First Time Minum Kopi ZUS Coffee di Bayan Lepas Pulau Pinang

Masih lagi cerita bulan April. Kali ni mama nak cerita pengalaman mencuba ZUS Coffee. Tapi mama beli jauh nun di utara. First Time Minum Kopi ZUS Coffee di Bayan Lepas Pulau Pinang. Kebetulan masa nak beli nasi kandar beratur terperasan kedai ZUS coffee ni yang cuma selang beberapa kedai saja dari Nasi Kandar Beratur tu. Peminat kopi macam kitaorang ni hasulah mencuba kopi yang kami jumpa kan. 

Trip Penang April 2022:


First Time Minum Kopi ZUS Coffee Bayan Lepas Pulau Pinang

ZUS coffee ni yang ternampak dan terbeli secara tak sengaja. Masa nak beli tu adik yang jaga kaunter cakap ada Promo guna app buy 1 free 1. Bagus betul adik tu. Sabar aje tunjuk cara macam mana nak guna apps tu, tak macam ZUS coffee yang mama pergi di Shah Alam yang agak kurang mesra. Opps, memandangkan cerita ni bulan 4, sebenarnya sehingga bulan Ogos ni mama dah beli 5 kali ZS coffee tau haha.. Kantoi..

Inilah kopi yang mama beli di Bayan Lepas

Ni pula kopis ZUS yang mama beli di Shah Alam semasa bulan 7 pula.

Seperti yang mama cerita di post makan nasi kandar beratur, semasa mama minum kopi ZUS ni, deria rasa dan deria bau mama masih belum kembali. Honestly masa minum kopi ni memang tak dapat nak enjoy sebab mama hanya dapat rasa manis aje, tiada bau kopi langsung. Dan rasa di tekak hanya pahit aje. So, mama hanya rasa pahit dan manis. Cubalah korang bayangkan apa yang mama rasa macam tu. Macam minum air yang letak gula tapi rasa pahit gitu la.. Tapi alhamdulillah selepas 2 bulan mama dah mula boleh enjoy kopi semula dan sebab tu mama repeat ZUS. Memang sedap dan tak terlalu manis.



Selain kopi, ada juga pastries dan juga beberapa menu lain.

Ambient best lepak ngopi kat sini kan,


Ni la minuman yang mama beli di ZUS coffee Bayan Lepas. 

Jenis minuman dan harga kopi yang kami beli di ZUS Coffee

Maklumat ZUS Coffee Bayan Lepas Pulau Pinang


ZUS Coffee Bayan Lepas

Alamat: 01-03, Golden Triangle 2 Commercial Square, Jalan Dato Ismail Hashim, 11900 Bayan Lepas

Waktu operasi: 7.30 pagi - 11 malam


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. dana lagi tak pernah cuba kak haahha... lagi kesian kan

    ReplyDelete
  2. Akak suka ZUS Coffee...sedap sangat..biasa akak amik hot hazelnut latte diorang la...

    ReplyDelete
  3. Aduh, bestnya dapat minum kopi...

    ReplyDelete
  4. Tidak minum kopi dah. Kalau ada cawangan dekat tempat saya mungkin cuba benda lain.

    ReplyDelete
  5. penah try zus coffee ni tapi orang belanja. sedap gak kopinya..sesekali pekena kopi layan jugak..hehe..saya tak baper minat sangat kopi tapi orang belanja, amik je lah jgn byk citer...haha

    ReplyDelete
  6. Dap kopi Zus ni. First time beli, anak boleh kenal itu kopi. Padahal beli utk dia choc drink. Anak moden be like..

    ReplyDelete
  7. frappe tu nampak sedap.. aku belum try lagi minum ni

    ReplyDelete
  8. Kak Sue pun dah cuba pertama kali hari tu, memang sedap Adda. Tapi Kak Sue cuba yang Manggo apa entah.. nanti nak repeat lagi..

    ReplyDelete
  9. Ini fav suami saya... setiap hari minum zus coffee... #coffeelover harga pun murah

    ReplyDelete
  10. tak tahu pula dah ada pasta dekat Zus, harga pun murah. Boleh lepak Zus lepas ni kalau nak makan pasta hihi

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap betul.. mewah krimnya.. tempat lepaks dia pun nampak santai je.

    ReplyDelete
  12. Cuba CEO latte takpun Spanish Latte..

    ReplyDelete
  13. Suka coffee tapi Zus ini tak berjaya lagi cuba.. hehehe..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post