, kena beratur..part beratur yang tak larat tu..tapi kedai ni,k.adda cakap beratur tak panjang sangat, okey lah..boleh masuk dlm list bila pi penang..
ReplyDelete