Keadaan ini telah mewujudkan sebuah peluang yang luas untuk Mala Mini Hotpot meneroka kesempatan yang telah tersedia dengan menubuhkan sebuah perniagaan perkhidmatan makanan yang dijalankan secara Licensing dengan menjadikan Hotpot sebagai hidangan utamanya.
Di Mala Mini Hotpot kami menjadikan “MALA”, iaitu sejenis
resepi asli tradisi masyarakat di negara China yang telah menjadi warisan turun
temurun sejak berzaman dan mendapat tempat di kalangan masyarakat negara China.
Lebih menarik lagi, dengan perkembangn pesat ekonomi negara China dan jalinan
hubungannya dengan negara-negara luar,telah menjadikan sajian resepi “MALA” ini
turut berkembang ke seluruh dunia.
Maklumat Asas Jenama
Jenama:Mala Mini Hotpot
PREMIUM
Premium Outlet : Keluasan minima 2000sqft
Premis : Mall/stand alone shoplot
EXPRESS
Express Outlet : Keluasan minima 450sqft
Premis : Food Court/Kiosk in mall & Outdoor/Kiosk On
The Move
MALA
MINI HOTPOT
Mala Mini Hotpot ialah
kumpulan syarikat pengurusan katering yang mengkhusus dalam perniagaan
rangkaian restoran, penyelidikan dan pembangunan makanan dan minuman.
Ibu pejabatnya yang
terletak secara strategik di Pusat Perdagangan Equine Park, Selangor, Malaysia.
Ia mempunyai dapur pusat dan pusat logistik terkini. Pasukan pakar Mala Mini
Hotpot yang berpengalaman dan yang diterajui oleh pengerusi kami iaitu Y.A.M
Tengku Sulaiman Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah Al Haj Y.A.M TENGKU LAKSAMANA
SELANGOR untuk sentiasa bergerak ke hadapan
dan berinovasi untuk menyumbang usaha dalam membangunkan sistem pengurusan
saintifik yang serasi dengan budaya korporat Mala Mini Hotpot.
Asal Usul Dan Perkembangan Mala Mini Hotpot
Dalam masyarakat moden ini, apabila disebut berkenaan makanan sedap, minda kita biasanya akan mula membayangkan hotpot. Terdapat banyak jenama hotpot yang muncul dalam senarai makanan sedap, malah sesetengah daripadanya berada pada kedudukan yang agak tinggi dalam senarai.
Resepi Mala yang dipopularkan oleh Mala Mini Hotpot ini memiliki cerita sejarahnya yang tersendiri. Kononnya dahulu pada era penghujung Dinasti Ming dan awal Dinasti Qing terdapat sekumpulan besar tukang perahu yang bekerja di jeti sungai Jialing dekat Sinchuan dan dok Chaotienmen di Chongqing. Oleh kerana suhunya yang sejuk dan berkabus, mereka menyediakan resepi campuran pelbagai jenis cili dan rempah herba yang dapat memanaskan badan. Kemudian mereka menambah beraneka jenis bahan makanan lain seperti daging, makanan laut dan sayuran untuk dicelup kedalam sup campuran rempah tadi.
Populariti resepi Mala ini mula berkembang apabila para
peniaga dari Chengdu menjadikannya sajian yang dikomersilkan.Kerana rasanya
yang enak dengan ciri kebas dan pedas, ianya sangat digemari oleh seluruh
penduduk tempatan dan berkembang ke seluruh China terutamanya di Xianjiang
iaitu daerah penempatan muslim terbesar di negara China. Kini resepi mala ini
turut juga dikenali oleh sebahagian besar masyarakat dunia.
Di Mala Mini Hotpot, bagi memastikan kualiti yang terjamin kami menggunakan lada bunga dari Gansu, cili dari Guizhou dan sebatian mentega dari Qinghai,Xianjiang juga puluhan jenis rempah ratus dari Yunan.
Mala Mini Hotpot adalah jenama yang dicipta di bawah dorongan keperluan orang ramai terhadap makanan sedap. Ia telah mencipta semula dan menaik taraf hotpot yang telah menjadi warisan budaya selama berabad-abad dengan kaedah pengurusan dan penjenamaan yang moden untuk menyediakan pengalaman berbelanjaan yang lebih baik kepada pelanggan.
Rahsia Mala Mini Hotpot Untuk Kekal Mampan
Kebelakangan ini, amalan berbelanja dan gaya hidup orang ramai telah mengalami perubahan yang besar. Penyediaan makanan yang mudah, ringkas dan pantas kini mula menjadi pilihan orang ramai .Tidak hairanlah jika hidangan Hotpot yang memiliki ciri tersendiri dalam industri makanan dan minuman yang menerapkan corak perbelanjaan yang murah tetapi berkhasiat menjadi bahagian penting daripada hidangan popular yang digemari terutamanya generasi anak muda.
Pandemik yang melanda pada tahun 2020 telah menyebabkan industri makanan dan minuman terjejas teruk seperti ketibaan “hari kiamat”. Banyak restoran telah mengalami prestasi perniagaan merosot dan terpaksa gulung tikar ekoran malapelaka yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Namun demikian, Mala Mini Hotpot telah berjaya melihat
musibah yang melanda dari sudut yang positif. Kami mula menjalankan operasi
perniagaan dengan model terbaru iaitu “Perniagaan Ringan Aset”. Atupun lebih
dikenali sebagai (Asset Light Business Model) . Empat perkara
pokok yang diterapkan dalam Perniagaan Ringan Aset adalah:
1- Modal yang rendah dan munasabah- Tujuannya agar ramai usahawan muda dapat bergabung
dengan Mala mini Hotpot
2- Pulangan Modal (ROI) yang pantas – Ini adalah satu elemen yang sangat penting dalam
perniagaan, kerana kepantasan (ROI) dapat mengurangkan atau menutup langsung
risiko kerugian.
3-
Keuntungan yang tinggi – Bukan sekadar meraih jualan, tetapi mengutamakan
keuntungan dengan langkah merendahkan kos operasi serta kos bahan mentah.
4-
Ruang Perkembangan Yang Luas – Operasi teknikal yang mudah dikendali tanpa keperluan
tenaga mahir serta (SOP) Prosedur Operasi Standard yang seragam memudahkan
system diduplikasi
Kaedah operasi perniagaan yang dapat dilihat dari sudut peningkatan volum jualan secara jelas dan dapat dihitung (Numbers) dan kejayaan setiap cawangan yang mendapat sambutan dengan kecepatan pertambahan cawangan serta pengenalan jenama melalui media social (story) yang dipadankan dengan gabungan Asset Light Business Model bakal menjadikan Mala Mini Hotpot sebagai sebuah perniagaan yang berteraskan (Sexy Business Model).
Meneroka Pasaran Halal
Perniagaan hotpot di Malaysia telah mengalami persaingan
yang sangat sengit dikalangan pasaran Non Muslim. Ia sudah pun menjadi pasaran
Lautan Merah. Oleh itu, penerokaan pasaran baharu adalah perkara penting yang
wajar dilakukan oleh setiap jenama. Menerokai pasaran Halal dalam negara telah
menjadi peluang terbesar kepada Mala Mini Hotpot untuk mengatasi situasi tersebut. Ini adalah
kerana pada masa ini, pasaran Muslim mendominasi 70% populasi penduduk
dimalaysia sekali gus menjadikan peluang ini berada di peringkat lautan biru
yang amat sesuai untuk diterokai. Sehubungan itu, strategi penjenamaan Mala
Mini Hotpot juga memenuhi "keperluan rohani" di samping menangani keperluan
ekonomi. Ini dapat melahirkan perasaan "kebolehpercayaan" dan
"terjamin" untuk keepuasan pelanggan.
Mementingkan
Pemasaran Media Kendiri
Sejajar dengan perkembangan internet dan media baharu,
penyebaran maklumat melalui media baharu kini dalam keadaan meledak, malah juga
mencatatkan kepantasan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Keunikan ciri ini
telah membantu mesej daripada pengusaha restoran tersebar secara cepat, meluas
dan berkesan untuk menarik perhatian orang ramai. Oleh itu strategi "selebriti
internet (KOL)" juga harus diberi perhatian. Mala Mini Hotpo sentiasa
berikhtiar dan mempraktikkan cara yang paling sesuai untuk mewujudkan
komunikasi secara mendalam dengan pengguna di luar pengaruh "selebriti
internet" demi menyampaikan konsep dan kekuatan jenama kepada pengguna dan
membentuk personaliti jenama serta menawan hati dan minda pengguna.
MALA MINI HOTPOT FoodRepublic Pavilion
(Cawangan Perdana)
Sejak pelancaran cawangan perdana MALA MINI HOTPOT di FOOD REPUBLIC @ PAVILLION, Bukit Bintang sebulan lalu, MMHP telah mendapat tempat di hati pengunjungnya serta sambutan yang amat menggalakkan terutamanya dari pelanggan ulangan.
PRODUK
MALATANG yang merupakan
‘street-food’ atau makanan jalanan yang
sangat popular di Sichuan, Chengdu, Chongqing dan Xinjiang. Ia berasal dari
Leshan, Wilayah Sichuan. Nama "Ma-La-Tang" yang bermaksud banyak lada
dan serbuk cili perlu ditambah ke dalam hidangan supaya ia menjadi ‘pedas dan
kebas’. Ia dibangunkan daripada masakan Sichuan yang mencerminkan identiti
budaya tempatan. Malatang yang berkonsepkan “cepat, sedap dan murah” mendapat
sambutan hangat daripada segenap lapisan masyarakat.
“Mala Chuan Chuan” mendapat namanya kerana bahan-bahan makanan dicucuk pada sudu sebelum dicelup ke dalam periuk panas untuk dimasak. Dengan daya tarikan yang unik dan ciri-ciri tersendiri, hidangan ini telah tersebar luas dan menjadi popular di seluruh China.
MALA HOTPOT memiliki mempunyai aroma mala asli yang menyelerakan dan disertakan dengan pelbagai pilihan bahan makanan segar yang berkualiti tinggi dan memiliki unsur ketagihan dengan cara sajian Hotpot panas.Ianya dimasak dengan campuran cili yang pedas Bersama lada Sichuan yang kebas dan pedas.Campuran daging dan bahan-bahan berkualiti yang lain dicelupkan bersama sup Mala untuk dimasak dan sesuai dinikmati dalam sambutan keramaian
Mala Mini Hotpot sangat
teruja membawa peluang perniagaan yang kaya dengan (USP) Unique Selling
Proposition ini kepada anda dan amat berbesar hati menjemput sesiapa untuk
menjadi rakan kerjasama yang berpeluang untuk meraih keuntungan yang lumayan di
masa hadapan.
ada buah yang fresh ndak yang dijajakan di sana ya mama
ReplyDeleteaku berangannya nak berniaga ala2 gini...
ReplyDeletesedap-sedap tengok makanan dia, panas-panas lagi tu...
ReplyDeleteTeringin nak cuba.. Makan pula panas-panas.. Memang umphh..
ReplyDelete