Keladi Seratah Favourite Pak Mertua

Assalamualaikum semua. Last week mama pulang ke kampung sebab ada urusan sedikit. Seperti biasa pak mertua mama mest suruh balik ke kampungnya yang terletak di Sungai Balang Muar. Apalagi, mesti nak suruh mama pergi rumah best friend dia untuk ambil keladi seratah atau juga dikenali sebagai keladi Sarawak. Keladi Seratah Favourite Pak Mertua. Korang pernah dengar tak keladi seratah. Sejak berkahwin barulah mama kenal keladi ni. Wak Warisan Petani confirm kenal dan ada tanam kot.

Baca juga:


Keladi Seratah Favourite Pak Mertua

Terkejut juga kami tengok sebakul besar keladi seratah tersedia depan rumah pakcik tu.. Besfren pak mertua mama ni memang banyak kebun. Dia pun takdelah sihat mana tapi dia jadikan menanam satu hobi dan exercise untuk dirinya..

Mama rebus sedikit keladi ni. 


Mama rebus keladi guna noxxa aje. Hi Pressure selama 5 minit dah cukup sebab kaladi ni isi dia lembut.

Ada juga yang mama goreng. Bila goreng baru nampak warna keladi ni jadi purplish. Pada mama goreng lagi sedap sebab keladi ni uniknya ada bau lemak dan rasa dia pun lemak2 tak macam keladi biasa. Bila goreng, bau lemak semasa makan tu lagi kuat. Sedap. Rasa macam makan sukun pun ada. Cicah dengan sambal tumis memang sedap.

Banyak betul pemberian. Inilah rupa keladi seratah yang belum dimasak. Banyak yang comel2 jenuh juga mama nak kupas kulitnya.. 


Bawa bekal buat sarapan. Kawankan dengan kopi panas. Pehh..



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. first time dengar keladi seratah...nampak gebu..

    ReplyDelete
  2. nampak sedap pulak mama. tak pasti pernah makan ke tidak. mak saya rajin gak rebus keladi

    ReplyDelete
  3. Saya cuma pernah makan keladi ni yg dicampur dlm bubur keledek.

    ReplyDelete
  4. Kalau rebus tak payah kupas kulitnya pun takpe
    cuci bersih2, nanti dah masak senang aje tanggalkan kulitnya.
    Bahagian mata yang hujung tu paling sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 mama nak buat gitu gak wak, tapi ngeri pula tgk rupa luarannya.. sebab tu mama kupas kulitnya.. oo baru tahu yg mata hujung tu sedap .. nanti nak cua makan lah

      Delete
  5. Nampak sedap keladi tu. Pertama kali dengar namanya.

    ReplyDelete
  6. Nampak macam sedap. Tak pernah makan macam ni..

    ReplyDelete
  7. first time dengar nama menu ni keladi seratah...

    ReplyDelete
  8. Sha suka lah kalau goreng.. Rasa dia lagi umph!!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post