Salam hari Jumaat semua. Mama doakan semoga semua urusan kita dipermudahkan sempena hari yang mulia ini. Mama nak ajak sama-sama kita baca tentang perkongsian Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat.
Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat
Setiap makhluk itu telah dijanjikan Allah rezeki masing-masing namun tidak ada seorang pun yang mengetahui tentang rezeki masing-masing. Yang penting adalah usaha dan ikhtiar dari setiap makhluk kerana rezeki tidak akan datang bergolek. Firman Allah SWT:
إِنَّ رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا
“Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya juga kepada sesiapa yang Dia kehendaki; Sesungguhnya Dia Maha mengetahui lagi Maha melihat akan hamba-hamba-Nya.” (Al Isra’: 30)
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ
مُّبِينٍ
“Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya.” (Hud : 6).
Rezeki yang Allah kurniakan perlu disyukuri dengan penuh kesungguhan. Perlu diingat:
Bukan rezeki yang sempit, mungkin sedekah kita yang masih semput.
Bukan rezeki yang sedikit, mungkin kita yang kuat mengungkit.
Bukan rezeki yang kelat, mungkin maksiat kita makin melarat.
Bukan rezeki terputus putus, mungkin kita gemar berkeluh kesah dan merintih pulus.
Bukan nikmat yang kurang, mungkin terima kasih dan syukur kita yang tersangat jarang.
Bukan hidup tidak tenang, mungkin solat kita culas, cacat dan terkebelakang.
Bukan rezeki yang tidak cukup, mungkin Quran kita jarang buka apalagi baca, kelas ngaji, talaqqi pun tak pergi, nak hafaz pun jauh sekali, jauh panggang dari api.
Bukan rezeki yang payah, mungkin kita kedekut berdoa, nak zikir pun asyik lupa, makin sombong makin angkuh mendabik dada.
Bukan rezeki yang menyimpang sesat;
Kerana,
Sesungguhnya..
REZEKI...TIDAK pernah salah alamat.
Ingatlah hadis Nabi SAW:
لاَ تَسْتَبْطِئُوْاالرِّزْقَ, فَإِنَّهُ لَنْ يَمُوْتَ العَبْدُ حَتَّى يَبْلُغَ آخِرَ رِزْقٍ هُوَ لَهُ, فَأَجْمِلُوْا فِي الطَّلَبِ, أَخْذِ الحَلاَلِ وَ تَرْكِ الحَرَامِ
“Janganlah menganggap rezeki kalian lambat turun. Sesungguhnya, tidak ada seorang pun meninggalkan dunia ini, melainkan setelah sempurna rezekinya. Carilah rezki dengan cara yang baik (dengan) mengambil yang halal dan meninggalkan perkara yang haram“. (Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ibnu Hibban (3239 dan 3241)
Tags
ISLAMIK
rezeki bukan setakat datang dalam bentuk wang ringgit dan makanan. Hati yang tenang jugak satu rezeki. terima kasih share mamapp :)
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki yang saya dapat
ReplyDeleteAamiin
ReplyDeleteBetul. Rezeki bukan sekadar yang nampak di pandangan mata, tapi lebih dari tu
ReplyDeleterezeki memang akan hadir kpd org yg Allah mahukan...
ReplyDeleteBetul, rezeki dtg dengan pelbagai bentuk sbnrnya dlm keadaan kita sedar atau tak.
ReplyDeleteApapun syukur dengan nikmat rezeki yang diberikan. Rezeki ada bermacam bentuk..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. baik untuk peringatan diri saya sendiri
ReplyDeleteSetiap nafas kita juga rezeki... rezeki bukan dalam bentuk wang ringgit dan harta je... tapi segala nikmat dan musibah kita dapat tu juga rezeki... moga kita jadi manusia yang bersyukur selalu...
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeleteGood sharing Adda, betul.. rezeki tak pernah salah alamat..
ReplyDeleteThanks for sharing Adda, memang bila rezeki datang selalunya x salah alamat dan tanpa di duga
ReplyDeleteGood sharing, mama..betul, rezeki tak pernah salah alamat yang penting kita umatnya berusaha untuk mendapatkan rezeki. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk...
ReplyDeletemeski perkiraan kit salah alamat,,,,tapi pasti diganti dari sisi lain
ReplyDeleteBetul tu Kak Adda.. Bila sampai waktunya, tak akan salah alamatnya..
ReplyDelete